Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Monday, December 26, 2016

Mehna Kehidupan




Maafkan saya kerana, ketika ini terlalu sibuk menguruskan  diri sendiri, kehilangan daya untuk terus berkongsi.  Namun mana mungkin kita lari dari tanggungjawab dan peranan kita dalam masyarakat dalam berkongsi maklumat pada semua. Saya gagahkan juga untuk terus menulis.

Kali ini ingin saya kongsikan di masa saya tercalon dalam senarai VSS dan disaat saya memaklumkan pada anak-anak dan kelihatan nya kakak sangat memahami. " Mulai sekarang kita akan kurangkan perbelanjaan rumah ibu akan cuba masak segalanya dan kurangkan untuk keluar makan di luar. Bertabahlah semua dalam keadaan kita yang akan mendatang" Kata saya pada anak-anak

Kali ini kami diuji lagi dengan pemergian Kanda tersayang, banyak perkara yang perlu dijauhkan atau dengan kata lain membuangnya jauh- jauh. Perkara yang melekakan, media sosial perlu dikurang, cuba memanafaatkannya untuk segala yang mendatangkan ilmu. Banyakkan menulis yang mana dapat memberi ilmu dan panduan kepada orang lain.



Kikiskan perasaan cemburu melihat kegembiraan orang lain melancong malah saya jadikan keseronokkan melihat tempat yang cantik yang dikunjungi oleh mereka. Semuanya itu menyuntik aura manis dan baik-baik kepada keluarga saya. Sesungguhnya setelah itu kami hidup sangat sederhana . Dengan ujian itulah kita mengenal Allah. Allah memperkenalkan  Dirinya di Sebalik semua ujianNYA.

Segala Mehnah yang datang kita cuba cari jalan bagaimana usaha kita untuk menghadapinya. Peganglah prinsip ini, tabahkan hati ini menempuh kehidupan yang tidak akan pernah mudah ini.
Bersyukur kerana saya dikelilingi oleh anak-anak yang sentiasa mendorong saya Sehingga sekarang masih menyemak peluang keja dalam Jobstreet dan  forwardkan email kepada sahabat terdekat.

Seperti yang sebelum ini, setelah disemadikan Kekasih Hati, maka bermula lah fasa mengumpul maklumat tentang harta dan hutang si mati. Sebagai benefisiari sebagai isteri beliau.

a)Harta alih
b)Harta tak alih
c)Hutang-piutang
d)Kos pengurusan jenazah/Khairat Kematian
e)Perjanjian-perjanjian Pembelian
f)Senarai waris yang berhak
g)KWSP
h)Insuran
i) Perkeso
k) Unit Trust
l) Akaun Bank


Sebelum ini usahakan semua pertukaran/penutupan akaun beliau dan terdapat  6 buah bank yang memerlukan surat kuasa dari Mahkamah. Segalanya telah diusahakan dan juga tentang Senarai waris yang telah disempurnakan melalui borang Faraid dan sekarang ini telah mengumpulkan data bagi menyempurnakan Borang A . Alhamdulillah KWSP dan PEKESO juga telah selesai ini bermakna sekarang d), f), g), i), telah berjaya dikendalikan dan yang lain masih belum kerana memerlukan surat kuasa
Jadi, apa langkah seterusnya? Berikut adalah nota yang dapat dicatitkan sepanjang minggu sebelum ini.

Minggu ke 3 Disember 2016 jelajah MPK pada Isninnya. Memang tak terarah dibuatnya kerana bila bergantung kepada google Maps asyik terlepas pandang belok ke kanan Setelah 3 kali cubaan alhamdulillah tak berjumpa terus balik

Citibank Centro Klang di sini kami sering berdua saling menemani
Minggu sebelumnya bergegas ke Citibank menghantar segala documents yang diperlukan.
Pada 20 Disember 2016 saya panjat ke Bangunan MRCB .. masalah pakirnya sangat merungsingkan orang ramai. Hampir sejam menunggu. Alhamdulillah selamat mendaftarkan nama Aysh ke SSPN 2.

Di Depan Menara MRCB

Ole-ole dari SSPN
Rabu 21 Disember 2016 kami memacu passat menuju ke RHB untuk urusan penutupan akaun kekasih hati bersama kakak. Sentiasa terbayang-bayang berjalan di depan kami.



Memadangkan gerbang persekolahan semakin hampir, maka setelah selesai, kami bergegas ke  Sekolah Amir dan Amaar untuk membeli buku dan segala alat tulis.


Khamis 22 Disember 2016 saya gagah ke MPK dan kali ini sebelum pergi mempersiapkan diri dengan bertanyakan dan google untuk memastikan saya jumpa jalan ke MPK. Alhamdulillah sampai juga akhirnya dan jelaskan segala tunggakkan sebanyak RM345.00



Pada hari Jumaat  23 Disember 2016 kaki melangkah sekali lagi ke Pejabat Tanah di U5 Shah Alam menjelaskan cukai tanah bagi dua aset Allahyarham. Ingatkan boleh selesaikan semuanya namun tidak kerana rumah apartment di Klang perlukan Geran Tanah dari Service Apartment tersebut. Masih sangkut lagi nampaknya tetapi insyaAllah pasti ada jalan penyeleaian. Tujuan semua ini disempurnakan adalah ia merupakan pra syarat kepada proses caveat keatas Kekasih Hati (simati)


Tugasan wajib setiap hari ketika ini

Insyaallah saya akan teruskan menulis untuk rujukkan sahabat semua. Minggu ini perlu fokus kepada persekolahan anak-anak yang saya akan kongsikan bersama setelah selesai semuanya. Doakan saya terus bertenaga dan sihat dalam menunaikan amanah kekasih hati saya.

Allah turunkan hujan untuk kita nikmati warna pelangi

dss

No comments: