Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Monday, March 27, 2017

Pull myself back together

Single mom, bukan satu gelaran yang diminta.  Saya seorang single mom kepada 6 orang anak dari berumur 21 hingga 3 tahun.  Kerana merekalah saya gagah untuk bangun setiap pagi kerana sayang pada mereka tak pernah pudar malah semakin akhrab memandangkan Allahyarham memang sangat rapat dengan anak-anak oleh itu saya perlu lebih usaha untuk rapat dengan mereka. Tidak pernah mimpikan untuk laksanakan tugas sebagai single parent dan terdapat perkara yang sememangnya berat bagi saya

Pabila kerisauan ditanggung sendiri
Ketika anak-anak datang menyerahkan segala borang, segala keperluan dan segala apanya diserahkan kepada saya untuk saya menentukan sama ada ya atau tidak ini membuatkan saya akan berfikir lama dan hampir seolah-olah tidak percaya namun itulah hakikatnya. Keadaan ini terkadang membuat saya buntu kerana perlu masa dan perlu caturan yang betul dan segala keputusan ini akan menentukan hala tuju anak-anak. Di kala itu teringat-ingat akan segala telatah manja saya sebelum ini pabila anak-anak hampir kepada kita menyerahkan segalanya dengan mudah mulut ini menjawab " serah pada abah, let abah yang decide" Tetapi perkara itu tidak akan terjadi lagi pabila semuanya perlu ditelan oleh saya seorang.


Pabila meraikan seorang diri
Sepanjang perjalanan anak-anak kita pastinya ada pencapaian yang mereka kecapi yang menjadikan ianya satu kenagan dalam kehidupan  seperti baru-baru ini pencapaian Amir ke Final perlawanan Bolasepak under U12 1MCC hati ini bagaikan mengimbau kembali detik-detik Allahyarham bersama pastinya ianya merupakan satu kenangan dan memori yang perlu diraikan namun pabila kita keseorangan seolah-olah  benci untuk meraikannya. Tetapi apakah sanggup saya membiarkan anak-anak merasai apa yang saya rasa dan jiwa saya akan kembali tenang.
The smallest in the ROW

Pastinya Allahyarham bangga dengannya

Pabila menangis sendiri
Kepada semua single moms, saya yakin anda tahu apa yang saya maksudkan disini.  Adakalanya kita akan terduduk menangis dan membiarkan air mata mengalir dengan tenang. Memang ada kalanya kita akan merasa getirnya hidup sebagai single mom sekali sekala kita perlu membiarkan sahaja air mata berlinangan. Namun saya perlu gagah untuk bangun dan  berusaha membesarkan anak-anak dengan apa cara sekalipun. Melindungi mereka dan memastikan pendidikan yang terbaik. Panjat semua bangunan seperti SUK, Pejabat Tanah, berjumpa YB , berulang-alik ke Jeram melawat Alif dan pelbagai lagi demi memastikan pembelajaran anak-anak kerana mereka adalah amanah yang ditinggalkan oleh Allahyarham.

Meraikan Amir Ke Final 

Pabila disaat memerlukan pertolongan
Selagi ada upaya memang saya cuba untuk laksanakan tanggungjawab kerana sememang dari kecil terlatih untuk berdikari. Teringat semasa remaja melalui detik-detik sebagai seorang pelajar kolej tanpa memohon mana-mana pinjaman. Berusaha dengan bekerjasa "part time cashier " di giant di PJ. Selama 2 tahun melalui kehidupan yang seperti robot rasanya. Siang dipenuhi dengan kelas dan malam sedari pukul 6.00 sehingga 11.00 malam bekerja dan duit gaji setengahnya diserahkan pada mak dan selebihnya bayar yuran bulanan dan selebihnya belanja harian. Memang caturannya seperti robot. Kesan dari itu, memang terdidik untuk berdikari melaksanakan memang agak lelah kerana faktor umur kita yang awal 40 ini memang meletihkan namun alhamdulillah disandarkan kepada Allah pasti ada solusinya. Namun terkadang ada masanya kita benar-benar memerlukan bantuan maka nama yang pertama terlintas difikiran adalah adik-adik saya disaat itu kita perlu akur yang tidak semua perkara kita akan dapat laksanakan sendiri.
 Amir and KBBJ TEAM Sama-sama mengharungi pahit getir ke Final


Pabila mengecewakan anak-anak
Ada kala kita tidak mampu untuk mengawal emosi amarah kita dikala kepenatan dan anak-anak akan menerima natijahnya. Single mom melalui jalan yang lebih mencabar dalam menangani permasalahan ini berbanding dengan couple parent. Sama ada ia kerana masa yang terhad, keewangan dan menerima hakikat yang saya tidak boleh membawa peranan kedua-duanya dan tidak dapat memenuhi segalanya seperti yang mereka mahukan. Ibu mana yang tak mahu melihat mereka bahagia dan kekadang melupakan segalanya permasalahan yang bermain di kepala dengan menjamu mereka makanan kegemaran mereka semata-mata mahu melihat mereka gembira.
Aysh masih belum memahami

Pabila diri terpaksa menerangkan situasi kenapa kita diuji.
Apabila diuji dengan ujian maka terdetiklah rasa, “apakah Tuhan sayangkan kami? Kenapa  diuji sebegini berat sekali? Namun saya bersandar kepada akal dan susunan ayat untuk memujuk hati… untuk sandarkan segala harapan dan kekuatan kepada Allah. Yang secebis ini jika diberkati lebih baik daripada selaut yang tidak diredhai. Yakinlah bahawa semua ketentuan Allah itu adalah baik. Ujian itu pasti ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk setiap kita. Pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik,

Memang agak berat untuk menerangkan pada Alif, Amir , Amaar dan Aysh. Bagi Adam dan Anis cukup dewasa untuk menerima ketentuannya. Dalam hal ini Alif amat tertekan dengan pemergian Allahyarham. Beliau sering bersendirian dan mengasingkan diri merasakan dirinya terbeban dalam dalam keluarga memandangkan yuran persekolahannya yang mahal bagi dirinya. Memang jelas kelihatan betapa kerinduan terhadap Allahyarham kerana beliau yang paling lama tidak bertemu dengan Allahyarham. Namun pendekatan dari ukhti yang sedia membantu dalam menanamkan dirinya dalam pelajaran nampak perubahan dalam dirinya



Allah timpakan ujian yang besar, untuk ‘membesarkan’ kita dan kita pasti diuji! Justeru itu, apabila diuji jangan katakan, “apakah aku tersisih?” Sebaliknya, katakan, “aku sudah terpilih!”

No comments: