Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Thursday, November 10, 2016

Pemergian Cinta Lelaki Teragung

Ini merupakan kenangan terindah Allahyarham, Reunion Politeknik Kuantan dan sangat ceria ketika bertemu kawan-kawan lama. Ini merupakan Gambar terakhir beliau.


Assalamualaikum sahabat . Ingin saya catitkan disaat-saat akhir Allahyarhamhu pada malam pemergian beliau
Pada malam Rabu lagak beliau masih seperti biasa kelam kabut naik ke atas kerana beliau ingin ke Surau menunaikan fardu Solat Isyak. Baju sut melayu biru beliau yang sempat digapai oleh beliau  dan terus meluncur keluar sambil menyingsing lengan beliau menuju kereta viva. Saya bersiap sedia untuk ke kelas Tajwid Ustaz Syafee.

Agak lama menunggu beliau pulang dari Surau namun tidak kunjung tiba. Kebiasaannya pasti kunci akan bertukar tangan dan memohon restu beliau untuk ke kelas Tajwid. Langkah kaki diteruskan menuju ke Passat dan terus ke Surau dan seperti biasa saya orang paling lambat ke kelas dan malam tersebut merupakan yang paling lambat.

Setelah saya pulang dari kelas,  beliau kelihatannya kepenatan dan berbaring di depan TV dan saya biarkan beliau baring di situ sambil saya pun turut serta baring disisi beliau sambil menyusukan Aysh. Kelihatannya beliau begitu penat kerana rutinnya  setiap malam ketika saya pergi ke kuliah, beliau akan membuai Aysh di dalam buaian. Setelah kami tertidur dan terjaga dan terlihat jam sudah hampir 1.20 pagi, saya lantas gagah bangun menggerak beliau naik ke bilik tidur. Beliau naik ke atas membawa Aysh sekali manakala saya mengemas sedikit sofa-sofa yang bertaburan dilantai.


 Apabila naik ke bilik kelihatannya beliau telah tidur dan kata saya " aii dah tidur ,tak tunggu pun?" itulah pekataan terakhir yang diucapkan pada beliau.  

Dalam keheningan malam terdengar sayup-sayup suara Aysh dari bilik kakaknya. Bergegas  saya menuju kebilik mengambil Aysh dan bawa ke bilik kami menyusukan Aysh. Ketika itu Allahyarham masih tidur kelihatannya.  Mata masih tak dapat melelapkan lagi dalam pukul 3.40 pagi tiba-tiba terdengar suara beliau seakan-akan tercekik yang cuba bernafas dan kelihatan dada beliau terangkat sebanyak 2 kali sejurus itu beliau rebah ke lantai.Saya memanggil-manggil beliau namun tiada sahutan dan terus mendapatkan beliau dan disaat itu barulah mengetahui keadaan beliau ketika itu sedang sakit. Ketika beliau diatas ribaan,  tanpa berfikir panjang, lantas saya bisikkan kalimah  لا اله الا الله (laa ilaaha illallah) ke telinganya. Kelihatannya dia masih tercungap-cungap dengan pasntas saya bergegas  menuju ke pintu bilik Anis mengetuk sekuat yang mungkin, menggerakkan Anis untuk membantu. Beliau  bangun terus berusaha membuat panggilan kecemasan.


Ambulan tersedia buat beliau namun tidak berkesempatan
Anis kembali ke bilik, terus memaksa  saya membuat bantuan penafasan pada kanda dan saya sedaya cuba memberikan bantuan CPR dan setelah cubaan, Pertama kelihatan berombak di dada beliau. Seorang demi seorang  jiran tiba ke rumah dan mereka Juga turut memeriksa beliau namun bagaikan tiada tindak balas  dari beliau. Tidak lama kemudian paramedik tiba dan beliau memeriksa keadaan beliau. Dengan  suara perlahan paramedik mengatakan  
" maafkan saya kak, abang dah tak de dah" 

Bagaikan tidak percaya perkataan yang di dengar.Terkedu seketika sambil mata memerhati imam yang tiba  sebelum paramedik sampai ke rumah. Badan longlai bagaikan tidak bermaya. Dengan lembut saya sebutkan "Innalilllahhiwaiinahilaihi rojiuun".

Pergilah wahai kekasih hati, dinda meredhainya wahai kekasih hati. Dinda tahu kanda kepenatan sangat. Penat hidup di dunia bekerja tanpa henti-henti. Hanya dapat merehatkan diri ketika tidur. Jumpa dinda di syurga nanti.




Beliau di usung ke bawah di ruang tamu kami.  Saya seperti belangkas sentiasa disampijg beliau memastikan sentiasa bersama di samping dan sentiasa membelai beliau sambil mengurut segala tubuhnya dengan minyak agar bila tiba waktu mandi nanti beliau senang diuruskan. 

Di hujung sudut ruang tamu kelihatan Anis kelihatan terdiam kaku tanpa bicara. Mata melihat ke langit. Allahuakhbar, anak ini sangat rapat dengan Allahyarham pastinya ini merupakan kejutannya buatnya. Luahkan wahai anak, apa yang terpendam jangan disimpan.

Tetamu datang silih berganti membacakan doa untuk beliau dan memberi penghormatan terakhir pada beliau.

Ketika menunggu azan solat subuh berkumandang kelihatannya masih ramai lagi yang hadir memberi ziarah terakhir buat beliau. Ada yang datangnya dari jauh terutama sahabat semasa di UITM. Saya lari ke atas menuju ke bilik kami dan bersiap sedia untuk solat subuh dan kedengaran solat subuh diimamkan oleh Ustaz Syafee dan kedengaran suara beliau sedu-sedan beliau menahan hiba. Inil merupkan kali pertama mendengan tangisan beliau ketika solat. Syahdunya hati ini hanya Allah sahaja yang mengetahui. Sebelum itu juga semasa ziarah, kelihatan ustaz begitu sugul di depan jenazah Allahyarham. Menceritakan detik-detik kisah malam sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya. Kerana malam terakhir tersebut saya hadir ke kelas saya ada memaklumkan pada ustaz saya lambat hadir menunggu kekanda saya balik dari surau.



Masa sangat pantas berlalu, jenazah akan dijadualkan akan ke surau pada pukul 11.00 pagi dan akan dikebumikan selepas Solat Zohor. Saya gagahkan memaklumkan rakan-rakannya melalui whatsup dan berharap semua sahabat beliau dapat menziarahi beliau bagi yang berkesempatan. Kerana beliau memang sangat ceria bila berjumpa dengan kawan-kawan lama.

 Sesaat Van jenazah tiba, saya bersiap memastikan barang keperluan mandian buat kekasih hati tersedia dalam satu paper bag. 3 helai kain batik lepas  yang dibeli untuk kegunaan dsendiri asalnya kerana menjangkakan bahawa diri ini yang akan pergi , tetapi itu hanya perancangan kita insan yang lemah.

 Sesampai di Surau saya memastikan  anak -anak memandikan beliau  dan Adam mengetuai upacara tersebut, tugas Adam perlu memastikan segala najis dibadan dibersihkan dan amat terkejut melihat tiada terdapat najis  dibadan beliau. Allahhuakhbar.

Ketika kami memandikan dan menyentuh dan menyantuni  badan beliau dengan penuh belaian kasih sayang dan kelihatan tubuhnya sangat bersih dan tidak ada satu luka di badan betapa Allah pelihara beliau. Betapa pengakhiran yang begitu baik wahai kekasih hati. Sebelum berakhirnya upacara memandikan, saya dengan redha mencium dahinya sambil mengatakan "tunggu dinda di syurga nanti kanda" kelihatan sahabat beliau tidak dapat menahan sebak ketika itu masing-masing lari keluar bilik. Sesudah itu anak-anak beliau.mengucupi dahi beliau dan saat paling syahdu ketika Aysh mencium.abahnya."Abah bangun laa" Allahuakhbar.

 Sesudah beliau siap dikapankan maka saya duduk disamping beliau menerima kunjungan ziarah sahabat dan sanak saudara buat kali terakhir.


 Setelah semua selesai, maka giliran saya.....dengan keadaan linangan air mata yang tanpa henti, cuba untuk menenangkan diri. Lantas saya mendakap tubuh insan mulia ini buat kali terakhir dengan ungkapan " kanda you the best man that Allah anugerahkan pada I, tunggu I di syurga nanti. Tunggu I kanda. I will miss you kanda"









Setelah selesai memandikan beliau kami bersiap sedia untuk solat Zohor dan kelihatannya ramai benar kawan-kawan, sanak saudara dan jiran-jiran hadir turut sama solat Zohor dan solat jenazah beliau. Adam mengimami solat Jenazah dan betapa sayunya hati ini mendengar suara beliau. Kerana sebelum ini memang ada bercerita dengan Allahyarhamhu "yang, kita ada 4 orang anak lelaki cukup untuk membawa keranda kita dan sorang mengimami kita dan beliau tersenyum sahaja".

Usai solat, Jenazah dibawa ke tanah perkuburan Islam di Seksyen 21 untuk disemadikan beliau di sana. Saya tidak dapat mengiringi kerana di saat ini saya perlu menjaga pantang ketika di dalam iddah.





Kelihatannya Alif begitu terkesan kerana selama 3 minggu tak bertemu dengan Allahyarham








Allah telah mengingatkan kita sejak sekian lama melalui firmannya:
“Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”- Al Munaafiquun: 11



Apabila ia hadir semua yang dilakukan akan terhenti secara takdir yang ditentukan oleh Tuhan. Semuanya akan akur dengan ketentuan itu tanpa dapat menghalang atau menangguhkannya



Suka dan duka menjadi kenangan yang sukar dilupakan buat KAMI. Moga Jiwa dan akal KAMI diurus dengan teratur agar dunia dilalui dengan sempurna untuk memimpin amanah ini.



Kami tidak malu untuk bertanya apa yang diperlukan. Jika sukar pasti ada jalan keluar yang memudahkan, jika bimbang dan khuatir pasti ada pelindungnya. Jika tersalah cari pandu arahnya pasti ada sahabat Yg memimpin.

KAMI cuba untuk tenang dan sabar untuk melaluinya. Jiwa yang redha akan memudahkan akal untuk berfikir bahkan diri yang tenang akan mudah untuk bertindak.
Ya Rab pimpinlah KAMI



Kami- Ibu..Anis, Adam,Alif, Amir, Amaar and Aysh.


Rehatlah wahai kekasih hati




No comments: