Ramai yang menganggap bertanam ini remeh dan ada kalanya memberi pelbagai alasan. "Bertanam tak minat lah lagipun tangan ni kalau tanam semua akan mati.
Tak pandai jaga dan takde masa nak bercucuk tanam". Biasakan kita dengar
alasan-alasan ini. Ada pula sekadar ikut-ikutan semacam ada musimnya.
|
Koleksi Bunga Ros Jepun |
Namun tahukah anda bercucuk tanam bukan sekadar menanam pokok semata
malah ia adalah aktiviti yang juga mampu memberi kesihatan kepada
fizikal dan mental? Aktiviti bertaman merupakan salah satu kaedah
senaman paling ideal kerana ia secara tidak langsung menggabungkan tiga
jenis aktiviti iaitu kekuatan, ketahanan dan kreativiti. Meluangkan masa
di taman juga memberi kesan kepada pemulihan fizikal dan emosi.
|
Pandan |
Selain itu juga ia dapat mengurangkan perbelanjaan dapur disamping dapat mengindahkan kawasan rumah. Lihat sahaja pandan diatas, begitu indah rupanya di letakkan di dalam pasu. Begitu juga daun kucai yang siapa sangka menghasilkan bunga yang indah seperti gambar dibawah.
Mengikut kajian para cediakawan, bertaman dapat membantu mereka yang sedang melakukan proses pemulihan
penyakit fizikal kerana ia dapat melatih untuk menguatkan otot serta
meningkatkan daya imbang dan kekuatan. Tambahan pula, secara tidak
langsung mendekatkan jiwa manusia kepada persekitaran semula jadi malah
dapat mengurangkan tekanan bagi pesakit darah tinggi dan melegakan
ketegangan otot.
Jadi pastikan anda semua punya masa untuk lakukan aktiviti bertaman
ini. Bukan hanya semata untuk mencantikkan laman anda malah ia juga satu
terapi yang baik untuk hidup yang lebih sihat.
Disamping itu kita banyak mempelajari menggunakan bahan buangan yang boleh dijadikan baja organic. Seperti kulit pisang dan kulit telur. Bukan kah itu salah satu cara kita mengurangkan sampah di bumi kita dengan cara yang kembali bermanafaat kepada kita.
|
Alovera yang dipindahkan dari pasu |
Melihat pokok-pokok ini membesar bagaikan rasai masa ini terisi dengan agenda yang bermanafaat.
|
Bunga Orkid Hutan buat hiasan di dalam rumah |
|
Semaian daun bawang. |
|
|
Sumber rujukkan: Laman Impiana
No comments:
Post a Comment