Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Thursday, September 1, 2016

Merelakan Demi Restu






.

 Hari demi hari berlalu tanpa disedari dan kini kakak hampir menamatkan pengajiannya diperingkat Diploma. Memang sedikit terkilan dihati seorang ibu kerana memaksa anak membuat pilihan yang mana bukan pilihannya dan kerelaanya.

Pemilihan Sains Gunaan adalah desakkan dari seorang ibu untuk anak fokus dalam bidangnya dan dengan rela hati beliau merestui pemilihan tersebut namun  jauh dari sudut hatinya beliau memang sungguh ingin bersama sahabat imtiyaz yang meneruskan peringkat degree namun desakkan ibu beliau merelakan.

 Justeru,sains dan teknologi amat ditekankan oleh Islam dan mesti diterokai dan digunakan selagi umat Islam sedar akan batas sempadan yang telah digariskan oleh Islam.

Sains dan teknologi mewakilkan pengetahuan dan pembelajaran. Usaha mendapatkan pengetahuan adalah sebahagian dari seruan Islam, dengan dibuktikan oleh penemuan dan kemajuan ilmu yang telah dirakamkan sejarah oleh para ahli sains Islam pada zaman awal Islam.


Melahirkan sebuah masyarakat madani atau masyarakat bertamadun bukanlah tugas yang mudah dan singkat, lebih-lebih lagi dengan kemunculan pelbagai teknologi yang enak-enak dan mulus. Namun tugasan yang digalas oleh kakak tidak pernah disia-siakan ini terbukti dengan anugerah Dekan yang diterima setiap semester. Orangnya simple namun pergaulan agak terbatas kerana banyak masa dihabiskan dengan menelaah buku. Kekadang terdengar bisikkan hatinya yang merintih ."ibu I am alone here" and as I am always told her "No u are not alone dear". Insyaallah ibu selalu mendoakan yang kakak nanti berjumpa dengan Mr Right one day.
Keep Going Anis Fuzi






No comments: