Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Monday, November 8, 2010

Singgang Ikan Tongkol

Ni di satu lagi menu dari CMG.... layan..my kanda yang nak sangat ikan tongkol ni, harap2 dia suka, si kakak cakap sedap..tukang masak tak berapa nak gemar ikan melainkan masak gulai ikan dagang tuuuu
Sumber :CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan tongkol putih sederhana besar
1 kuntum bunga kantan, belah 2
2 batang serai, dititik
4 keping asam gelugor
1/3 cawan isi petai [tak letak, kerana anakanda tak gemor]
1 kiub ikan bilis "Maggi" [tukarkan pada ikan bilis betul2 yg ditumbuk]
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 cm hirisan lengkuas*
1/2 cm hirisan halia*
10-12 biji cili padi merah, siam*
1 camca teh lada hitam biji*
1/2 inci kunyit hidup*[*ditumbuk lumat]

CARA MEMBUATNYA ;-)
Ikan dikerat sederhana tebal (ikut saiz ikan), cuci bersih dan toskan. Dalam periuk, panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk lumat dan serai hingga harum, tuang air secukupnya, masukkan kiub ikan bilis dan asam gelugor, kacau dan biar mendidih.
Masukkan petai dan ikan tadi, tambah bunga kantan. Masak sekejap, masukkan garam secukup rasa dan secubit gula, biar mendidih perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api, Hidangkan segera selagi hangat...hmmm../fuzidss

4 comments:

Yatie said...

Salam Fuzids,
Lauk singgang ni mmng sedap..hirup kuahnya sedap betul...

LiNa_Pg said...

kalau kat penang,msk cenggini panggil pindang..sedap kan?

suri solehah said...

salam..dah memalam baru sempat nak jenguk dapur org..sori erk..

fuzidss said...

Salam Kak Yatie... memang sedap anak2 yang tak minat ikan ni makan semalam.. terharu gilee dibuatnya. Sebabnya kalu kat pasar saya nak beli ikan fikir 10 kali.

kak Lina- yap, mak saya pun panggil pindang

Suri- kalu dibuat sibuk memang laa nak junguk memang payah