Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Saturday, November 14, 2015

Homemade Ice Cream..Mesti Cuba

Bahan-bahan:
1 tin susu cair
1/3 tin susu pekat (ikut nak la nak manis macam mana saya tak suka manis so letak 3 sudu ok)
1 biji telur (saya tak letak sebab dah guna ovalett)
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar ovalett (optional: utk gebukan ice cream )

Perasa:
Ikut la nak letak perasa apa.
Pandan, Strawberry, Keladi, Milo. Oreo .. Macam macam nk try ape ape pun boleh...



Cara-cara:
1) masukan semua bahan-bahan tu kecuali perasa dalam bekas besar, lepas tu guna mixer. Putar selama 15 - 20 minit. Fuhh, jangan lenguh sudah laa.
2) Simpan dalam freezer sehingga SEPARA beku sahaja.
3) Keluarkan dari peti lepas tu putar lagi sehingga bahan likat & pekat.
4) Asingkan adunan jika nak buat lebih dari 1 perasa.
5) Tambah jer perasa yang korang nak tu,
6) Dah letak dalam bekas tu, boleh la taburkan coco rice ke kismis ke.. Ikut la..
7) Simpan dalam freezer semalaman. Siap dah..

Makan dengan Roti dan kek in bowl pun sedap  dan tambahlaa additional yang kita suka. bila Ice Cream tak berapa manis campur dengan additional yang memang dah manis memang terasa kelazatannya tak boleh digambarkan. Aritu beli ice cream roti RM3.00 sekeping .. Tu diaaaa buat sendiri puas sesangat . Next round nak try Ice Cream Kelapa pandan ..ala-ala sangkaya tuuu. sedapnya
Selamat Mencuba

No comments: