Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Friday, September 5, 2014

Nasi Lemak Keras

 
Tajuk mamamg gempar. Maksudnya Nasi Lemaknya sangat keras kerana kurang air . Malam tadi punya cerita.   Sangat terkejar-kejar dengan masa yang ada. Difahamkan dari hukama, 3 perkara yang perlu di jaga dalam hidup berkeluarga dan sebagai ibu kepada 6 orang anak-anak ini memang ia amat memainkan peranan. 3 Perkara tersebut adalah

a) Menjaga makan minum
Yang disediakan oleh ibu itu adalah yang terbaik walaupun sekadar nasi goreng kosong namun makanan itu disediakan berserta niat dan doa. Walaupun kekadang masa amat terhad namun usaha untuk menyediakan itu amat bermakna buat anak-anak.

b) Solat
sebagai ibu memang agak letih kerana sering mengulang perkara yang sama. Solat Amir, Solat Alif, solat Amaar ... Adam Solat.... Sampai bila perlu mengingatkan ? sampai bila-bila kerana ia tiada limit masa bagi seorang ibu.

c) Tidur
Jaga masa tidur anak-anak memang amat penting kerana akan melentur disiplin anak-anak. Mungkin kita rasa anak-anak remaja agak terlambat..TIDAK.. tiada terlambat bagi kita. 

dan seperkara lagi yang perlu kita lakukan ..DOA. itu yang sering dilupakan. Senantiasa doa buat anak-anak kita. dampingi mereka dan tingkah laku kita ada pelajaran yang terbaik buat anak-anak. Kita bangun subuh 10 minit pertama yang kita lakukan akan mencorakkan hari kita .. maka bangun pagi  perkara yang amat terbaik adalah ingat Allah dan cerikan hari dengan mendakap anak-anak.

Yakinlah ...


No comments: