Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Wednesday, September 28, 2011

Buat Mereka Yang Rindukan Majlis Ilmu....hadirlah



/fuzidss

Tetamu manja

sesiapa yang ada kehilangan kucing sila lah maklumkan kepada kami kerana pasti kucing ini telah sesat dah singgah kerumah kami untuk menumpang seketika. Sangat manja dan kami pasti kucing ini bertuan. Kami menggelarkan si manja ini dengan nama RAIN... he he singkatan daripada oren ... Amaar dan Adam sangat suka kerana dah lama mereka meminta untuk menjaga kucing.

lihat laah kucing jiran pun turut teruja nak tahu siapa kah si tetamu manja ni ... masuklah ogie, marilah berkenalan dengan tetamu manja ni



/fuzidss

Jemputan..

Majlis perkahwinan yang berlainnan dari yang lain, Kali ini Dato ini telah adakan majlis disebuah hotel ternama tetapi masih mengekalkan cara adat melayu dan tidak terikat dengan protokol hotel. Makanan yang sangat lumayan dan pelbagai jenis sehingga tak keruan dibuatnya.

Lihatlah sahaja cenderahati yang diberi sememangnya pemurah dan kami makan dengan sepuas-puasnya kerana bila lagi nak rebut peluang untuk makan di hotel dengan bebas. Terima kasih dan moga Allah limpahkan rezeki kepada mereka sekeluarga.











/fuzidss

Tuesday, September 27, 2011

Ikan Merah Berlada


Sumber Ummi·
Bahan:-
· 2 keping ikan merah agak besar)
· 2 helai daun limau purut
· sedikit garam dan gula
· Bahan Dikisar:-
· 5 biji cili merah
· 4 biji cili padi
· 3 x 3 in belacan - dibakar sedikit
· 1 biji bawang besar
· 1 biji tomato sederhana besar
· Cara Memasak:-
· Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng sehingga garing. Angkat dan toskan.
· Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik minyak.
· Masukkan garam dan gula serta daun limau purut.
· Masukkan ikan tadi dan digaul rata dengan sambalnya.
· Biarkan sebentar supaya sambal meresapi ke dalam ikan. Tutup api dan hidangkan.

.


/fuzidss

Cucur Jagung Palembang



Sumber : Madiha
Bahan2
4 cawan tepung gandum
½ udang besar
1 ½ cawan isi jagung
1 ikat daun ketumbar dipotong halus
2 ½ cawan air
s/k garam (larutkan garam dlm air)
1 sudu ketumbar
Minyak masak untuk menggoreng

Cara2
1. Campurkan tepung gandum, jagung kisar, isi jagung, bawang besar & lalu digaul sebati.
2. Pecahkan telur ke dalam tepong (tak masukkan) & tuangkan air bergaram tadi sikit demi sikit sambil dikacau rata. Tambah lagi air ikut keperluan & aduk rata.
3. Panaskan minyak lalu gorenglah cucur seperti menggoreng cucur bilis yang biasa kita buat sehingga garing kedua2 belah. Angkat & tos. Hidang dengan sos kegemaran.
/fuzidss

Kerabu Tomato Bilis lagi



/fuzidss

Terharu.....



kebahagiaan itu datang dalam bukan dr luar. Ia mesti disemai bukan menunggu dituai, ia dicari bukan dinanti...dan bahagia itu hanya dapat dirasai apabila kita membahagiakan orang lain!


Antara lain didalam kantung hadiah tersebut adalah Pen yg di tempah Khas Buat sidia...Terimalah pemberian yang tak seberapa ni kanda.


Happy Wedding Anniversary yang ke 16..
Berusaha beliau mencari yang serupa seperti yang dibelikan dulu... sorry kanda...tiada niatpun nak tukar gelang itu


Terima Kasih.... menghargai & bersyukur diatas pemberian. Alhamdulillah. akan disematkan amanat dlm MENJEMPUT BAHAGIA DALAM RUMAHTANGGA KITA antara perkara yang perlu ditekankan


a) positif seperti positifnya Saidina Umar melihat eleman posisif dlm isterinya
b) mencari penyelesaian dan bukan mencari masalah
c) selalu ingin memberi kerana kata nabi, "Sebaik-baik manusia ialah manusia yg memberi manafaat pada org lain"
d) Yakin terhadap diri sendiri. kerana org yg yakin pd diri sendiri mampu memberi keyakinan orang lain. Contoh seorang suami akan mnjadi yakin apabila diyakini oleh isterinya. InsyaAllah..berkat bimbingan mu akan ku usahakan

Lemak Udang Tomato

Semalam during lunch hour, lari pi Parkson Subang Parade , mencari hadiah buat kanda . Merasa amat bersalah setelah menerima pemberian berharga dari beliau. Setelah begitu kecewa kerana gelang pemberian beliau telah ditukarkan, beliau berusaha mencari yang seakan-akan serupa dan I looooove it so much.

Pergi tanpa tujuan dan apa ku lihat menarik akan ku capai, antaranya sandal jenama Jeep kerana sandal ni jee yg ada saiz 5. saiz kaki comel kan, kemudian cari Kemeja bonea kurasakan sangat besar buat beliau lalu beralih arah pada Padini, berjalur hitam dan purple dan last sekali kulihat Pen dan kutempah khas buatnya...Alhamdulillah sampai office 2.00pm

Balik ke rumah bergegas capai udang, santan buat masak lemak udang memang fav dia.. so campak-campak jadilah memandang asam keping terpaksa lah letak tomato lebih sikit.. Puas sangat melihat beliau 3 kali tambah..."nasi pun habis anak-anak terpaksa makan kendian...

/fuzidss

Monday, September 26, 2011

Kanda Murka

2 Minggu lepas pi carikan hadiah untuk mak di sini dan beliau sangat terharu..... terlihat beliau menitiskan air mata pabila disarungkan gelang kepadanya.... "Mak ini hadiah sikit jee jika dibandingkan dari jasa mak, tak terbalas mak. Janji mak pakai selalu". Jangan silap gambar di atas adalah gelangku yang telah ditukar dari gelang Habib oleh hadiah dari kanda (gambar dibawah). Gelang mak biar rahsia antara kami.

Balik dan di tunjuk Gelang diatas kepada kanda aduhai kanda murka...dinda mohon maaf kerana gelang dibawah telah rosak...dan bahaya jika memakainya.. Maaf kerana tak minta izin dari kanda.... hu hu




/fuzidss

Tuesday, September 20, 2011

16 Tahun melayari Bahtera Bersama...









21 September 1995.....terlakarlah sejarah. Terima kasih kanda



/fuzidss

Bonda, Kau Lah segalanya




/fuzidss

Monday, September 19, 2011

Thursday, September 15, 2011

Patah Tumbuh Hilang Bergant

Tiba masa beliau untuk bersara. Pengumuman dibuat pada hari selasa lepas. Pasti gelagat beliau akan dirindui oleh warga kerja Avon semua. New GM will be on board on 3rd Oct 2011

/fuzidss

Wednesday, September 14, 2011

Hujan Rezeki...tetamu basah lenjun

2.35 ptg terpaksa bergegas pi Anis dan kengkawan nya nak beraya ..hujan sgt lebat dan terpaksa ambik depa semua sebanyak 2 trip..yang satu group tu jalan kaki dan apa lagi basah lenjun...terpaksa tukar baju malangnya tak cukup kain pelekat terpaksa redah le pakai kain batik... dah macam indon dah bebudak ni....but still comey. Anak imam, Syazwan mengimami solat Zohor.. lihatlah tu tak tertahan beliau melihat kengkawannya memakai kain batik...tak pernah dibuat sebelum ini.

Aminnnnn. Moga doa kalian dimakbulkan dan Allah memberi rahmah kepada kami sekeluarga. Sesungguhnya disaat ini terasa amat terharu dengan depa semua. syabas anak-anakku.
Lihat lah si gadis manis yang asyik menonton...dunia canggih sekarang tak perlulah nak pi menonton ke panggung wayang you only tekan ke fav filem dan beli...semunya melalui unify...
semuanya sangat lapar maklumlan hujan lebat dan sejuk ekoran baju basah...depa tambah 3 pinggan tu......hidangan habis...Alhamdulillah." Auntie ayam ada lagi"...sorry semua ayam habis...ayam tu 3 ekor besag2 habis.... tu dia penangan anak remaja.-Detik jam 5 petang seorang demi seorang parent datang dan secara tak langsung dapat lah ku mengenali parent mereka...dan sebelum balik seorang dara bernama Sakinah...Auntie sedap sangat....SEDAP SEDAP...alhamdulillah ..auntie suka sangat sebab semuanya habis licin.


Basahhhhhhh ..tolong auntie... nak pinjam baju..
adegan menukar baju
gelagat comel
setelah selesai semuanya, kulabuhkan diri ini ke atas katil tiba-tiba kakak masuk, ibu terima kasih......"ku tersenyum.
/fuzidss

Hidangan Tersedia...

Hidangan tersedia buat anak gadis dengan gangnya seramai lebih kurang 30 orang. ..Dalam sibuk-sibuk menyiapkan menu ni permintaan si dara..tetiba phone berdering...dan ku jawab " hello" dan ku dengar " ibuuu cepat ambik Amir kat sekolah, Amir dah tak sambar lagi ni nak makan nasi Carrot ibu...suara dari Tadika Dzul Iman...... hummmm ? Ku jawab laa tunggu bas sekolah datang...Alaa Amir lapar nii... hai ..terpaksa la jugak pi kecik tu mujurlah Si Amaar tidur.

Nasi Karrot
Dalca Ayam
Pengat Labu
Tembikai Masak Ranum
Ayam Merah Madu
Kerabu Tomato
/fuzidss

Monday, September 12, 2011

Ziarah Jiran Terdekat

Hari ini ada 4 buah rumah terbuka, kami ambil peluang untuk mendekati jiran tetangga.. Dimulai dengan rumah kak Lela...apa lagi semua ahli surau mawaddah hadir. Yang lebih mengejutkan kami adalah rakan blogger saya Kak Umi..(dapur aulad) . Pertama kali berjumpa rasa berbesar hati kak nor menegeru...Ya Allah, kuatkan ikatan kami sebagai saudara muslim.


Kemudian Kak Saodah terjumpa pulak Ustazah Anisak & Ustaz Firdaus...terkejut dia tengok kakak yg makin membesar..tenggelam ibunya...kemudian pergi lagi ke Kristal ..rumah kak yati. disini kami bercanda dengan ikan-ikan ternakkannya.. lihatlah betagap gembiranya 4 bujang-bujangnya tanpa disedari kanda snap gambar..ni semua candid.


/fuzidss

Thursday, September 8, 2011

Wednesday, September 7, 2011

Siakap Kukus with BUNGA KANTAN

la ni sangat sukakan bunga kantan....layan laa ya ikan kukus bunga kantan ni...My Alif amat suka ni..dia paling cerewet dalam memilih makanan. "Ibu Alif makan sikit jee bu sebab yang lain pun nak rasa" ya lah Esok ibu buat lagi ada satu ekor lagi tu...

resepi " tungguuuuuu
/fuzidss

Sabar


Mungkin kita tidak ada jihat terbuka tetapi kita masih ada tenaga untuk diberikan pada Islam. Alhamdulillah datang kuliah, kongsi bersama keluarga , bersama rakan-rakan di pejabat. Dapat satu doa, cerita pada mereka. Kita ini dipertangungjawab di hadapan Allah. Kita tolong menolong dan kukuhkan diri dengan Allah dan perbaik masyarakat. Kita nak dakwah itu berkesan dan disampaikan pada orang lain. InsyaAllah


Doa Bahagia Dunia dan Akhirat

Du’a for Guidance, Taqwa (piety), Modesty and Beneficial Wealth
اللهم اني اسالك الهدي والتقي والعفاف والغني

Transliteration: “Allahumma inni as-aluka al-huda wat-tuqa wal-’afaafa wal-gina”
Translation: “Oh Allah, I seek from You guidance, piety, modesty, and wealth.”

Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, iffah (kebersihan atau kesucian) dan kekayaan (HR Muslim).

Ketika menjelaskan hadits ini, Syaik Nashir as-Sa’di Rahimahullah mengatakan, Doa ini termasuk doa yang paling lengkap dan bermanfaat. Doa ini mencakup permohonan kebaikan di dunia dan akhirat. Karena al-huda (yang ada dalam doa) itu artinya ilmu yang bermanfaat; at-tuqa artinya melakukan amal shalih dan meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah dan rasul-Nya. Dengan dua unsur ini, agama seseorang akan menjadi baik. Karena (unsur) agama itu adalah ilmu yang bermanfaat dan pengetahuan yang benar. Inilah yang disebut al-huda. Dan (unsur lain dari agama) yaitu melakukan ketaan kepada Allah ‘azza wa jalla dan Rasul-Nya. Inilah at-tuqa.

al-’afafa dan al-ghina (pengertiannya) mencakup penjagaan diri dari makhluknya, (maksudnya) tidak menggantungkan hatinya kepada makhluk serta merasa cukup dengan Allah ‘azza wa jalla dan rezeki (yang Allah ‘azza wa jalla berikan), merasa cukup dengan harta yang dimilikinya serta bisa meraih yang bisa menenangkan batinnya. Dengan ini semua, kebahagiaan dunia akan terwujud dan hati menjadi tenang. Inilah kehidupan yang baik.

Barangsiapa diberi al-huda, at-tuqa, al-afafa dan al-ghina, maka pasti ia akan meraih kebahagiaan di dunia dan akhirat, dia pasti akan bisa meraih semua keinginnya dan terhindar dari segala yang menakutkan. (Bahjatu Qulubil Abrar, hlm.249)

Sumber : Fiqhul Ad’iyati wal Adzkar, 4/164

Sumber lain boleh dilihat dari Tazkirah Dr Maza :
http://www.youtube.com/watch?v=2AQy4IQkIEI&feature=related

/fuzidss

Tuesday, September 6, 2011

Beraya Bersama Bonda PJ....

Lihatlah telatah Amaar tu, cukup punya susah nak bergambar akhirnya berjaya juga.
Bersama bonda tercinta....



/fuzidss

Monday, September 5, 2011

Puasa Syawal...berbuka berdua & SURPRISE!!!!!!!

My kanda ajak berbuka di luar, almaklumlah ramadan tempoh hari tak berpeluang so berpuasa dibulan syawal diberikan peluang buat kami berdua.
and SURPRISE!!!!!!!!
/fuzidss

Ziarah dan Kunjungan

Agama Islam sangat mengalakkan umatnya agar senantiasa berusaha untuk memperbaiki dan mempertingkatkan tautan silaturrahim dan ukhuwwah sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Hujuraat ayat 10:

Maksudnya : "Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.

Amalan ziarah juga membolehkan yang jauh menjadi dekat, yang renggang menjadi rapat, yang bersengketa menjadi damai, yang susah menjadi mudah dan sebagainya. Maka dengan amalan ziarah akan terbentuklah satu ikatan kasih sayang yang dapat mengeratkan sesama insan.

Pada kali ini Raya, konsep kami agak berbeza sedikit dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Idea abah untuk kami memulakan langkah kami sebagai tetamu memohon izin dan memberi salam sebelum memasuki rumah dan dimulai dengan marhaban. Rata-rata tuan rumah amat terharu mendengarnya. Kami selaku tetamu menghulurkan tangan dan berjabat tangan dengan tuan rumah sebagaimana dengan hadith Nabi SAW riwayat dari al Barra’ RA yang bermaksud “ Tidak ada dua orang muslim yang bertemu,lalu saling berjabat tangan, kecuali kedua-duanya diampuni Allah SWT sebelum berpisah”.

Tetapi budaya sekarang amat mengecewakan serta amat mendukacitakan kita pada hari ini, di mana terdapat sebahagian dikalangan umat Islam atau sahabat-sahabat kita kurang memberi perhatian terhadap amalan ziarah menziarahi terutamanya menziarahi saudara-saudara terdekat, sahabat handai, jiran tetangga dan sebagainya.

Mereka lebih gemar menonton rancangan-rancangan televisyen malah mereka hanya berharap orang lain yang akan mengunjung ke rumah . Kita perlu menguhbah sikap kerana ia tidak menepati suasana sambutan hari raya yang di kehendaki Islam. Kerana masa inilah kita rebut peluang untuk menziarahi saudara mara dan kita dapat mengenalinya, lebih-lebih lagi dengan kekangan kerja membataskan aktiviti kita untuk mengenali saudara mara pada hari-hari yang lain.










ala-ala iklan gitu ha ha



Anakanda bersama tuan rumah





/fuzidss