Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Thursday, November 5, 2015

Tingkatkan Usaha Untuk Meningkatkan Amalan


Ukhtifillah Rahimakumullah






Setelah menguruskan rumah sepenuh masa memang bertekad mahu mengembalikan surau ini kepada fungsi utamanya, solat berjemaah lima waktu sehari semalam namun apakan daya keterbasan waktu hanya mengizinkan dua waktu iaitu maghrib dan isyak.. benarlah, Subuh dan Isya berjemaah di masjid nyata sukar sekali. Kalau tidak masakan ia pemisah di antara mereka yang benar-benar beriman dengan golongan munafik. Ya Rab kau perteguhkanlah kesungguhan kami.

Saya belajar banyak perkara tentang kehidupan ini bila berdamping dengan sahabat-sahabat ini. Antaranya yang menjadi idola tuan rumah ini iaitu Dr Marina yang begitu merendah diri orangnya. Sikapnya yang cintakan bunga menjadikan diri ini jatuh cinta kembali kepada bunga-bunga. Lihat sahaja persekitaran rumahnya yang agak nyaman dan tenang sekali seperti tuan rumah. Jazakillah hu khair ya ukhti.

Disamping itu juga suka melihat senyuman dari seorang sahabat rapatku ini Linda. Orangnya senantiasa tersenyum dan beliau adalah follower tegar instagram. Punyai minat yang sama.

No comments: