Pesanan buad dirimu wahai MisDss. Jauhi dari sifat prasangka. Salah satu perkara yang terbaik yang boleh kita buat untuk menjadikan hidup lebih gembira;adalah dengan belajar untuk mengelakkan diri kita dari menilai orang lain.
Kita semua mudah untuk menilai orang lain.Saya juga tidak terkecuali. Dan walaupun sifat menilai atau judgemental ini sifat semulajadi manusia, saya tidak merasakan ia adalah suatu sifat yang boleh memberi kebaikan kepada kita. Apa akibatnya jika kita mudah untuk menilai orang lain?
Apakah keburukan yang terselindung disebaliknya?
Ini adalah beberapa akibat yang akan berlaku:
- Kita akan langsung tidak mempedulikan apa yang seseorang itu sedang lalui
- Kita tidak akan faham situasi yang sedang berlaku.
- Pandangan yang tidak betul terhadap orang lain.
- Kita akan rasa lebih hebat dan baik daripada orang lain
- Kita akan tidak bersyukur
- Menutup pintu silaturrahim. Kita sukar untuk cuba mengenali seseorang itu dengan lebih mendalami.
Disamping juga bahaya-bahaya yang lain yang sentiasa menambahkan jurang dalam perhubungan.
“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang.”
[al Hujurat, 49:12]
Bagaimana melepas sifat ‘menilai’ & Judgmental ini
"Be courious NOT judgmental"
Pertama sekali kita harus sentiasa berwaspada dalam setiap apa yang kita lakukan.Jika kita berasa marah, sakit hati atau menyampah terhadap seseorang, pastinya kita akan mengata terhadapnya, bergosip dan mengumpat terhadapnya.
Ini adalah petanda anda adalah seorang yang suka menilai atau judgemental. Sila cam kan apa yang sedang berlaku.
Apabila anda sudah menyedari perkara ini, berhenti dan bertenang.
Tidak perlu untuk menyalahkan diri sendiri, tetapi persoalkan mengapa kita bersikap sedemikian:
Mengapa kita perlu menilai seseorang?
Apakah pandangan yang dibuat oleh kita terhadapnya betul dan munasabah?
Boleh kita teka apa yang sebenarnya seseorang itu sedang lalui sebenarnya?
Kelebihan apa yang ada pada dia yang boleh kita hargai?
Cuba keluar dari memikirkan dalam sudut pandangan kita dan cuba letakkan diri kita berada ditempatnya
Cuba bayangkan bagaimana jika kita sedang berada ditempatnya, melalui situasi yang sama denganya?
Bila kita selesai dengan persoalan ini, tanyakan kepada diri kita:
Bagaimana untuk kita boleh menolongnya?
Apa yang dia perlukan sebenarnya?
Sangka buruk yang harus?
Tidak dinafikan ada beberapa jenis sangka buruk yang diperlukan demi keselamatan diri. Ia juga dinamakan berhati-hati atau ‘hazar’.
Ini dalam bab lain, anda boleh membaca artikel yang menarik ni secara lengkap di Blog Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman
No comments:
Post a Comment