sebagai seorang wanita yang ditinggalkan memerlukan keimanan yang sangat tinggi. Bukan kerja mudah untuk mengurus anak-anak remaja seorang diri tanpa nakhoda.
Semalam (Ahad 5 Mei 2019) rasa penasaran kami terubat kerana Disney memberikan kesempatan pada kami untuk menikmati filem tersebut dengan jalan penceritaan yg sgt terkesan.
Dapat saya kaitkan penceritaan ini dalam diri saya bagaimana harus menguruskan misi saya bersama anak2 yang sedang membesar yang penuh cabaran. Bagi saya anak2 adalah rakan seperti mana watak-watak dalam Avangers dan saya selaku nakhoda iaitu Captain Amerika perlu bijak dalam menguruskan pasukan dalam memastikan misi Avangers ini berjaya
Pengorbanan yang tinggi sehingga mengabaikan kepentingan diri dan hanya memikirkan kepentingan misi Avangers yang merupakan misi utama dalam hidup saya. Menggalas amanah membesarkan my Avangers. Segala keinginan dan nafsu serakah cuba dibuang jauh demi misi membesarkan Avangers saya.
Setiap karakter yang dijayakan saling melengkapi dan menyokong karakter lainnya. Bahkan terdapat beberapa karakter yang sengaja diceritakan dengan lebih mendalam lagi, untuk mendapatkan gambaran mengapa mereka mengambil sebuah keputusan yang sulit. Begitu juga saya, setiap karaktor anak itu berbeza dan cara untuk menanganinya juga berbeza.
Sebagai ketua, seharusnya bijak dalam menangani segala konflik yang melibatkan perasaan dan juga sekira terdapat ahli yang tersasar dari panduan yang diberi, ketua harus bijak membawa mereka kembali bersatu bersama menggerakkan misi bersama. Memang satu pengalaman yang indah bersama anak2 menyaksikan filem tersebut dan cuba mengaitkan jalan penceritaan tersebut persis jalan penceritaan mom of 6 ini. Ok chow
Tahniah Amir..teruskan usaha, panjang lagi perjalananmu.
No comments:
Post a Comment