Tempe Goreng
Ramuan
Tempe 8 keping (kampung style yang bungkus suratkhabar tu) di hiris2
2 cawan tepung gandum
5 ulas bawang putih *
1 ulas cili api*
1 inci kunyit hidup*
secawan air lebih kuranglah
garam secukup rasa
* ditumbuk
campurkan tepung dengan bahan yang ditumbuk tadi dan kacau hingga sebati dan boleh lah gorengkan
Menu kedua adalah Udang Masak Merah. Memang sedap kerana udang licin selalunya udang tak habis. Mesti cuba ya
UDANG MASAK MERAH BEREMPAH
Sumber :Dayang Jack
Bahan-bahan:
- 1/2 kg udang basah (dibersihkan)
- 2-3 sb cili kering kisar
- 5 biji bawang merah (dikisar)
- 2 ulas bawang putih (dikisar)
- 1 inci halia (dikisar)
- 1/2 inci lengkuas (dikisar)
- 1 batang serai (diketuk)
- 3 sb sos cili
- 1 sb sos tomato
- 1 sudu makan kicap masin/manis
- 1 sb sos tiram
- garam dan gula secukupnya
- 1 labu bawang besar (dimayang)
- 1 biji cili merah (dihiris)
Cara-cara
- Tumiskan bahan2 kisar dan serai sehingga terbit bau. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap dan sos tomato. Tambahkan sedikit air dan kacau perlahan.
- Masukkan udang, bawang besar, cili merah dan sedikit air. Kacau rata-rata.
- Perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
- Siap untuk dihidangkan.
semasa terawih kali ini hari pertama untuk solat 20 selalunya 8. Perlu pergi jauh dari zone selesa so hari ini sudah bersedia dan memang mencabar menjaga #sigenitaysh. Lihatlah sahaja telatahnya
Bersama kakak cantiknya bernama Naurah memang ayu sangat sikakak ni suka sangat kanak-kanak. Maka dapatlah menunaikan solat sunat terawih walaupun agak tidak tenang.
#muhasabah diri
masih tidak dapat mengawal masa walaupun dirumah masih terlalu alpa dan tidak tahu mana yang perlu didahulukan. Memang sesungguhnya suri ummah kerjanya sangat mencabar.
see next update malam ni
No comments:
Post a Comment