New Corner... |
Pelbagai teknik dipelajari menerusi laman facebook. Alhamdulillah memang cukup membiak dan segar belaka.Di dapati benih-benih perlu ditaburkan diatas tanah dan biarkan ditepat teduh. Kelihatan dalam bekas minyak itu adalah benih limau kasturi manakala dalam bekas air itu pulak kemboja cina. Mempelajari baja booster dari roti juga membuat kan pokok-pokok segar.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. 1 keping roti Gardenia(atau apa-apa jenama).
2. 200 gram gula perang/gula merah/mollusa.
3. Tiga sudu besar susu segar (optional).
4. Air tanpa-klorin 1.4 liter
Cara penyediaannya booster roti:
1. Sediakan air bersih tanpa klorin, guna air hujan atau
air kolam. Namun jika menggunakan air paip berklorin, pastikan direhatkan air
tersebut dalam baldi selama dua hari pada cahaya matahari atau ditempat terbuka
barulah digunakan.
2. Carik-carikkan roti pada cebisan kecil dan dimasukkan
ke dalam botol yang disediakan.
3. Masukkan gula perang ke dalamnya sehingga selesai.
4. Seterusnya tambah jumlah air ke dalam botol tetapi
jangan terlalu penuh. Tinggalkan ruang kira-kira 2 inci untuk ruang udara dan
gas.
5. Tutup botol dan goncang botol tersebut seketika dan
simpan di tempat selamat untuk penjerukan selama 7 hari.
Cara penggunaannya ada dua cara pertama ialah masukkan 1
tutup botol booster roti dengan 100 ml air, kacau seketika. Cara kedua, tidak
perlu tambah air atau apa-apa. Masukkan ke dalam bekas spray atau alat
penyembur dan semburlah pada tanaman anda secara merata dan keseluruhan pokok,
daun, batang, ranting dan pangkal pokoknya. Boleh disembur pada setiap hari,
sekali dalam 2 hari sekali dalam 4 hari atau seminggu sekali. Terpulang pada
anda mana masa yang sesuai untuk anda.
Penyemburan harus dilakukan pada waktu pagi atau waktu
petang agar dapat mengurangkan masalah sampingan yang mungkin dihadapi pada
tanaman anda. Jika hujan berlaku, sembur semula tanaman anda untuk keputusan
yang memuaskan.
Baja Roti diperam 3 hari jee |
Hasil yang didapati dari Baja Booster |
Segar kelihatannya Dauan Kari |
Adenium ni tak henti2 berbunga |
My cibun pun suka... he he asyik ikut jee |
Add caption |
CIBUN sibuk menemani |
mykebundapur yang penuh dengan herbal yang manafaat. |
Di laman mencuba menyemai serai. |
Demikian lah sedikit solusi yang dapat dikongsikan diruang blog ini. Saya berharap sangat perkongsian ini akan memberi manafaat kepada yang lain. Semenjak timbulnya hobi baru ini memang bersemangat untuk bangun mengusahakan kebun mini ini.. Jika gagal menerusi benih saya akan usaha untuk mencari pokok semaian di pasar .
No comments:
Post a Comment