Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Wednesday, October 21, 2015

Kebun Dapur

Orkid Hutan Segar
Spider Lily yang giat membiak dan berbunga

Setelah hampir 6 bulan berada di rumah, Alhamdulillah diri telah membiasakan tugasan-tugasan dirumah. Bulan-bulan pertama terasa padatnya amanah yang digalas, tetapi benarlah kata pepatah: Alah bisa tegal biasa. Membayangkan wajah suami dan anak-anak yang lebih selesa saya berada di rumah baru membuatkan saya melupakan rehat. Saya berharap, rumah kami nanti menjadi singgahan ahli-keluarga untuk datang menziarah bila-bila masa. 

Mesra bersama dengan ukhtie Dr Marina yang lebih mesra kami memanggilnya kak Ina membuatkan diri lebih bergiat aktif dalam bidang "Gardening" . Bayangkan seorang yang berstatus tidak sombong untuk turun ketanah dan mengusahakan kebunnya. Beliau merupakan mentor buat saya untuk mengusahakan tanaman-tanaman yang mana hasilnya akan berbalik kepada pengusahanya. Beliau juga pecinta bunga ros. Subhanallah melihat bunga-bunganya menjadikan diri mengimbau kembali zaman remaja semasa bekerja separuh masa sebagai seorang juruwang di pasar market di Seksyen 8 Petaling Jaya. Seorang gadis pekerja sambilan juga sering memberikankelopak-kelopak bunga ros untuk dibawa pulang, Subhanallah memang wangi dan menenangkan dan semenenjak itu saya telah menjadi peminat bunga Ros. Jazakillah hu khair ya Ukhtie.

Berkat kesungguhannya terhadap bungan-bunga yang dijaganya menjadikan diri untuk terus berusaha menimba ilmu dalam bidang gardening. Alhamdulillah sosia media banyak mengajar diri untuk memperbaiki skil dalam penanaman. Perkembangan tanaman di kebun dapur banyak nampak perbezaannya.


Teruskan usaha dan doa

Jalur hidup setiap kita ada sisi uniknya masing-masing. Kalau dahulu, saya mungkin bebas untuk memiliki apa sahaja kerana mampu untuk memilikinya tanpa perlu meminta. Namun kekangan ini membuatkan  saya harus belajar tentang makna sabar dan selama berada di rumah menjadi surirumah sepenuh masa, Allah SWT menetapkan saya untuk menikmati sabar iaitu belajar dengan mendalaminya sendiri. Pengalaman ini terlalu kecil dibandingkan orang lain, tetapi satu persamaannya adalah Allah SWT pasti tidak mensia-siakan harapan dan doa para hambaNya. Setiap pagi membuat diri untuk semangat bangkit lebih-lebih lagi ingin melihat warna-warna indah yang menghijau di kebun dapur.
Lantana Camara atau bunga Tahi Ayam  . 

 Bunga lantana Camara ini baik untuk mengelakkan nyamuk kerana nyamuk tak suka bau busuknya. Memang bunga ni busuk sangat tetapi di juga merupakan herbal untuk menghilangkan bengkak gigitan binatang berbisa.


Jasmin Kecil


 Bunga Jasmin boleh menghilangkan sakit di kepala atau demam. Ramas bunganya dan tempelkan dikepala maka hilang lah rasa pening dan juga akan mengurangkan panas badan
Selasih
Daun Kesom Subur di dalam bekas recycle
Bujang yang Senantiasa Meneani
Satu ketika dulu, Amaar memang berminata berkebun sejak dari kecil lagi

Basil




Bingo Kucing mendatang memang senantiasa menemani tiap pagi & petang

No comments: