Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Thursday, June 16, 2016

Pemantauan Media Sosial




Hari ini kakak balik dari Tapah. Bila dimaklumkan pada sigenit ni gembira sesangat . Maka memang mencari idea untuk masak malam ni dan diputuskan untuk masak hanya yang mudah-mudah kerana biar kami habis masa bersama dari menghabiskan masa di dapur.

PENGURUSAN MASA YANG EFEKTIF
Penggunaan masa yang efektif adalah satu perkara yang selalu dibincangkan. Ramai orang menyatakan bahawa masa yang dipunyai mereka tidak mencukupi. Justeru itu selalunya mereka gagal dalam banayak perkara. Sebenarnya ini ini merupakan alasan semata-mata.

Semua dari kita diberi 24 jam sehari semalam, samada manusia itu berjaya atau tidak berjaya. Pengurusan masa yang baik ialah apabila kita dapat mendisiplinkan diri kita dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran. Disiplin yang dimaksudkan di sini adalah kita mesti melakukan jadual harian semasa di bulan amadan

Jadual itu termasuk:
1. Masa membaca bAl Quran
2. Waktu  beriadah
3. Waktu memasak
4. Waktu menyelesaikan kerja rumah
5. Waktu membantu anak-anak belajar
6. Waktu berinteraksi dengan sahabat alam maya dengan melayari media sosial seperti Whatsup dan facebook

senarai diatas perlu ditangani dengan baik kerana jika tidak ia akan mengalpakan kita tanpa kita sedari, salah satunya adalah aplikasi whatsup.Lambakkan group yang kita sertai dan ahli group mencaca marbakan pengisisan pun terdapat ramai dikalangan kita. Lambakan promosi barangan didalam whatsup membebankan data pengguna oleh itu prihatin kepada semua dan sebagai peniaga ambilllah langkah bijak kerana tindakkan anda melambakkan dan mempromsikan barangan boleh membebankan orang lain yang tidak berminat langsung pembelian dalam talian. Ini sebenarnya satu pembaziran masa yang amat ketara dan begitu merugikan. Tetapi ramai antara kita memandang enteng perkara tersebut namun sebagai pengguna aplikasi perlu juga mengambil langkah bijak agar kita dapat menguruskan aplikasi tersebut dengan baik dan dapat memantau terus-terusan media sosial pastinya  anda akan banyak waktu yang terbuang percuma untuk kita gunakan dengan sebaik mungkin.

 Pemantauan  Media Sosial 

1. Tentukan masa untuk melayari media sosial
 contohnya pada sepuluh pagi setelah selesai urusan kerja rumah dan juga dikala waktu  minum pagi di pejabat.

2.Dengan menganalisa media sosial seperti whatssup group yang perlu diutamakan
Ramadan ini ada baiknya kita "mute"kan group yang  banyak  gelak tawanya senda guraunya. Kita perlu gunakan masa yang terhad ini dengan lebih berkesan.

3. Pastkan segala informasi itu sahih
Sekiranya ingin berkongsi maklumat, sila pastikan ianya sahih dan terkini dan bukan cerita lama yang diulang tayang. 

4. Menegur dengan baik ahli kumpulan agar lebih fokus  dengan tujuan group tersebut ditubuhkan.
Ada baiknya ada antara kita seeoloknya admin group, dapat menegur dikalangan ahli group agar menjaga keharmonian ahli group yang lain dan berpada-pada dengan promosi produk

Semoga langkah diatas dapat digunakan sebaik yang mungkin dan kita dapat memudahkan lagi urusan kita dan agar kita sentiasa berusaha untuk menjadi lebih dari masa ke semasa. ( antara pesanan ketua muslimat al mawaddah.)


Resepi  Sup Ayam Thai yang perlu dicuba.
Alhamudillah memang lain dari yang lain. Sup letak serai memang sedap dengan haruman perahn limau nipis

Antara bahan-bahanya
Bhn2:
1/2 ekor ayam - dipotong 12
6 biji cili api - diketuk
3 batang serai - dititik
2" halia - diketuk kasar
1" lengkuas - diketuk kasar
6 ulas bawang putih - diketuk
garam secukup rasa
3 kuntum buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
8 ulas bawang merah - dihiris nipis
1" halia dan 3 ulas bawang putih dijadikan pes
3 biji tomato - dipotong dadu
1 pokok daun ketumbar & akarnya sekali - dihiris kasar(xde stok)
1 biji bawang holland - dihiris

Cara-cara Membuatnya :~
- di dalam sebuah periuk, masukkan air secukupnya
- rebuskan ayam bersama hirisan halia dan lengkuas
- tumiskan bawang putih yang ditumbuk bersama bawang merah belah dadu
- dan masukkan buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis sampai naik bau dan masukkan ke dalam rebusan tadi berserta dengan minyak gorengan sekali
- tumis bawang merah hiris, pes bawang putih + halia, sehingga naik bau dan layu kekuningan
- kemudian masukkan ke dalam sup dan kacau sebati
- masukkan tomato yang dipotong dadu, daun ketumbar dan akarnya yang dihiris dan renehkan seketika sehingga tomato agak hancur
- siap dimasak dan sedia untuk dihidangkan bersama-sama roti atau nasi putih
- perah limau nipis sebelum menikmatinya
- sediakan juga cili kicap



No comments: