Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, November 8, 2016

Do your BEST to be your BEST.

Anak ini yang diberi nama Amir Farhan memang dari kecilnya pandai membawa diri walau dimana. Sedari bayi lagi beliau merupakan sebaik-baik anak, tidak banyak kerenah dan sangat pendiam. Amir seolah-olah mengerti percaturan ibu dan abahnya malah beliau tidak pernah tantrum. Kami tidak pernah menyangka bahawa tubuh sekecil ini punyai semangat juang yang tinggi. Berdamping kawan-kawan yang bertubuh jauh lebih besar darinya namun tidak pernah putus asa. Segala peralatan bola semuanya hasil simpanan duit belanja sekolah beliau.






Kali ini tiba giliran Amir untuk singgah ke kota Singapore untuk perlawanan bersama kelab ternama. Ini merupakan peluang bagi anak-anak untuk membuka langkah mereka untuk bertemu dengan permain-pemain club di luar negeara.

Kali ini kami boleh melihat pergerakkan Amir di padang jauh lebih baik daripada permainannya di Bangkok tempoh hari. Rentaknya tersusun dan bola tetap di kaki. Rentaknya begitu rancak membuatkan kami tidak berkedip mata melihat telatahnya. Sangat memeranjatkan gerak pantasnya itu, namun  cuma mungkin di perlu ada semangat eager untuk menakhluk bola dari pihak lawan perlu disemat dalam dirinya. Insyaallah sedikit demi sedikit kami melihat perubahan.

Ziarah kami ke negara Singapore agak berbeza kali ini kerana tidak ramai parent yang turut serta dan perjalanan kami kali ini dengan  menaiki bas express dari KL - Singapore. Agak meletihkan kerana pabila sampai di kastam dan immigration kami terpaksa menunggu lama selama hampir 2 jam.


Sampai di sana kami bersama-sama menaiki Van dan cukup padat, bayangkan pemain yang 14 orang dan 2 keluarga dari pemain menaiki Van tersebut namun Allah permudahkan segalanya.


Di sana kami tinggal di Adamson Lodge di Jalan Perak.  Kami merasai bersama-sama mereka kerana tinggal bersama mereka. Memang agak memenatkan perjalanan kami.


Paginya kami berdua cuba habiskan masa bersama dikala anak-anak masih belum bangun kami berjalan bersama disekitar kawasan hotel.










Paginya kami bertolak ke Restoran Zam-zam dan  bersarapan di sana mencuba murtabak Singapore.
Manakala anak- anak kami brunch terus lunch kerana perlawanan pun bermula pukul 2.00 petang. Sesampai di sana kami merupakan pasukan yang pertama yang tiba.


Pasukan terbahagi kepada 2 kumpulan yang merah merupakan kumpulan 1 dan yang putih kumpulan 2. Nampak kecomelan kumpulan 2 namun semangat mereka jangan di comelkan. You all the best. Walaupun kami tewas  ditangan Euro menduduki tempat ke 2 namun kami tewas dengan semangat juang yang tinggi.


Lepas perlawanan memang anak-anak kelaparan mujurlah bawalah Roti and Tuna jadilah buat mengalas perut.

Pada malamnya anak-anak dibawa berjalan ke Little India in Singapore namun tidak jauh ke mana setakat berjalan kerana masing keletihan dan perlu balik berehat untuk persediaan game esok dengan Team Jepun.


Bersama pasukan Jepun dan cara mereka melatihkan anak-anak kami sangat kagumi.

Aysh and her new friend Qistina
Al Quran hadiah di malam Anugerah Sekolah Hira Batu Belah. Beliau dicalonkan oleh Mualim sebagai pelajar yang menaikkan nama Sekolah Rendah Agama Hira Batu Belah

No comments: