Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Wednesday, November 4, 2015

Keterbasan Tidak Membantutkan Semangat

Ruang Solat Yang dikecilkan
 Malam ini adalah malam pertama kelas talaqi bimbingan ustaz Syafee didewan solat yang terhad namun kami dapat juga meneruskan kelas kami dalam menjelajahi ayat-ayat Allah. Bermula dengan ayat 32 surah Hud Ustaz menghuraikan Kisah Nabi nuh.

Arahan pembinaan bahtera dapat dilihat pada ayat di bawah:
"Dan diwahyukan kepada Nuh, bahawasannya sekali-kali tidak akan beriman di antara kaummu, kecuali orang-orang yang telah beriman saja, kerana itu janganlah kamu bersedih hati tentang apa yang selalu mereka kerjakan. Dan buatlah bahtera itu dengan pengawasan dan petunjuk wahyu Kami, dan janganlah kamu bicarakan dengan Aku tentang orang-orang yang lalim itu. Sesungguhnya mereka itu akan ditenggelamkan.
(Surah Hud: 36-37)

 Lantas ALLAH pun berfirman dalam Al-Quran seperti berikut:
“Dan apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (faara at-tannur), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina) dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja.
Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Hud, Ayat 40-41)

Ustaz menerangkan ayat 41 adalah doa untuk menaiki kapal.
 A041
Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): "Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: ' Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya '. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."


 Manakala Ayat 44

 A044
Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): "Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim".


 ayat 44 adalah satu doa untuk
a)Mengubat baby ngences. Bacakan doa tersebut dan letakkan jari dimulut anak.
b)Doa untuk kanak-kanak yang suka kencing malam. (ngompol) Bacakan letakkan tangan diperut.
c) Perempuan yang buat haji masa itu batuk berserta terkencing boleh lah di dibacakan dan dipegangkan diperut

Ustaz juga mengingatkan 5 bahagian


syafatan-Assyafatan bermaksud dua bibir mulut. Huruf yang berfungsi pada makhraj ini ialah
 cara sebutannya


dan ayat akhir kami adalah ayat 53 akan disambung minggu hadapan
Kehadiran : sederhana
a) dss b) Shida c)Muslimah d) Bai e)Mai f) Normah g) Ima h)Mar i)Zue  j)Azizah
Ruang Yang Dulunya Luas

Selesa Buat SiCilik bermain

No comments: