Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Monday, October 21, 2013

Sejauh Mana Kaki Melangkah








Sejauh mana kita melangkah untuk kita jelmakan islam dalam hidup kita. Jangan terlalu bersuara untuk membela islam namun kita tidak jelmakan urusan hidup kita seperti Rasulullah. Seperti yang kita diketahui bahawa segala hidup kita telah dicaturkan oleh Allah sebelum lahir lagi namun kita berhak memilih mencari terbaik buat anak-anak. Untuk itu kita perlu bentuk hidupkan sebelum membentuk orang lain. Muhasabah diri kita apa kita bersedia untuk berubah .. apakah bahan bacaan kita yang menjadi rujukkan? Adakah yang terbaik dikala ini. Mungkin kita rasa sudah terlambat namun bagi Allah tiada yang terlambat bagi mereka untuk berubah.

Allah S.W.T mencintai kita lalu dia memberi ujian untuk melihat sejauh mana kesabaran dan keimanan kita sebelum kita mencapai ke puncak. Tujuannya, agar kita sentiasa mengingati-Nya dalam perjalanan kita mencapai impian diri. Namun manusia, seringkali melupakan tanggungjawabnya sebagai hamba sewaktu senang. Apabila musibah datang, barulah mahu diingati pencipta-Nya dan pada waktu ini, bibir mula tidak kering dari meminta pertolongan Allah S.W.T, meminta agar diberi kesabaran dalam menempuh ujian-Nya. Baru kita ingat akan musibah itu ialah ujian. Di waktu senang, kita lupa tentang ujian daripada Allah S.W.T untuk melihat masih bolehkah kita mengingti-Nya atau terus hanyut dalam kesenangan hidup di dunia. Jangan dikenang segala yang telah berlalu namun jadikan panduan buat kita untuk terus berjalan kedepan.
Maka apabila kita sudah berada dipuncak semula, kita tidak akan mengulangi perkara yang telah berlaku yakni hanya mengingati Allah S.W.T di waktu susah.
 


 




No comments: