Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Wednesday, September 21, 2016

Musafir Bersama Akhwat Al Mawaddah



Percutian kali ini memang lama dirancang dan pelbagai rencana dan ujian melanda namun demi kesabaran Ketua Kami kak Shida maka perancangan percutian dapat dilaksanakan namun terpaksa meninggalkan sigenit Aysh kerana destinasi yang agak jauh dan mungkin memjadikan Aysh kurang selesa. Kami kesemuanya seramai 9 orang yang punyai perwatakkan yang berbeza. Berbagai kerenah bila mendengar kisah-kisah namun kisah ketua kami memang seharusnya menjadi teladan kepada kami. Moga Allah beri kebahagiaan kepadanya.  . 2 kenderaan SUV iaitu sport utility vehicle usually equipped with four-wheel drive for on- or off-road ability. Mazda x5 dan  Hyundai. Hyundai SUV the most efficient vehicle in its class. Kalau diizinkan ingin sangat miliki SUV jenis ini. Pemergian kami bagi memenuhi undangan 3 majlis Walimah.  Kota Bharu, Melur dan Tanah Merah.

8.30 pagi kami bertolak dan trafik agak meredakan. Perjalan kami singgah di Petronas bagi melapik perut dan dikala ini emosi agak terganggu kerana mengenangkan Aysh yang yang ditinggalkan dan selama ini memang tidak pernah berenggang dengan beliau. Air mata tidak dapat dibendung.

Minda merindui suara Sigenit

Yang Kenit Sayup Di Belakang

Perjalanan diteruskan dan disepanjang perjalanan kami kerap singgah, ada yang membeli sata, ada yang membeli jagung. Driver kami Mar & Kak Jalilah memang konsisten dalam menggalas tugas sepanjang perjalanan. Sampai ke Trengganu kami singgah ke kedai Makan Aziz Satar. Macam-macam yang dihidangkan namun saya lebih fokus untuk menjamah sata dan keropok lekor. Memang terbaik. Seafood celup goreng memang rapuh dan nikmat dikongsi bersama.

Menikmati hidangan


Perjalanan diteruskan ke agenda seterusnya iaitu operasi mencari keropok lekor di Tok Beng yang masyur dengan keropok lekpor yang pelbagai rasa.Sampai disana kami merasai keropok lekor berperisa cheese. Subhanllah memang nikmatnya merasai ikan segar dan apa lagi kak Shida menambah ordernya sebanyak 30 lagi menjadikan pembelianb beliau sebanyak 50 batang wow..
 Memandangkan  ruang kereta yang amat terhad terpaksa berdimpit-dimpit dan saya yang di belakang merasainya kerana hampir ditenggelami dengan barang belian namun masih boleh bernafas ini mungkin hikmah Allah kurniakan tubuh kecil dan moga ia memudahkan orang lain.

Kami dipelawa ke rumah Linda di Kampungnya dan sejurus di kedai Tok Beng kami meneruskan perjalanan ke rumahnya.

Moga murah rezeki semua sahabat yang bermurah hati.


Subhanallah merasai laksam, keropok dan colek betik Linda. Colek betik memang lain dari yang lain dan sangat nikmat merasainya dan bermesra bersama ibu Linda. ibunya yang sangat simple dan manis kelihatannya. Kami meneruskan perjalanan ke Homestay dan masyaallah memang sangat selesa dan luas dengan harga hanya RM180.00.

Alhamdulillah kami tidur lena dan keadaan homestay yang sangat selesa kami tunaikan solat berjemaah dan membaca surah Al Kaft beramai-ramai. Agenda seterusnya kami seterusnya kami riadah bersama dan apa lagi saya kenalkan salsa memang ramai yang berminat dan setelah itu kami bersama-sama bersiar-siar di kawasan kampung. Sungguh nikmat menyedut udara pagi.






Agenda seterusnya mencari sarapan dan kami singgah ke Warung Kak Sinah Kampung Losong. Memang terbaik dan harga sangat murah. Kami menikmati nescafe tarik dengan hanya 80 sen secawan dan nasi kebanyakkkan dengan harga RM1.00



Langkah seterusnya ke Pasar Payang... Shopping Time menemani kakak-kakak yang penuh dompetnya.

Aduhai kakakku memang sungguh minat bershopping


Seterusnya agenda kami ke Pasar Payang. Memang perlbagai pilihan kelihatannya orang yang sama menjuarai shopping pada kali ini sama seperti Trip kami ke Langkawi. Kelihatan di atas kak Shida membeli kain batik  dan saya memang tak mahir bershopping cukuplah setakat menemani ukhti.

Setelah bershopping kami bergegas ke rumah rumah Ita untuk simpan stok keropok lekor dan kami dijamu oleh Ita dengan Durian kampung. Perut tak berapa sedap hanya seulas untuk tidak menghampakan hati tuan rumah.



Langkah kami segera ke rumah Besan kak Bai menjemput kami makan pada pukul 6.30 petang namun ekoran dari kesesakkan jalanraya kami hanya sampai pada pukul 7.25 iaitu sebelum Maghrib. Alhamdulillah kami dijamu dengan nasi kerabu yang terbaik dan memang kami menikmati sungguh-sungguh.

Kemudian perjalan ke homestay Besan kak Bai. Allahuakhbar kali homestaynya sangat mendukacitakan kami. Memang tidak bernafas dibuatnya namun pejamkan mata dan anggap ini sebagai cabaran.




Agenda seterusnya adalah kami ke Masjid Sultan Muhamad Telipot untuk meraikan majlis pernikahan anak kak Bai. Memang kelihatan anak kak Bai rupanya ada sedikit wajah Bagio Darmasutra lagu terkenalnya umpama mimpi dalam mimpi. Sampai di Masjid solat berjemaah usai dan kak Ilah mohon saya mengimami solat di Masjid yang indah. Allahuakhbar suatu penghormatan dan dengan tenang mengimami solat dan kami masuk diruang nikah agak terlewat.
Iras wajah Bagio Darmasutera

Bila bertemu akhwat, memang teruja.

Apalah yang digosiipkan tu Akhwat!!!
Alhamdulillah selesai majlis kami berjalan ke Wakaf Che Yeh. Macam macam ada namun tiada yang berkenan dihati. Singgah minum air barley madu memang nikmat. Kemudian pulang ke Homestay dengan berat hati.

Agenda seterusnya kami setelah solat subuh jemaah diimami oleh Kak Mus yang kecil molek dan kami riadah sedikit dilaman kami pergi ke Restoran Kopitiam Kami di KB menikmati roti Titab.




Roti Titab .. terbaik

Agak mahal juga harganya nescafe RM3.00 sangat tak sedap oleh itu sangat tidak digallakkan untuk pergi ya.

Langkah kami seterusnya kami seterusnya ke Majlis Nikah Rabbani di Tanah Merah. Memang ada perbincangan namun demi meraikan majlis Kak Ton kami dahululan ke Tanah Merah dan akan kembali semula ke Kota Bharu.




Ini dia wajah-wajah Jelitawan Al Mawaddah


Barakallah hulakuma Banglong


Seterusnya kami ke Majlis Anak Kak Bai Hilmey aka Bagio ;) dan agak kalut juga kerana hajat dihati ingin ke Rantau panjang namun hanya setakat agenda sahaja kerana langkah kami masih jauh.


Siapa sangka jodoh gadis yang selalu melangkah ke Surau Al Mawaddah menjadi pilihan hati anak kak Bai. Ketentuan Allah Barakallah hulakuma to both of you.

Dengan segera kami melangkah ke rumah Ustazah Hidayah untuk meraikan majlis walimah adik lelakinya. Sesampai di sana Masyaallah kelihatan adik beradik ustazah sangat tinggi kelihatannya.




Dan langkah seterusnya ke Pasir Putih bermalam di sana dan kami akan pulang ke Shah Alam dan kami bergerak pukul 5.00 pagi.

Dalam perjalanan kami, berjumpa dengan lopak yang agak besar  dan injin kereta seaakan cedera teruk dan kami berhenti di Petron dibantu oleh adik yang berhati mulia dan abang yang stay di Petron tersebut.


Kelihatan filter minyak hitam pecah dan perlu diganti.

Alhamdulilah kami selamat sampai di Shah Alam sebelum Asar. Satu perjalana dan percutian yang penuh pengisian. 

No comments: