Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, November 1, 2016

Rewang 2016

Banyak Kenangan bersama akhawat, Bersama meraikan majlis walimah bersama. Majlis bermula hari Jumat selepas waktu asar budaya rewang ataupun gotong royong kini semakin dilupakan oleh generasi masa muda.

Sebenarnya perkataan Rewang ini berasalnya dari bahasa jawa yang membawa maksud beramai-ramai membanting tulang bergotong-royong dalam menyediakan persiapan sesuatu majlis. Selalunya majlis yang memerlukan kerja Rewang adalah majlis kahwin, sambut menantu, cukur jambul dan seangkatannya. Rewang ini sebenarnya dekat dengan kita, cuma dari segi panggilan yang berbeza. Mungkin ada yang panggil rewang, ada yang panggil tolong-menolong, ada juga yang panggil gotong-royong, tetapi masih membawa satu makna dan misi yang sama.

Semua persiapan ini harus diselesaikan sebelum majlis bagi memudahkan proses langsungan majlis berjalan lancar. Persediaan rapi untuk bahan masakan, kerana mereka ini juga akan rewang bersama untuk masak lauk-pauk untuk dihidangkan kepada tetamu

Bagi memudahkan majlis rewang tersebut saya dan Miza berpakat untuk menyediakan minuman petang buat ahli rewang yang hadir buat mengisi perut. Alhamdulillah 2 bungkus bee hon tersedia dan di bawa ke surau. Sesampai di Surau kelihatan seorang ukhti mengenakan jubah serba hitam  telah sampai di Surau dan terserempak dengan  bapa pengantin. Beliau dengan penuh percaya menyerahkan sekotak keropok lekor untuk digorengkan dan dengan segera saya kedapur menyediakan alatan untuk menggoreng dengan bantuan cheff al mawaddah.

Berlari menuju ke ukhti berbaju hitam yang dikenali dengan kak Maizon, memohonnya untuk menyediakan air minuman kopi dan teh. Bantuan beliau menyediakan air kopi dan teh sangat dihargai kerana saya terpaksa lari kedapur untuk menyediakan keropok lekor.

Tidak lama kemudian kelihatan sahabat uhtifillah mampir mendekati membawa peralatan buat cokodoq bilisnya. Alhamdulillah cekodoq pun dapat disediakan dan keropok lekor dapat dihidangkan
 Buat pertama kalinya kami menggoreng dalam kuali kawah yang besar di dapur Surau Al Mawaddah terkesima dibuatnya kerana bukan mudah untuk muslimat masuk ke kawasan orang dapur muslimin Al mawaddah..





Esok setelah solat subuh, kelihatan kak Raudah perlukan bantuan dalam mengusahakan bee hoon gorengnya dan kami usahakan untuk membantu dengan segera menyediakan barang keperluan buat sup bee hoon. Alhamdulillah semua urusan selesai 11.00

Sempat juga kami lari ke Dewan Kiambang melihat persiapan terakhir, alhamdulillah sentuhan bapa pengantin dan pengantin membawa kelainan di dalam dewan tersebut. Gabungan warna  yang menarik .
Maka bermulalah kisah kami bertiga di bahagain dapur yang pada mulanya perancangan kami hanya menjaga VVIP namun kelihatannya cukup ramai yang menjaga VVIP dan kami beralih arah kebahagian yang memerlukan bantuan iaitu bahagian dapur yang memang memerlukan kami keluar masuk ke dewan dan khemah dapur. Hujan mengguyur membasahi kami namun tidak pernah sekali membantut semangat kami. Bila tidak cukup barang keperluan seperti mangkok nasi, senduk, sudu dan sebagainya memang kami usahakan mencari solusi yang terbaik bagi memastikan perjalanan berjalan lancar,
Kisah kami berlari-lari anak mencari lauk buat VVIP memang tidak kami lupakan buat selamanya.
Kelihatannya Mr Zauzi saya pun terpaksa beralih arah kerana bahagian runner membawa lauk memang memerlukan bantuan maka bermulalah edisi tugas sebagai runner membawa lauk dan Adam menggalas tugas sebagai mencedok lauk. Pada mulanya sahabatnya hadir membantu namun terpaksa mengundur diri dan tinggallah beliau seorang menjaga 2 periuk lauk iaitu ayam masak merah dan juga gulai daging.

Manakala ibu memastikan setiap bahan-bahan kecil seperti kuih untuk vvip dan segala ulam-ulaman sentiasa cukup tersedia di atas meja memudahkan runner membawanya ke dalam Dewan. Kuih yang ditempah khas buat sahabat rewang namun terpaksa disalurkan ke hidangan VVIP yang terdapat satu bekas kosong yang perlu diisi.
Memang tersentuh perasaan kami bertiga kerana tanpa dirancang kami bertiga dapat membantu dalam urusan dapur ianya mengeratkan lagi hubungan kami bertiga.

Selalunya saya berpeluang merasai pengalaman Rewang seperti ini jika pulang ke Muar Johor.  Namun buat pertaka kalinya di Surau Mawaddah Seksyen 7 meraikan majlis rewawng ini memang pada awalnya bagai tidak percaya namun itulah realitinya penduduk Al Mawaddah yang sepakat dalam menguruskan Majlis. Bagi saya ini adalah  satu permandangan harmoni dari mata saya sendiri. Berharap agar dapat amalan ini dapat diteruskan.

Apabila keadaan agak terkawal kami berdua mengundurkan diri untuk meneruskan perjalanan kami ke Kuantan bagi memenuhi undangan majlis perjumpaan bekas pelajar politeknik Kuantan.

No comments: