Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Wednesday, December 2, 2015

Menjauhkan Yang Dilarang

Hari ini pengajian diteruskan dengan surah Al Maarij dan kemudian ustaz buat ulangkaji hukum izhar khalqi yang terdapat 6 huruf yang bila bertemu nun mati maka perlulah dijelaskan bacaannya

 Huruf-hurufnya: 6 huruf yang keluar daripada kerongkong.  





 Tanda-tanda bacaan:
Terdapat tanda sukun di atas nun sakinah dan tanda tanwin yang selari.



Cara bacaan: 
Hujung lidah ditekan ke gusi depan sebelah atas (makhraj huruf ن) dan membawa suara ke pangkal hidung sekadar untuk mera’ikan sifat tawassut. Hendaklah berhati-hati agar tidak berlaku saktah.  

ulangkaji dari surah Ad Dhuha sehingga surah At Takaatsur dan kemudian ayat seterusnya perlulah dibuat dirumah.... hehe homework ya.


Antara cara bacaan Al Quran yang dilarang. Terdapat 7 cara
1.  At Tarqish  ( اَلتَرْقِيْصُ )
Yaitu: Qori' sengaja berhenti pada huruf mati namun kemudian dihentikannya secara tiba-tiba, seakan-akan ia sedang melompat atau berjalan cepat (meliuk-liuk seperti penari)

2.  At Tahzin   ( اَلتَّحْزِيْنُ )
Yaitu: Qori'membaca dengan mimik atau gaya yang dibuat sedih atau hampir menangis yang bertujuan semata-mata sebagai daya tarik bagi pendengar iaitu  seperti riyak.

3.  At Tar’id  ( اَلتَّرْعِيْدُ )
Yaitu: Qori' mengalunkan suara yang terlalu bergetar sehingga suara orang yang kedinginan atau kesakitan.

4.  At Tathrib   ( اَلتَّطْرِيْبُ )
Yaitu: Qori' mendendangkan dan melagukan Al-Qur'an sehingga membaca panjang (mad) bukan pada tempatnya atau menambahnya bila kebetulan pada tempatnya (menyanyi seperti merengek-rengek)

5.  At Tarji’   ( اَلتَّرْجِيْعُ )
Yaitu: Qari' membaca dengan nada rendah kemudian tinggi dengan nada rendah lagi dan tinggi lagi dalam satu mad.

6.  At Tahrif   ( اَلتَّحْرِيْفُ )
Yaitu: Qori' membaca bersamaan beberapa orang (koor) suatu ayat yang panjang dengan bergantian berhenti untuk bernafas, sehingga jadilah ayat yang panjang itu bacaan yang tak terputus-putus. Berhenti sesuka hati .. 


7.  Baca quran dengan diiringi alat muzik
terdapat video terkini yang diviralkan berhubung dengan bacaan yang beriringan dengan alat muzik dan ustaz menjangkakan kemuningkina ianya adalah dari syiah...


 Kelas disambung ke Minggu Hadapan

No comments: