Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Thursday, December 8, 2016

Cinta Yang Ditinggalkan Kekal Berdampingan



Assalamualaikum buat peminat yang setia membaca. 

Suasana rumah memang agak sunyi sejak kepergian Allahyarhamhu cinta hati saya.  Bagi saya cinta yang ditinggalkan kekal berdampingan. Terbayang-bayang wajah beliau di pintu masuk. Saya yakin pasti ramai yang tidak tega untuk menghadapi ujian kehilangan orang tersayang yang perginya tanpa pesan. Namun kaki harus melangkah. Pada anak-anak dihamparkan rindu yang tiada akan kesudahannya. Cinta dari lelaki teragung dalam berkasih di dunia dan di syurga. Moga kasih  kami ditemukan di sana nanti Insyaallah

Alhamdulillah Allah hadirkan Allahyarhamhu membimbing saya ke Jannah tanpa pernah berhenti beliau sering meminta saya mencari ilmu. Kuliyah yang disediakan di Surau Al Mawaddah semua yang ditawarkan akan saya sertai kerana itulah kesukaannya melihat kekasih hatinya menimba ilmu. Seperti selalu pada malam sebelum pemergian, beliau talifon dari pejabat katanya lewat sikit pulang tapi dia akan pastikan balik sebelum isyak. Terngiang-ngiang kedengaran suaranya memperingatkan untuk pergi ke kuliyah. 

Dalam jangka masa 3 minggu ini kami iaitu saya dan Anis turun naik ke marata bank  untuk usahakan penutupan akaun bank. Perlbagai nasihat diterima dari sahabat-sahabat, namun satu saja tujuan saya, adalah untuk memastikan nama kekasih hati saya bersih dan tiada berhutang dengan mana-mana pihak. Biar kekasih hati saya bersih di sana. Alhamdulillah minggu pertama telah pergi ke Citibank untuk memaklumkan pihak pengurusan akan kredit kad beliau dan juga" loan" rumah beliau. 

Minggu kedua telah pergi usahakan melangsaikan kereta Toyota Wish beliau dan alhamdulillah selesai perolehi Geran Kereta dan kedua status kereta passat masih perlu diteruskan untuk membayar kerana kereta tersebut masih baru status loannya di Maybank Islamic Finance. Ada yang menasihati agar membiarkan bank tarik sahaja. Tidak sekali-kali terlintas untuk berbuat begitu kerana itulah harta kesayangan beliau yang lama diidam-idamkan oleh beliau. Apa yang perlu dibuat adalah mendapatkan surat kuasa untuk proses pertukaran nama.

Agak berat kaki ini melangkah kerana terbayang-bayang kelibat beliau didepan sambil mendukung Aysh, namun saya gagahkan juga namun segagah manapun pabila berdepan dengan pegawai bank melihat air muka mereka apabila membaca sijil mati  beliau, menjadikan air mata ini jatuh berlinang juga akhirnya. Namun percayalah bahawa selagi nyawa dikandung badan akan saya jaga amanah dan harta yg ditinggalkan. Buat masa ni kami telah jelajahi ke setiap bank untuk  semua akaun bank beliau. Hanya 2 bank yang membenarkan proses perpindahan wang ke akaun saya sebagai pentadbir iaitu, Bank MBB dan Muamalat yang hanya dapat dikeluarkan memandangkan jumlahnya kurang dari 3 ribu kebawah.

👇senarai bank yang memeerlukan Surat kuasa.
1. ASB
2. Tabung haji
3. Bank Rakyat
4. CIMB
5. Hong Leong insurance
6. Unit Trust Public Mutual.

Alhamdulillah senarai form faraid telah disempurnakan dan akan di filekan beserta dengan dokumen yang diperlukan. Langkah seterusnya mengisi borang A seksyen 8 untuk diserahkan kepada pengarah tanah dan galian bahagian harta pusaka. Ini perlukan masa sedikit kerana perlu kumpulkan segala aset Allahyarhamhu. 

Minggu ini mungkin cuba usahakan untuk menyelesaikan cukai tanah kerana perlu  buat carian/caveat search keatas rumah aset beliau yang ada. Memang nampak dasarnya sangat mudah mengisi borang tapi usaha untuk mendapatkan status aset beliau beliau bukan satu kerja mudah namun Inilah yang dimaksudkan Cinta yg ditinggalkan kekal berdampingan. Cinta dari lelaki teragung kekasih di dunia dan di syurga. Insyaallah






sepenat manapun beliau, tetap Quran menjadi amalannya

bersama kesayangan beliau yang sering menemani










Tidak pernah berhenti untuk mengingati

jelas kelihatan beliau keletihan


Masih terbayang senyuman...


tetap tidak dapat dilupakan setiap sentuhan


Tabah berjalan, sembunyikan harapan



Hadirnya menunjuk jalan ke Syurga



Minggu kedua sebelumnya ustaz Firdaus datang berziarah dengan isteri beliau dan memberi penerangan tentang  wanita dalam iddah. Memang terkesan dengan penerangan ustaz menerangkan bagaimana kisah ummu salamah. Dan memang tiada siapa yang mahu di uji dengan kehilangan kerana kesannya sangat mendalam. Kehilangan ini adalah perancangan yang tidak pernah kita tahu dan dalam keadaan kita belum bersedia. Ustaz menerangkan konsep innalillah itu sendiri.

Cuba nikmati musibah itu kerana Allah susunkan musibah itu kerana kita sedang menjalani takdir Allah yang telah lama disusun. Kita usahakan mendulang pahala dalam musibah. Ustaz titipkan ringkasan tentang
a) Doa yang dari Rasulullah kepada Ummu salamah
b) ingat musibah yang menimpa, Allah meninggalkan kita jauh lebih baik untuk kita jalani hari-hari mendatang.
c) isteri  yang ditinggalkan  kita perlu menjaga apa-apa yang dikehendaki juga maruah keluarga yang perlu dijaga. Inilah adalah satu bakti  buat suami
d) menjaga syarat-syarat kita berpantang kerana suami beradi di hukum barzakh kita perlu mematuhi apa diredhai syarak.

dan juga sebutan Allahyarhamhu (buat lelaki) eloklah digantikan dari perkataan arwah kerana pekataan Allahyarhamhu merupakan satu doa buat simati



No comments: