Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Friday, November 13, 2015

Kembali Kepada Alam Semula Jadi

 Alhamdulillah, AJK al mawaddah telah merancang akan buat lawatan "back to nature" untuk qariah al mawaddah pada 21 November 2015. Memang program yang dinantikan dan kami rebut peluang ini unuk membawa anak-anak walaupun dikira pembayaran yang dikenakan agak tinggi namun demi anak-anak menyelami dunia semula jadi maka kami berusaha menyertainya. Berbincang pada Mr Kanda, bagaimana dengan kasut mereka... Jawab kanda " kasut sekolah kan ada". Ya sungguh jangan kerana isu kecil itu akan jadi penghalang untuk kita tidak turut serta. InsyaAllah Kenaboi Jelebu aka The Lord of the Ring .. tunggu kami datang, Team dari Surau Al Mawaddah. We all the best..

Kenangan water wrafting di perak tempoh hari  di perak masih segar di ingatan kami. Walaupun diri tak dapat menyertai tetepi melihat gambar-gambar seakan diri ini juga turut serta. Apakan daya ketika itu Aysh masih kecil tidak berdaya diri ini untuk turut serta.
 Lihas sahaja mereka mengharungi ombak ini memang kecut perut dibuatnya namun kesungguhan mereka menjadikan program ini berjaya dilaksanakan

 Terdambar wajah-wajah keceriaan diwajah masing-masing

Mereka yang tidak dapat menyertai cukuplah sekadar berendam dibawah dipersisiran sungai... jadilah

Syabas to all the team. U all great team

No comments: