Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, December 29, 2009

Kasih Rindu Tertumpah di kala Gembira



Memang senyuman kami adik beradik tak pernah lekang pada hari tersebut
Kami gembira melihat mak pada hari tersebut

Pada 26 December 2009 merupakan hari yang bahagia buat bondaku Normah. Kami adik beradik jarang melihat mak begitu. 2 hari sebelumnya mak tak tidur malam membuat persediaan buat adik bujangku Eddie. Adik Rin memang seharusnya mempunyai bakat terpendam menyediakan hantaran yang serba biru, syabas adikku dan terima kasih tak terhingga. Kelihatan mak begitu anggun memakai baju yang ku beli.

Sampai di rumah yang dituju, maka bermulalah bab perbincangan. Kelihatan olong dan angah duduk dibaris depan manakala abang ijam mengetuai rombongan. Di saat itu mataku berkalung air mata kerana seharusnya abah duduk disitu. Ku cuba mengawal perasaan ini. Tetiba saja abg ijam buat lawak. Beliau menyebut 80 ribu hantaran ... kami semua terkedu... dan kemudian termeterai gelak tawa semua. Setelah hampir sepuluh tahun Mak menunggu untuk menerima menantu perempuan inilah masanya. Kami juga turut gembira mak.

Balik kerumah ketika bintang bercahaya, Ku rebah di dada malam, Kutanggalkan Baju Dunia. Dakapku dengan selimut syurga, Ku biarkan Air Mata Melimpah, Segala Kasih Rindu Tertumpah, Ya Allah hanya padamu tempat ku mengadu Segala rindu. Sampaikan SALAM RINDUKU PADA ABAH.. ..... :(

No comments: