2019 merupakan tahun ketiga kami melalui bulan Ramadan tanpa insan kesayangan kami. Masih segar di ingatan kami segala tindakan beliau. Kesukaan beliau adalah duduk membaca Quran sebelum berbuka.
Perasaan rindu terhadap Allahyarham makin menebal bila tiba bulan Ramadhan. Saya ajukan soalan pada seorang ustaz , bagaimana cara terbaik untuk kita mengatasi perasaan ini. Menurut ustaz
"Cara yang terbaik ialah sedekah dia sedekah jariyah dan hanya Allah yang tahu betapa bahagianya suami di sana. Sentiasa kirim kan doa ampunan dan kasih sayang Allah dicucurkan kepadanya, semua yang saya sebutkan tiada amalan yang dapat menandinginya hanya mungkin menyamainya."
Saya kongsikan perkara ini dengan anak-wnak dan mengajak mereka bersama melaksanakan amalan baik kerana Allahyarham merasa bahagia bila amalan2 dan doa dari anak-anak nya sampai kepadanya. Bukan satu kerja mudah untuk melaksanakan dengan segala tarikan dunia yang akan membuat mereka leka namun itulah tugas seorang ibu tunggal ini. Perlu kuat untuk menjadi simbol ikutan anak-anak. Perlu kekuatan mental dan fizikal yang kental.
Pesanan buat anakanda Amir, bulan Ramadhan tingkat amalanmu. Jangan lupa panjatkan doa buat allahyarham. Senantiasa segarkan ingatan bahawa segala didikan beliau inilah dirimu berjaya melangkahkan kakimu ke AMD.
No comments:
Post a Comment