Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Wednesday, February 29, 2012

Ayam Kukus Kicap Berempah



alhamdulillah hari berlaku lah perubahan dalam hidup ini kerana perubahan struktur dalam jabatan. Mulai esok ku punyai assistant telah diumumukan oleh ketua jabatan HR. Alhamdulillah kami sangat mengalu-alukan kehadirannya ke jabatan kami.

Kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Pegang kata-kata itu. Impilikasinya, untuk kita bahagia, carilah orang yang paling hampir dengan kita dan bahagiakanlah mereka. Hanya setelah itu, barulah kita akan merasa bahagia. Dan INGAT...bahagia itu bukan dinilai kenaikan pangkat atau wang yg banyak namun kebahagian boleh datang pabila kita menghargai sesama manusia.. JANGAN perlekehkan kerja insan lain.

Tuhan tidak mencipta manusia bodoh setiap orang unik dan punyai kebijaksanaan yang berbeza. Hidup ini akan sempurna pabila kita melengkapkan hidup orang lain

/fuzidss

Tuesday, February 28, 2012

Brokoli Masal Lada Hitam



Hari Isnin yang lalu sangat mencabar yg mana ada kes kota kinabalu yang memerlukan aku untuk panjat bangunan menara IJM PJ untuk dapat kan bank draf untuk release perkara yang digantung di Sandakan. Ini kerana our dispatch telah merajuk kebelakangan ini kerana ada segilintir mereka yang memperlekehkan kerja beliau. Persoalan sangat sinis. Belia buat apa. Jangan mudah berbicara dan mempertikai tugas insan lain sebelum mengetahui akar umbinya.Selami dan fahami baru lontarkan kata-kata.



/fuzidss

Siakap Kukus Bunga Kantan



Ikan begini kalau nak cepat memang patut masak...

Bahan-bahan:
Ikan siakap separuh dibersihkan
Bunga Kantan dipotong halus
Serai satu dipotong halus
Halia dipotong halus
Minyak bijan satu sudu dilumurkan di ikan
Garam disampukan diikan
Cili Api diketuk
bawang putih 2 biji
bawang merah sebiji dihiri harus lah
daun sup utk hiasan

Masak nya begini.
setelah minyak bijan dan garam ke ikan taburkan semua yang dihiris halus dsan kukus. sempoi je kan. Sangat mudah


/fuzidss

Sunday, February 26, 2012

GULAI TOMYAM IKAN MERAH



Hari balik kuliah apa lagi mengemas rumah dan hari pun sangat cerah . Rasanya rumah dah banya semut lantas semburlah dan habis menyembur pergi kuliah. Kuliah hari ustaz Firdaus tiada then habis pukul 10.00 balik jiran sebelah yang memang pelik sedikit datang dengan berseluar pendek dan tak berbaju,,, aduhhhh mata ku cuba melihat keatas. Boss kalau nak sembur racun boleh tak waktu malam. Rasanya ada yang tak kena dengan mamat ni... dah laa panggil kita boss pakaian sungguh menjelekkan mata. Seperti mana rasululllah, sifat nya bila dicerca beliau hanya tersenyum dan aku pun tersenyum tanpa menjawab apa pun dan terus kedalam. Segala persoalan ku terjawab " kenapa mamat tak bekerja dan duduk dirumah sahaja".

/fuzidss

Saturday, February 25, 2012

Mee Udang




Hari pasar ikan merah, siakap, naling, udang RM55 manakala runcit pula beras :telur A:plastik sampah 2: tomato sos: tomato puri:cili kering:bwg besar : bwg putih;udang kerinG: ikan bilis:tauchu;RM5: sayur kobis, brokoli,sawi,tomato,Cili merah,carrot:timun:salad: halia: kunyit: daun sup bunga kantan : tempe ; serai RM15 pisang RM3 santan RM3 tAnah bunga RM1 /fuzidss

CUCUR JAGUNG lagiii.


/fuzidss

Friday, February 24, 2012

Nasi Lemak Goreng



Hari ni buat nasi lemak, barang mentah dah kehabisan ini lah menu kami. Di office, adalah seorang hamba Allah datang mengadu, dia sekarang tengah berperang email dengan rakan seperjuangan. Yang pada mulanya kecil sekarang tak terbalas beliau dengan emailnya yang bertalu-talu.

Agak terkejut juga kerana beliau meluahkannya tapi aku mendengarnya dengan setia. Setelah sudah berakhir beliau berbicara maka ku lontarkan kata-kata berunsur melegakan. " macam ni lah, ada baiknya you just silent buat seketika" tak ada guna melayan orang tak dapat mengawal emosinya. Orang yang kuat dan bijak adalah orang berjaya mengawal emosinya. Dia akan seakan lega, dan kembali tersenyum.. Alhamdulillah.

Panggilan talifon dari customer juga tiada henti dari pagi berdering.Lunch Aida jemput pergi KWSP dan makan di Mee Bandung Muar seksyen 8, sedap.. Dan berakhir cerita di office. Balik kerumah seperti biasa bergaduh dengan periuk belanga didapur..kehabisan stok cuma bekalan telur. Apalagi kari telur dan sayur juga telur dadar. Ada balance nasi lemak, gorengkan memandangkan sambalnya ciput sangat.

Bahan-bahanya

Sambal nasi lemak 2 sudu
Nasi Lemak 2 mangkuk
Telur 5 biji digoreng layang dan digulung dan dipotong.
Bilis goreng
Kacang goreng

Tumiskan sambal dan masukkan nasi ..biar lama atas dapur maklum lah nasi agak lembab so bagi dia garing kemundian angkat dan hidang. Selamat menjamu selera. Ingat jangan membazir sedang Rasulullah mengutip buah kurma yang jatuh dan disapunya dimakannya.

/fuzidss

Wednesday, February 22, 2012

GULAI ASAM @ BENING KEMBONG



Hari ini memang sangat menduga kesabaran ..Sesampai dirumah, di kejutkan oleh kakak, Ibu Amir cirit-birit habis rumah dengan najis Amir... Masa tu bila lihat rumah rasa macam nak terduduk ... but that the reality I need face it. Humm tanpa berlengah lagi aku pun terus kedapur mop lantai dari depan hinggalah ke dapur. Amarah hanyalah bara membakar jiwa buat masa tu lantas untuk menghilangkan ku naik ke atas ambil I pad, ku buka surah Al Mulk oleh misyari sekuat-kuatnya ku pasang.

Tetiba ku dengan kandaku di belakang, lantas ku tanya boleh tak you peluk I sekejap.... dia memeluk sambil tergelak dan bertanya, why? Lantas ku jawab " Amir cirit- cirit birit tadi... habis tadi rumah. Alhamdulillah rasa tenang sangat bila dipeluk. Itulah nikmatnya jika tiada orang luar maksudnya "bibik". Jika ada pasti nya kanda saya ni tak akan lakukan. Segala pergerakkan terbatas. Alhamdulillah biarlah penat dengan melayan namun hikmahnya besar. kemesraan memang makin akhrab dan tak ada masa nak fikir hal orang lain namun bila berdua kami akan pastikan kami berdua untuk menikmati masa bersama kerana kesibukkan kami berdua masa benar-benar beharga dan tak sempat langsung nak mengadap TV. Ya Allah sungguh ku bersyukur padamu dan permudahkan bagi menjalankan urusan ddan percukupan masa kami, rezeki yang diberi demi mencari redha mu ya Allah
/fuzzes

Tuesday, February 21, 2012

K. Fiqh Ummah 2012

saya duduk di tingkat atas kanan, bertudung hitam atas barisan muslimah berpurdah.





Seawal Januari lagi kami dah pun mendaftarkan diri sebagai peserta. Kami sangat teruja untuk turut serta mendengar buah fikiran ilmuwan yang hebat dari dalam dan luar negara ini. Ustaz Zahazan, Ustaz Zaharuddin, Ustaz Zamri dan Ustaz Hasrizal adalah nama-nama yang selalu aku ikuti secara dekat pemikiran mereka. Mufti Ismail Menk yang terkenal yang begitu kerap ku dengar ceramahnya melalui youtube.

Alhamdulillah kami menghadiri Konvensyen Fiqh Ummah di PWTC pada Sabtu dan Ahad, 18-19/2/12 lepas. Objektif konvensyen berkenaan ialah: Mendedahkan masyarakat kepada pendekatan sederhana (wasatiyyah) dalam kehidupan seorang muslim dari segala aspek.

Terdapat 9 Kertas kerja
Wasatiyyah Dalam Akidah: Ust Dr Zulkiifli Mohamad al-Bakri dan Ust Mohd Aizam Mas'od
Wasatiyyah Dalam Dakwah: Ust Mohd Zamri Mohd Zainuddin, Ust Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang dan Xifu Abdul Naser Abdul Rahman
Wasatiyyah Dalam Turath/ Kefahaman Khazanah Ilmu Islam: Ust Ahmad Fauwaz Fadzil dan Ust Abdul Basit Abd Rahman
Wasatiyyah Dalam Muamalat Harta: Ust Dr Zaharuddin Abd Rahman dan Ust Muhd Ramadhan Fitri Elias
Wasatiyyah Dalam Penyucian Jiwa/ Tazkiyatun Nafs: Ust Mohammad Nidzam Abd Kadir
Wasatiyyah Dalam Ibadah: Ust Ahmad Husni Abd Rahman dan Dr Roslan Mohamed
Wasatiyyah Dalam Kefahaman Teks Al-Qur'an Dan Hadis: Ust Abdullah Bukhari Abd Rahim, Ust Dr Zahzan Mohamad dan Ust Mohd Sukki Othman
Wasatiyyah Dalam Siasah/ Politik: Ust Dr Maszlee Malik dan Ust Mohd Khairuddin Aman Razali
Wasatiyyah Dalam Gaya Hidup: Imam Muda Asyraf dan Ust Mohd Izhar Arif Mohd Kashim.

Wasatiyyah dalam akidah, Maksud wasatiyyah secara istilah ialah:Al-I'tidal - kesederhanaan
Al-Khairiyyah - kebaikan
Al-Inshaf - keadilan
Ar-Rif'ah - ketinggian
dengan sifat-sifat mahmudah (terpuji) yang tidak terlalu rigid (ifrath) dan tidak terlalu longgar (tafrith).

Alhamdulillah barisan 21 Asatizah (Ustaz dan Ilmuan) yang hebat belaka. Bagi saya konvensyen ini adalah wacana yang berjaya memberi pengisian yang mantap pada para peserta semua yang berjumlah 3000 lebih itu.. Wasatiyyah ilmu yang harus di sebarluas kepada umat seluruhnya.

Ust Dr Zaharuddin Abd Rahman selaku Penasihat Konvensyen Fiqh ummah 2012 pada menjelaskan, "Fokus kami lebih kepada membincangkan kaedah untuk memperkenalkan satu kefahaman ilmu2 Islam berteraskan disiplin yang sederhana pada penghayatan namun jitu pada prinsipnya."



Secara kesuluruhan, Konvensyen berjaya membuka mata banyak pihak. Pihak media sendiri tertanya-tanya, bagaimana mungkin konvesyen seperti ini mendapat sambutan dari masyarakat seramai 3000 orang yang hadir dan seramai 1800 orang yang " waiting list. Apakah sebab dan musababnya" Jawapan dari Dr Mazlee, inilah barisan mereka yang senyap namun inginkan kebenaran dan inginkan demokrasi berlandaskan Al quran & sunah. Masyarakat sudah mula benci dengan politik caci mencari dan herdik mengherdik.
/fuzidss

Wednesday, February 15, 2012

Kerabu Ikan Tongkol



Hari ni hujan lebat, petangnya pi register my BB finally after 2x my attempt to register tak berjaya. Now boleh BBM dengan adik-adik tersayang. Hari ni kelambatan so simple jee laa. Hope they like it.
/fuzidss

Tuesday, February 14, 2012

Kerabu Soon Udang Thai...



Sumber : CMG
Tapi sorry CMG derhaka sebab tak ingat nama menu ni ya...

malam tadi kuliah talaqi ustaz menerngkan Al Ma'aarij-ayat 19 sehingga 34. Sesungguhnya manusia itu penuh keluh kesah lagi kikir, asyik mengeluh kecuali orang yang mengerjakan solat dan menjaga waktu solatnya..iaitu solat awal waktu dan orang menjaga hak anak-anak dan isteri serta keluarga

Bahan Utama:-
100 g soo hoon
1 cawan air
1/2 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar
300 g isi udang
1 biji bawang besar, hiris halus
2 tangkai daun bawang, hiris halus
4 tangaki daun sup, hiris halus

Bahan Dressing:-
3 biji limau nipis, ambil jusnya
4 camca besar sos ikan
4 ulas bawang putih, cincang lumat
6 biji cili padi siam, hiris halus
2 camca besad gula

Bahan Lain:-
Kobis salad (lettuce)

Cara membuatnya:-
Rendam soo hoon 10 minit, kerat2 dan toskan. Celur udang 30 saat dengan satu cawan air, angkat dan toskan. Kemudian masukkan soo hoon dan masak 2 - 3 minit (bila soo hoon menjadi jernih). Angkat dan toskan.
Satukan bahan2 dressing dan gaul semuanya hingga rata. Dalam satu bekas, masukkan soo hoon, bawang, daun sup dan daun bawang serta udang. Tuang dressing dan gaul hingga rata. Tabur kacang tanah sebelum dihidang. Rasa dan jika ok, boleh dihidangkan bersama kepingan kobis salad.
/fuzidss

Mee Goreng Udang



Dah beberapa hari dah memang kepenatan yang teramat sangat. Last weektu memang masa digunakan sepenuhnya. Sabtu memang khas masaku untuk dapurku dan segala isinya dalamnya yang kurang masa ni nak ditambah. 8.00 pagi setelah balik kuliah subuh, masa kami berdating ke Pasar Meru, 10.00 pagi masai untuk menambah isi perut peti Ais dan 11.00 mula memasak untuk hidangan Tengah Hari. 12.30 Lunch ready dan 1.30 solat 2.30 dating with my lappy. 3.00 sambung balik tugas didapur memikirkan pulak minum petang. 5.00 petang bersama kanda minum petang manakalah bujangs semua pergi Futsal. 5.30 ke taman depan rumah tu melawat orkid hutan tu trim sikit bagi kemas. 6.00 kedapur semula dan pasti kedapur semula dan pasti yang hidangan yang mudah.

Rasanya badan pun dah ringan mana kan tidak, turun naik, turun naik tangga dan tiap2 subuh mengemop lantao. Memang terpaksa mop dek kerana lantai kami yang putih pink tu mudah sangat nampak kotornya. Caturan hidup yang ketat. Weekdays, pulang dari tempat kerja dan tiba di rumah sebelum melangkah ke dalam rumah, pastinya ku ziarah dulu bunga-bunga dilaman dulu. Setelah 10 minit bersama maka terubatlah mindaku dan merupakan terapi untuk teruskan tugas seterusnya.

Melangkah ke dapur pastinya kucapai kuali, dan periuk dan pertama sekali pastilah nasi ditanak. Pernah satu ketika dulu, hidangan siap tanpa nasi kerana kealpaan diri sendiri. Sebelum ini diri tak pernah melayan drama di TV kerana tiada apa yang menarik namun awal Januari aku terpanggil untuk menonton seketika dan kulihat lakonan Aqasha dalam drama Gemersik Kalbu memang terkesan. Drama tersebut overal menarik kerana ada sedikit humor yang ditambah yang tiada dalam novel seperti aksi didapur, terputus jari dan juga Milo Ais With Love but this really sweet. Rata-rata dilihat komen dalam youtube memang ramai peminat drama bersiri ini.

Ketika drama mula, aku masih terus didapur dan hanya memasang telinga mendengar gelagat si Sufian. Yang anehnya tanpa melihat dan hanya mendengar sahaja sudah membuat aku tersenyum. Inilah dikatakan menjiwai cerita. Syabas buat pengarang Novel Puan Ayuni.

Berbalik pada tugas memasak tadi, setelah siap, naik ke bilik bersiap sedia untuk pergi ke Kuliah Talaqi tetapi biasalah setelah Mandi setelah nampak katil memanglah rasa tak nak bangun dah namun ku kuatkan semangat demi mencari ilmu. Tepat 9.30 aku dan kanda berangkat dan tiba di kuliah akulah orang yang banyak kali sangap. 12.00 malam tiba dirumah dan pasti sebelum tidur baju dijemur diamapaian. Begitulah caturan hidup yang bagi ku tidak ada seminit pun dihabiskan dengan sia-sia.


/fuzidss

Monday, February 13, 2012

ZAM ZAM ALA KAZAM




belated birthday lunch treat by mr Kanda Restoran Zam Zam Seksyen 9, Shah Alam. Thank you but Restoran Saba still the best
/fuzidss

Saturday, February 11, 2012

Cuba Teka Apa di dalamnya?



Pada 10 Haribulan seperti biasa tepat 6.00petang memang waktu ini didalam kereta menuju pulang.. Tetiba deringan handphone Nokia 63 ku berbunyi.Ku lihat kanda.." I ambik Amaar tau" hummm.. I can smell something..... anyway I just drive.....

Sampai sahaja tengok Alif dengan pakaian nya berseluar jin..apa lambat sangat ibu. Huhh..ibu balik macam biasa jee. Bila ku buka pintu.. Si kakak jerit "ibu..malam ni tak payah masak kita makan PIZZA okay... kata si Anis yang kelihatan agak manis dan ceria hari ni dari meja makan..Okk ..Wah siap ada kek lagi. That's great. Sebenarnya perutku ni kenyang sesangat namun ku gagahkan juga. Ibu, dah kenyang dah? Tanya Adam...Hummm ??? Kakak pun terkial-kial mengambil something dibawah meja" Nah ibu, Abah tadi ambil half day, dia ajak kami pi cari ni..." apa lagi senyum sampai ke telingalaa.Woww, is not easy for my husband nak ambil half day but today merupakan pengorbanan yang amat besar. Alhamdulillah terharu bukan kerana hadiah tetapi kerana usahanya ingin bersama-anak mencari sesuatu buat isteri tercinta dan ibu kepada anak-anaknya.

Bila di buka kulihat BB.. terkedu kerana memang tak menjangka kerana aku masih sayangkan Nokia 63 yang bagiku sudah cukup lengkap. " kenapa BB? tanyaku pada Adam. " ya laa, adik-adik ibu, pak ngah, Cik Ayu, Maklang dan cik Idah semuanya pakai BB, ibu je sorang pakai Nokia lama tu.. So lepas ni ibu boleh BBM dengan diorang Ok..

Tersenyum dengan kata-katanya yang penuh makna tersirat. Tujuan yang sangat baik kerana perihatin ibunya yang banyak masa di talian hanya dengan adik-adik dan opahnya. Sangat observe akan ibunya. Itulah hubungan kami memang rapat kebelakangan ini, berkat pengajian kami bersama di kuliah talaqi mengeratkan lagi hubungan kami dan melembutkan hatinya yang sebelum ini agak nakal.Bagaikan nak mengalir air mata mengenangkan kata-katanya.

Terima kasih semua, ibu sangat hargai and I loveeeeee you all. Bergenang





/fuzidss

Singgang Ikan Tongkol " Kelantan Delight "



Ni la dia yang di makan semasa di Kelantan delight semalam. Sedapnya lagi ditambahkan dengan lada hitam...phew memang best. Untuk mereka yang nak kurangkan berat badan elok amalan menu ni sebabnya ikan ni kaya dengan protin dan sangat murah. Tadi ikan 1 1/2 hanya RM10 sahaja. Tapi cuma ikan ni sedikit hanyir.


/fuzidss

Friday, February 10, 2012

Lunch with Legal Team

Lunch with Legal Team @ Kelantan Delight Subang Jaya. Tried the Ikan Singgang with Budu... Should try this menu simple but so nice. Thank you guys..

Hot lemon Tea...



My lady boss
during lunch she did asked, " sophie, how you managed to cook everyday, and u have no assistant. She asked in front of all the other team member. I just smile and answer her.every Saturday I will ensure that everything ready I meant the stock for the weekdays. I blend whatever, I need to blend, the union will cut, fish and chicken will arrange per dish and everything I ensue everything complete inside my freezer..so on the way back I m plan to cook and call my doter to take out from the freezer. But that saturday so tired because will finish the work at 3-4 pm..baru boleh relax


/fuzidss

Nasi Goreng Bunga Kantan...special for myself


Malam tadi habis kuliah lebih kurang 10.45 malam, sampai dirumah ku melihat my kanda dipintu gate dan berjalan menuju keluar ingatkan nak buka pintu ke, tapi kelihatan kemas seakan-akan nak keluar..hummm. Pintu kereta dibuka berdiri. Ok... nak pergi mana tanyaku.... Seperti biasa diam seribu bahasa. Ku turutkan sahaja kehendaknya rupanya beliau bawa ronda-ronda tanpa sebarang kata terluah dibibirnya. Aku melihat sahaja gelagatnya. Tanpa sebarang kata namun aku bahagia dengan keadaan ini.Singgah minum then balik kerumah. Dirumahpun dan tanpa sebarang perkataan lahir dari mulutnya.Namun hati ini sungguh bahagia teramat.Sambil beliau lelapkan mata tangan digengam erat hingga ke subuh , 5 pagi ...Buat pertama kalinya dalam hidup ini, SAMBUTAN HARI LAHiR BERSAMA KANDA yang paling bermakna walaupun tanpa sebarang patah perkataan lahir dari mulutnya.

Oleh kerana gengaman yang erat mata ini tak boleh lelap lantas bangun dan teruskan tugas dan tersedialah 2 hidangan buat yang kanda dan anak2 tersayang. Nasi Goreng Bunga Kantan dan Nasi Lemak Hijau (pandan)

Nasi Goreng Bunga Kantan
Sumber My Resepi
Bahan-bahan ( 3-4 org )
4 mangkuk nasi
segengam ikan bilis
2 sudu cili giling
2 biji cili padi..nak pedas tambah lg.
2 ulas bwg putih
lobak merah ..potong dadu
4 biji kacang panjang
1 kntum bunga kantan ..hiris nipis
isi ayam sotong..ikut suka
garam secukup rasa
minyak utk menumis

Cara-cara Tumbuk/kisar ikan bilis,bawang putih, dan cili padi.
tumis bhn yg ditumbuk tadi bersama cili kering giling

setelah garing masukkan masukkan isi ayam,udang, sotong, lobak merah dan kacang buncis. kemudian masukkan nasi.letak kan garam. setelah masak semuanya,baru masukkan bunga kantan yg telah dihiris nipis tadi.

siap utk dihidang.makan panas2 dgn aroma bunga kantan yg sggh menyelerakan..
Tag
/fuzidss

Thursday, February 9, 2012

Asam Pedas Berempah Jenahak



Hari ni tinggal ikan jenahak jee kat feezer so buatlah apa yang patut. Rushing nak pi class talaqi. Homework berkenaan dengan sadaqa Allah itu apa dalilnya. Mujurlah dah send msg via facebook to ustaz. Ustaz setuju dengan pautan diberi.

"Maksud penambahan kalimah "Sadaqa Allah Al-Azim" - apabila selesai membaca Al-Quran bukanlah asalnya didalam syara'. Adalah elok ditinggalkannya bagi menturuti Nabi saw dan para sahabat. Akan tetapi jika seseorang itu melakukan kadang-kadang (Ahyaanan) tanpa sebarang niat, ia tidaklah memudharatkan. Sesungguhnya Allah bercakap benar bagi setiap perkara, Maha Suci dan Maha Tinggi Allah. Tetapi jika menjadikan ia sebagai habit/adab/kelakuan (menjadikan ia sebagai suatu kewajipan -pent) setiap kali seseorang itu membaca Al-Quran sebagaimana yang dilakukan oleh orang ramai pada masa kini, tidak lah ada asas untuknya sebagaimana yang dikatakan sebelum ini"

/fuzidss

Wednesday, February 8, 2012

Siakap sweet Sour Anis




Ni dia hasil tangan anak dara fuzidss, .... masakkan favourite.
/fuzidss

Tuesday, February 7, 2012

Anugerah Dari Score A..



Kami tak lokek demi pendidikan anak-anak, mengeluarkan sedikit pelaburan untuk anak-anak. Alhamdulillah ini lah hasilnya. Tahniah kakak.menjadi contoh adik-adik bujangs.Disamping itu kami sangat kagum dengan anak muda yang menerajui Edatanetwork. Agenda dan susun atur majlis sangat kemas dan memang padat. Pilihan lagu-lagu on stage sangat sesuai dan apabila VVIP hadir iaitu Menteri Asas Tani beliau disambut dengan lagu Selawat kehadadrat Nabi junjungan kita Rasulullah saw. Syabar kepada team Edata network dan terima kasih kepada Cikgu Ibrahim kerana mencalonkan nama kakak. Majlis disudahi dengan testimonial dari keluarga dari Penang.. Agak menyedihkan dan yang lebih bermakna buat kami suami isteri kerana semua anak-anak mendengar nya sebagai teladan buat mereka


/fuzidss

Friday, February 3, 2012

Forum Maulidur Rasul 1433H




Bersiap sedia malam ni, Majlis ilmu di Mawaddah. Moga Allah permudahkan bagi kami sekeluarga untuk mencari Ilmu Allah di Taman Syurga Allah. topik ini pasti sumbernya dari Ustaz Fairuz yang mana dalam kuliahnya selalu menyebut tentang satu siri TV di Meser tentang LAU KANA BAINANA. Semasa melayari salah satu siri tersebut ada satu siri yang mana DJ bertanya kepada salah seorang wanitang berpurdah...apakah perasaan nya pabila Rasulullah ada bersamanya diketika ini...Subahanallah betapa syahdunya beliau menjawab. Begitu cintanya beliau terhadap rasulullah....
/fuzidss

Thursday, February 2, 2012

Ayam Kalio.




Ayam ni cerewet sikit sebab banyak bahan nak guna, end up anak-anak bujang tak suka kerana ada nenas. Puas lah ibu pi cari nenas.

Wednesday, February 1, 2012

RENDANG UDANG Berkuah



Udang ni patutnya pekat bukan berkuah tapi memandang santannya terlebih maka berkuah laa ia. Badan ni masih belum

/fuzidss

SUP TULANG berendam..



Sebenarnya Sup Tulang ni biasa, namun ekorang demam semalam terpaksa ianya direbus selama hampir semalaman... Namun benarlah kata orang, lagi lama lagi sedap...
/fuzidss