Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Wednesday, June 15, 2016

Sedekah tingkat keberkatan Rezeki





Ketahuilah bahawa Allah SWT melipatgandakan pahala orang yang bersedekah. Ini dijelaskan menerusi firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak. (al-Hadid: 18)

Seharusnya ini menjadi pemangkin kepada umat Islam untuk bersedekah terutama kepada golongan yang kurang bernasib baik. Sedekah itu pula bukan mesti banyak, sedikit pun mencukupi kerana yang penting adalah ikhlas. Ingatlah ganjaran yang disebutkan oleh Nabi SAW yang bermaksud: “Barang siapa memberi makan kepada orang yang berpuasa maka baginya seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikitpun dari pahalanya”. (Riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi).

 Oleh itu, marilah kita mengambil kesempatan Ramadan kali ini menyediakan juadah berbuka puasa kepada jiran atau pun saudara seagama. Alhamdulillah tahun diberi peluang untuk mengirim sepiring dua kepada jiran terdekat untuk turut juga merasa. Jiran terdekat kak Mala menyukainya resepi  kerabu bilis, dengan kombinasi yang agak mudah membuatkan beliau mahu mencubanya.

Buka ruang lingkup kita untuk memahami maksud sedeqah itu sendiri. Sedekah memberi keberkatan pada harta. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Harta tidak akan berkurang dengan sedekah...” (Riwayat Muslim) Jika tidak mampu menyumbang harta, setidak-tidaknya berusahalah menyumbang tenaga dan fikiran dengan mengajak orang sekeliling melakukan kebaikan. Bahkan mengeratkan hubungan sesama jiran. Mungkin ada yang terfikir dalam ramadan kita banyak menghabiskan masa didapur namun perancangan yang bijak teratur menjadikan kita jauh kedepan bukan sahaja masa beramal kita  tidak terhad diruang solat di masjid sahaja malah dimana sahaja dengan memasang niat yang jelas, maka  ayuh kita buka minda kita bahawa masa beramal terbuka luas di mana-mana,  kita boleh dijadikan ceruk dapur kita dengan alunan zikir kita setiap kali kita menanak nasi, membalik ikan dan menyedokkan kuah dan banyak lagi. Berikut antara doa-doa yang boleh diamalkan

Doa masuk dapur

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. [18:10]

Doa Buka Periuk

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ

Ya Allah berkatilah kami daripadanya dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya (At-Tarmizi 5/506. Sahih At-Tarmizi 3/158.)

p/s : sunnahnya buka tudung periuk hanya separuh sahaja, insyaALLAH ada keberkatan.


Namun memang kami begitu rindu untuk berbuka bersama jemaah namun kami sekeluarga memberi ruang pada mereka yang memerlukan berbuka di Surau memandangkan surau agak terhad ruangnya. Bersolat didalam khemah walaupun pada zahirnya kelihatan gah namun khemah yang padat menjadikan kurang selesa buat mereka untuk berbuka dan menunaikan ibadah. Moga ehsan kecil ini besar di pandangan mata Allah.

Hari Aysh nak cuba menu Thai pulak. Maklumlah kenangan bangkok masih tersemat lagi...

KERABU BILIS ALA THAI







1 mangkuk kecil ikan bilis goreng
1 biji tomoto dihiris dan buang bijinya
1 labu bawang besar dihiris
2 serai diric
2 bunga kantan diris
5 biji cili api merah dihiris
sedikit daun Bawang dihiris(
perahan lemon
garam dan gula secukupnya
Kacang tanah digoreng
Gaul rata semuanya..sedia untuk dihidangkan..


Selamat Mencuba

No comments: