MisDss nak mengajak semua agar mengamalkan gaya hidup sihat. "Grounding" ialah teknik memijak tanah tanpa sebarang alas (stokin/ kasut) dan cuma berkaki ayam. Tapak/ tanah yang dipijak boleh jadi seperti kayu, batu, pasir, rumput, tanah liat. Kenapa perlu grounding?
Grounding sebagai amalan untuk kesihatan fizikal, mental & emosi. Jasad manusia terdiri daripada unsur tanah. Sesekali kita kembali berpijak di bumi yang nyata. Zaman sekarang, kita kurang berpijak langsung ke tanah. Keluar rumah ketika matahari belum terbit, pulang ke rumah juga matahari sudah terbenam. Tubuh kita kurang terdedah kepada alam semulajadi.
Jika kita kurang "grounded" (berpijak di bumi yang nyata), kita akan jadi kurang waras, banyak mengelamun, kerja/ matlamat hidup kurang jelas, target ke laut dan cenderung buat perkara bukan-bukan kerana fikiran tidak selaras dengan jasad. Banyak manafaat grounding ni. Kalau ada rasa "biol", "weng" sikit-sikit tu, rasa terawang, lost, cuba aktiviti back to nature ni.
*TERAPI “Grounding Method”*
Penyembuhan diri dengan cara menghayati atau menghubungkan diri dengan bumi dan alam semulajadi ciptaan Tuhan. Teknik telah diperkenalkan sejak zaman dahulu lagi. Bumi merupakan medan tenaga elektromagnetik yang koheren dapat menyeimbangkan mengekalkan keadaan yang harmoni setiap elemen yang berhubung dengannya.
*BAGAIMANA IA BANTU URUS STRES?*Medan bumi mempunyai gelombang elektromagnetik dengan julat rendah iaitu 7.8 Hz yang dikenali sebagai "Schumann Resonance".
Tubuh badan manusia dalam keadaan tenang dan tenteram mempunyai getaran gelombang yang sama dengan getaran bumi pada frekuensi 7.8 Hz.
Individu dalam keadaan stres berkecenderungan mempunyai tahap gelombang Beta iaitu pada 12-25 Hz. Oleh itu dicadangkan individu tersebut pergi bersantai dengan alam semula jadi dalam masa 15 hingga 30 minit.
Dengan cara itu gelombang pada tubuhnya dan tenaga cas elektromagnetiknya dapat dineutralkan dan diseimbangkan semula dengan cara semulajadi. Planet bumi dengan sistem biologi semulajadi telah membantu manusia dalam meningkatkan kesejahteraan mental, emosi dan fizikal. Ia juga membantu meningkatkan daya hidup, tahap kesihatan, kesejahteraan dan jangka hayat yang berpanjangan.
*TEKNIK “Grounding Method”*Antaranya ialah berjalan tanpa kasut (berkaki ayam) di atas tanah atau pasir, membaca buku atau berbaring di atas tanah atau di bawah pokok, bersiar-siar di taman, berkelah di tepi pantai atau air terjun atau sungai atau tasek, bermain di padang permainan, memeluk pokok, mandi, merendam diri dalam air, meredah hutan, mendaki bukit, merendam kaki dalam air garam dan sebagainya.
Ringkasnya: Gelombang bumi dan alam semulajadi adalah gelombang teraputik yang membantu penyembuhan stres dan memberi kesembuhan, ketenangan dan rileksasi kepada minda, tubuh dan emosi.
Resepi petanh ni MisDss kongsi resepi yang mudah dan sangat terkenal dimasyarakat melayu. Cucur pisang. Ada yang panggil jemput pisang. Meh cuba ya
Ramai yang pm tepi yang tanya camne nak buat cucuq gebu sampai ke petang...Hari ni misDss nak share camne nak bagi kilat molek gitew....berikut adalah ramuannya.
Mudah je cuma kekadang tu ada juga tak menjadi. Mungkin tips berikut dapat membantu. Selamat mencuba semua
Tips:-
a) jgn terlebih pisang ia akan menyerap minyak dan susah nak garing2.
b)minyak perlu betul2 panas dan bila telah diadun dlm kuali baru perlahankan agar x hangit
c) kalau terlebih gula akan membuatkan cucur tu akan melekat dan mudah hangit.
d)nak bagi dia montel gebu letakkan sedikit soda bicarbonat.
#SEKILO pisang Lemak manis
#3/4 camca teh soda bicarbonat
#1 camca besar GULA MELAKA ASLI
#I camca besar gula PERANG
#2 cawan tepung gandum cap bunga ros atau faizah( lebih atau kurang ikut adunan kalau terlembik tambah sikit tepung )
1/4 camca teh garam halus
#Minyak untuk menggoreng
Kupas pisang, lecek bersama gula, garam, soda bicarbonat hingga hancur. Biar lama sedikit dan biarkan 5min
Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit.
Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak2, MisDss buat dalam 10 biji macam tu, sebab ianya akan kembang dlm kuali sedang.Tapi ini bergantung pada saiz kuali yang anda gunakan.
Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap.
Selamat mencuba ..semoga bermanafaat dan memjadikan anda stay positif and remain calm. Luv uol😎
No comments:
Post a Comment