Hari ini sempat untuk menulis awal waktu memandangkan Aysh tidur nyenyak |
Pagi tadi sangat tersentuh dengan en kanda. Dalam beliau sibuk-sibuk untuk bersiap ke Pejabat, setelah usai makan mee sepinggan, kelihatannya beliau menyiapkan roti kaya 4 keping lantas ditanyakan padanya.. Buat apa tu? " Buat lunch nanti.. Allahurabbi, tersentak jiwa ini dan pagi tadi terbaca update dari UZAR.
Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Rumahtangga yang perolehi 'Sakinah' adalah suami dan isteri, masing-masing LEBIH SUKA, GEMBIRA dan TENANG berada di rumah berbanding di luar rumah (sewaktu telah selesai urusan kerja & penting).
Antara tandanya, seseorang itu sentiasa segera ingin balik ke rumah
sejurus selepas kerja, atau jika masih ada terluang sedikit, tanpa
bertangguh lagi terus balik dan berazam siapkan sebahagian di rumah
sahaja (walau mungkin tak siap juga), BUKANNYA lebih suka duduk di
warung, kedai & menonton serta membuang masa (kecuali wujud hal
penting seperti berniat erat hubungan sahabat etc).
Apa yang penting, rumah dan ahli keluarga dalam rumah dirasakan mampu menawarkan 'SAKINAH' ketenangan dan kebolehduduk di dalam rumah dengan selesa emosi. Jika itu belum dicapai, SEGERALAH melakukan muhasabah hubungan dalam keluarga.
-Untuk Muhasabah Diri & Bukan Pula Menghukum Orang Lain-
Apa yang penting, rumah dan ahli keluarga dalam rumah dirasakan mampu menawarkan 'SAKINAH' ketenangan dan kebolehduduk di dalam rumah dengan selesa emosi. Jika itu belum dicapai, SEGERALAH melakukan muhasabah hubungan dalam keluarga.
-Untuk Muhasabah Diri & Bukan Pula Menghukum Orang Lain-
Bukan itu sahaja yang bermain diminda tetapi demi anak-anak
beliau sanggup menahan segala nafsu diri bagi memastikan anak-anak yang
terbaik. 2 anak kami berada di Universiti yang memerlukan belanja yang besar.
Memang ramai para ibubapa lain akan mencari-cari jalan mudah dengan berhubung
dengn PTPTN namun bincang kami pagi tadi, insyaAllah akan cuba untuk
melatih mereka untuk tidak berhutang.
Banyak tanggungan, pendapatan tidak seberapa, banyak
komitmen kepada yang lain namun akan kami usahakan.
Rasulullah SAW kerap mengajar umat islam agar berdoa
dilepaskan dari hutang :
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan
hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari
hutang, whaai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang
berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" (
Riwayat Al-Bukhari, 1/214 )
Berlandaskan dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa
berhutang adalah amalan yang kurang baik menurut pandangan Islam. Terlebih lagi
pentingnya dalam urusan hutang ini ialah keperluan dan kewajiban untuk
melunaskan hutang-hutang yang ada. Justeru, kita sewajarnya kita menjauhi
hutang semampu yang boleh.
Wahai kanda, mungkin Allah swt belum senangkan kehidupan
kita kerana Allah swt tak mahu kita lupa Allah swt . Biarlah sukar sebegini
dahulu asalkan ada kesayangan-kesayangan semua di sisi. Esok-esok apabila kita
sudah sedia, Allah swt pasti senangkan kehidupan kita...tabahlaa wahai
kanda.Tiada jalan senang untuksenang . Hakikatnya, pelbagai kisah.. Kisah tak
tidur malam, kisah ikat perut, kisah itu kisah ini. Tetapi, JANGAN gentar untuk
teruskan hidup.
Perbelanjaan dalam mengurus keluarga perlu dirancang dengan
baik supaya ianya dapat di atur dan diguna apabila perlu terutama pada waktu
kecemasan.
No comments:
Post a Comment