Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Thursday, October 29, 2015

Kuliyah Talaqi Penuh erti...


Salam ...perkongsian kelas Talaqi.ust shafee malam tadi..
surahHud..ayat 6..UST terangkan ttg kebesaran Allah mengetahui setiap bintang.-menerangkan 4 Alam
1) Alam rahim
2)alam dunia
3) Alam roh
4)Alan  akhirat

Dalam surah HUD ayat 13 menerangkan alquran ini mukjizat Dan datangkan 10 surah ini merujuk kpd 10 surah2 sebelum surah HUD.
-menerangkan hizb iaitu kiraan dalam Al Quran( tanda bunga didlm alquran)

Fungsi Hizb Dalam Al-Qur'an

Berikut artikel tentang cara mengenali sistem penandaan dalam halaman al-Qur’an khususnya cara untuk mengetahui permulaan setiap kisah/cerita dalam al-Qur’an. Sebagaimana yang diketahui :

1 Al-Qur'an = 30 Juz,1 Juz = 2 Hizb,1 Hizb = 4 Maqra’ (pecahan 1/4 hizb , 1/2 hizb) , 3/4 hizb dan 1 hizb penuh),1 Al-Qur’an = 240 Maqra’ @ pecahan,

Al-Quran mempunyai 30 juz. Setiap juz mempunyai 2 Hizb dan setiap Hizb pula mempunyai 4 pecahan atau maqra’. Paling mudah untuk tahu ada perkataan hizb ( حزب). Kerapkali anda akan berjumpa dengan tanda, 1/4, 1/2, 3/4 dan hizb penuh. Apabila anda menjumpai hizb itu (selalu berada di luar kotak ayat), yang bermakna/merupakan tanda yang menunjukkan permulaan kisah atau cerita yang baru. Sebagai contoh, ayat 123 surah Al-Baqarah dan sebelumnya menceritakan tentang perihal Bani Israel. Petunjuk hizb: tedapat tanda bunga selepas ayat 123. Bermula ayat 124 surah yang sama, Allah menceritakan pula tentang kisah nabi Ibrahim dan Ismail.

No comments: