Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, February 14, 2017

Sebutan Kes Faraid Di Mahkamah Tinggi Syariah


Alhamdulillah hari yang sangat padat dengan agenda hari ini. Setibanya di tingkat 4 Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, telah dijadualkan ke Dewan 4 tingkat 5 Mahkamah Tinggi Syariah tetapi sebelum itu terlupa, siGenit bersama maka terpaksalah talifon Adam untuk Hadir dan Alhamdulillah sempat. Setelah hadirnya Yang Arif Hakim Syarie, maka kes Faraid saya disebut dan di minta ke depan. Agak gugup juga memandangkan ini adalah kali pertama permohonan kes Faraid saya dan perupakan permohonan persendirian tiada peguam bersama. Di minta untuk menjawab segala soalan dari tuan Hakim Syarie.  Diajukkan soalan dengan siapakah saya hadir maka jawab saya, seorang maka terus tuan hakim menundakan sebutan pada 7 Mac 2017 dan affidavit perlu difailkan sebelum tarikh kes sebutan iaitu sebelum 7 Mac 2017.


sebelum itu, ingin saya senaraikan segala yang perlu dilaksanakan sebelum kes ditetapkan pada hari tersebut.

Berikut adalah Klasifikasi Kes Faraid :-

i.Nilai harta pusaka melebihi RM 100,000.00 - Bagi nilai pusaka yang melebihi RM 100,000.00 permohonan hendaklah difailkan/ didaftarkan terus ke Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.

ii.Nilai harta pusaka tidak melebihi RM 100,000.00 - Bagi nilai pusaka simati yang dibawah RM 100,000.00, permohonan hendaklah difailkan/ daftarkan di Mahkamah Rendah Syariah di daerah di mana pemohon tinggal.


 
Butir-Butir perlu Dalam Setiap Pendaftaran Kes Faraid
i.Permohonan Persendirian/ Peguam
 
a.Borang Permohonan Pendaftaran Kes Faraid
b.Sijil kematian
c.Surat Akuan
d.Salinan Kad Pengenalan Pemohon 
e.Salinan Kad Pengenalan waris-waris
f.Salinan dokumen berkaitan harta seperti Harta Tak Alih & harta Allh
g.Jumlah keseluruhan harta pusaka
 
Bayaran sijil faraid akan dikenakan selepas sijil disiapkan berdasarkan kehendak Kaedah Fee dam Kos 1991

  • Borang Permohonan yang lengkap di isi. Pemohon hendaklah salah seorang daripada waris-waris yang berhak terhadap harta pesaka.
  • Hendaklah disertakan dengan sijil kematian asal (untuk pengesahan) dan salinan sijil kematian pewaris-pewaris atau surat akuan sumpah kematian.
  • Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran waris-waris yang berhak ke atas harta tersebut.
  • Salinan laporan nilaian harta 
  • Salinan dokumen harta-harta yang boleh dialih dan tidak boleh dialih. 


Setelah permohonan didaftarkan pemohon akan diberikan tarikh untuk siasatan ahli-ahli waris. Pemohon hendaklah mengetahui dengan lengkap mengenai perihal si mati serta susunan  waris-waris si mati yang berhak dan pemohon hendaklah hadir ke mahkamah bersama-sama dua orang saksi lelaki untuk siasatan ahli-ahli waris pada tarikh dan masa yang ditetapkan dan bagi kes saya adalah pada 7 Mar 2017


Setelah usai sebutan, saya lari ke Mahkamah lari ke Maybank untuk urusan pembayaran pinjaman kereta.  Dan terus pulang seperti rasanya sempat untuk filekan Borang A di pejabat tanah dan galian tetapi sesampai di Pesuruh Jaya Sumpah sudahpun tutup waktu operasi pejabatnya

Rasa terpinggir kadangkala akrab dengan manusia. Sama ada kita yang tersisih atau kita tak sengaja menyisih. Dalam sesebuah komuniti, dalam persahabatan , kekeluargaan , pekerjaan mahupun kehidupan memang satu saat kita akan rasa tidak bertakdir untuk rapat atau lama dengan seseorang atau sesuatu.

Tenang. Elakkan diri untuk terlalu bersoal dan bertanda-tanya. Tuhan takdirkan bertemu pun sudah cukup baik. Bersyukur. Sekurang-kurangnya kita berpeluang untuk kenal dan belajar. Bersangka baik dengan Tuhan adalah kewajipan kita. Mesti ada hikmah yang baik. Jadi terus lalui sahaja hidup dengan apa kita sedang ada, sebab itu lebih utama untuk kita jaga. Semua perkara adalah penyebab untuk sesuatu. Buat ini untuk jumpa itu, pergi situ untuk jumpa ini. Itu percaturan Allah.

Jadi, jangan sedih sangat bila tidak berpeluang dapat apa yang sangat kita berharap hajat. Kerana Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Memang teramat-amat penat kerana segalanya dilakukan berseorangan ke  sana ke mari dengan hanya bertemankan sigenit. Namun percayalah segala kesungguhan ini kerana  satu niat iaitu untuk menunaikan hasrat kekasih hati saya. Kami punyai impian bersama namun, pemergian kekasih saya bukan  sebagai alasan untuk kita menguburkan impian tersebut. Sebaliknya  perlu tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk menunaikan impian dan hasrat Allahyarhamhu kekasih hati saya.



No comments: