Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Sunday, September 28, 2014

Air Tangan


Ahli psikologi sepakat menegaskan bahawa orang yang melakukan kerja dengan penuh kasih sayang, ceria dan tulus, hasil kerjanya akan berkualiti. Dorongan kerjanya bukan untuk ’mendapat’ tetapi untuk ’memberi’. Seorang ibu yang memasak adalah didorong untuk ’memberi’ kasih sayang kepada anaknya berbanding seorang ’chef’ yang memasak atas dorongan ganjaran komersil.

"Air tangan’ bukan hanya ada pada kerja memasak malahan ia ada dalam setiap jenis pekerjaan. Ia adalah aliran kasih sayang dan kecintaan yang seharusnya mengalir dalam setiap pekerja, Setiap individu muslim wajar bekerja kerana ALLAH untuk berkhidmat sesama manusia. Seorang yang paling kasihkan ALLAH, dialah yang paling kasihkan manusia dan orang seperti inilah yang paling tinggi kualiti kerjanya.


Oleh itu, percayalah..seorang anak akan sentiasa merindui masakan ibunya jika terpisah sekian lama.

Wednesday, September 24, 2014

Pencarian Ilmu


Hari ini diberi peluang untuk mempelajari silibus baru dalam seminar yang perlu diaplikasi di tempat kerja. Perlu diingat bahawa...
Demi pena.. apa yang ditulis. Betapa besarnya erti catatan dalam kehidupan. Banyak yang ditulis. Pabila seseorang rajin mencatat, ia perkaitan yg sangat teguh kaitan akalnya, emosi fizikalnya dan hatinya seperti bergabung . Tak mungkin kita mencatat kita tak menggunakan akal.Kita perlu fikir dan merenung. Kita mencatat ada olahan untuk kita meluahkan dalam bentuk penulisan.. Mereka yang mencatat ini ada kemampuan untuk merasa dan sensetif dan kita mampu menyalurkan luahan dengan baik. .

Dengan mendidik diri kita betapa penting mencatat dengan baik 3 elemen hati akal dan fizikal...
perlulah kita menamam dalam diri untuk
a) untuk memikirkan ayat-ayat al-quran. Tadabbur ayat-ayat al quran
b) sentiasa memahami dari ayat-ayat qauniyah.. iaitu ciptaan Allah, apa yang kita lihat dengar dan kita rasakan. kita belajar dari orang lain. Belajar dari sahabat lain .. meniaga untuk menyara kehidupan. Kita ada kenderaan yang boleh dipandu ketempat kerja.. bayangkan orang yang tidak punyai kenderaan berjalan kaki atau guna kenderaan awam. Maka belajarlah bersyukur dengan melihat kesusahan orang lain. dan  hari ini dalam perjalanan ke menara SSM hari ini kulihat orang berasak-asak masuk ke Komuter dan kumerasa amat sesak sekali hari ini. Bayangkan hari ini kita merasainya. Bayangkan orang lain yang hari-hari melaluinya. Moga kita boleh menjadi egen dakwah melalui mata pena dan apa yang tertulis. Kita hayati agar apa yang kita kongsi dalam penulisan boleh memberi banyak inspirasi kepada orang lain yang membacanya.


 Sungguh mulia pada orang suka mencatat.  Dengan ada usaha mencatat maka dapat orang lain menimba ilmu. Bila kita baca dari orang mencatat dapat mengamalkan maka kita perbaharui diri kita. Inilah pahala kita dizaman moden. melalu laman sosial dan  blog teruskan kita mencatat untuk kita kongsi bersama.

Akan cuba mendidik anak-anak untuk belajar mencatat dan menulis. Moga Allah izinkan niat ini dan agar kesampaian. Moga tekadkan semangat ini untuk belajar dan terus belajar walaupun banyak ujian melanda untuk lakukan dengan dua tangan yang sangat terhad. Terkadang kala  terlalu inginkan tangan ini boleh bertukar seperti tangan sotong yang

Monday, September 22, 2014

Tazkiatun Nafs....

 
 
Pabila hati kita senantiasa ada perasaan was-was dan sering berkata-kata, Itulah tandanya hati kita tidak sihat. Di kala ini amat mudahlah untuk syaitan membisikkan perkara-perkara yang tidak baik ke dalam diri kita. Dan amat senanglah bagi kita untuk terpengaruh dengan hasutan syaitan itu pada saat itu.
 
Untuk itu, kita memerlukan tazkiyatun nafs ini.  menyucikan jiwa kita ini agar hati kita sentiasa hidup dan sihat. Supaya kita sentiasa dapat melakukan kebaikan... Maka perlu bertanya pada diri ini apakah usaha kita. Senantiasa perlu ada perasaan untuk perbaharui jiwa kita. Kerana benda-benda yang baru senantiasa baru kita suka. Kita ada usaha untuk perberharui hari kita.. Teruskan hari-hari kita dengan hari yang baru. Konsep yang perlu ada pada kita adalah agar hidup jangan terbeban dengan DOSA.
 
kita boleh mengingati Allah dalam masa kita melaksanakan tugas kita, sambil-sambil memasak kita boleh berzikir menghafaz  yang penting kita ada kesedaran untuk mengingati Allah.. ruang lingkup mengingati Allah itu luas. Aliran pahala disii Allah. kita mohon pertolongan Allah... doa yang nabi ajar pada MuazYa Allah tolong hambamu untuk aku terus ingat MU..untuk aku terus syukur kepada kamu..untuk aku terus laksanakan ibadah...
 
Untuk kita laksanakan penyucian jiwa ini kita perlu ada satu lonjakkan dalam jiwa kita. Ya Allah syukur kehaddrat mu kerana menghadirkan seorang peneman yang senantiasa mengingatkan diri untuk mengingatiku. 21 September 2014 merupakan hari  yang paling bersejarah dan banyak kenangan namun tahun ini merupakan yang besar dalam hidup ini.. kelihatannya ini banyak mendekatkan diri dan laksanakan 6 perkara untuk terus berubah dengan istiqomah. Hambamu ini senantiasa
a) Mendengar quran- senantiasa bersama anak-anak mendengar bacaan 
b) Tadabbur dengan menghadiri kelas talaqi dan tadabbur pada hari Isnin
c) Membaca quran
d) Hafazan- walau dimana beliau berada, di tempat kereta di pasar.
e) Mengamalkan - sedaya yang mungkin...
 
Syukur kehadadratmu menghadirkan HAMBA ini dalam hidup kami. Dan akan kami terukan perbaiki dan laksana perintahmu amanah mu dalam meniti sisa hidup . 19 TAHUN Bersama banyak kenangan yang tak mampu diceritakan di atas sekeping kertas
 
 


Friday, September 19, 2014

Jaddid Hayatak

 

Jaddid hayatak...ayuh kita untuk perbaiki diri. Dengan aura persekitaran majlis ilmu seperti diatas boleh membentuk diri.  Memang agar sukar namun dengan  dengan berdambing dengan sahabat-sahabat yang cintakan ilmu akan memberi perangsang. Jika malas-malas nak qiam ingatkan diri "bukan nak pergi palastin pun hanya untuk mujahadah untuk berubah iaitu mendahulukan Allah dan rasul".  Akan berlaku pertembungan dengan diri kita  namun kita harus ingat yang kepentingan Allah dan Rasul.

Ujian ini akan berlaku untuk menguji kesabaran untuk mendahulukan Allah dan Rasul. Setiap saat akan diuji untuk mendahulukan Allah dan Rasul

Thursday, September 18, 2014

Jalankan Peranan Maka Tertunailah Hak



 
 
Mulai Semalam Aysh jalanan hari-hari kembara. Aysh akan menemanai ibu untuk satu perjalanan setiap pagi dan petang memandangkan Aysh akan dijaga oleh OPAH. Menikmat nikmat subuh kerana kami bertolah seawal 6.45 pagi.
 
 Moga kehadiran Aysh tidak menyusahkan opah wahai puteriku. Moga Aysh menjadi anak yang solehah dan mudah untuk opah menjaganya. Sayang ibu memang berat benar untuk menyerahkan pada opah namun ibu tiada pilihan buat masa ini. Moga perjalanlan ini menjadi ibu lebih kuat mengharungi hari-hari mendatang sebagai ibu yang berkejaya dan dapat memenuhi kerja-kerja khidmad masyarakat. Ibu berharap Aysh dapat membesar bersama kesibukkan ibu menjalani peranan ibu sebagai ibu, isteri, sahabat, anak, kakak, guru dan banyak lagi peranan ibu. Aysh adalah pendorong ibu.
 
 Bila berdepan dengan ujian barulah ibu mengetahui bahawa manisnya bersama Aysh sambil berdepan dengan kerja-kerja rumah. Rutin perlu dianjakkan lebih awal seawal pukul 5.00 pagi. Yang amat mengharukan abah memainkan peranan dengan membantu. Orang yang berjaya dalam kehidupan adalah orang yang banyak memberi. Jangan bertanya hak jika ingin bahagia banyaklah memberi dengan menjalankan peranan maka tertunailah hak. Abah jalankan peranannya maka tetunailah hak ibu sebagai isteri... terima kasih ibu ucapakan kepada semua yang memberi


 
Lihatlah jika kita banyak memberi maka Allah permudahkan lihatlah .. luar biasa hasil tuaian untuk Aysh. Besarlah sebagaimana anak-anak lain. Ibu akan senantiasa berada bersama mu sayang memerhatikan tumbesaran mu sayang.


Tuesday, September 16, 2014

Pergi Tanpa Ucapan



mengapa pergi begitu saja tanpa memberi ucapan selamat tinggal...Jangan membuat sesuatu keputusan dengan terburu-buru. Jangan sampai menyesal dengan apa yang dibuat ...Walaupun perit kami doakan moga Allah berikan petunjuk...Jika perintah ya Rab kamu akur pasti tidak tega kamu lakukan.

Thursday, September 11, 2014

Lupakan Peristiwa Semalam, Teruskan Perjuangan Mu


Setiap musibah melanda pasti tersirat hikmah dan pasti ada rahsia yang tak dapat dilihat oleh mata ins. Allah memilih kami untuk berada didalam kebaikan. Pada pagi ini tanpa kita minta Allah telah rezekikan menemukan kami didalam majlis ilmu majlis cahaya bersama anak-anak, ibu-ibu dan mualimah Sek Agama Hira. Cahaya ilmu perlu untuk kita gunakan untuk menjalani ujian-ujian

Majlis dimulakan dengan solat Hajat diikuti dengan solah Dhuha dan membaca Al Ma' thurat dan Yasinan. Subhanal percaturan Allah ini pasti terbaik buat anak-anak ini. Ya Allah sesungguhnya aku memohon daripada ilmu yang bermanaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.

Peristiwa semalam memang pahit dan terpalit kepada ramai orang namun lupakan peristiwa itu dan teruskan perjuangan. Jangan merasa terganggu kerana pasti hikmah tersirat.  Soalan Sains perlu diadakan pada 30 September 2014 berikutan didadapati soalan itu lolos ataupun lebih dikenali dengan bocor.






Wednesday, September 10, 2014

Mahabbah Fillah

Apabila Manusia Renggang Dengan Allah dia akan Renggang Dengan Manusia. contohnya, jika kita nak redha Allah kita perlu redha ibu bapa.  Pabila kita memberi kepada manusia kita akan  akhrab dengan Allah.  Allah Cinta Kepada Manusia Yang Membawa Manusia Lain Untuk Cinta Kepadanya
 
Jika kita beribadah ada buahnya iaitu akhlak. Kenapa? Kita melihat ramai yang menjaga solat tetapi tidak menjaga lidahnya. Kita lihat dalam islam sesungguhnya orang beriman itu berkasih sayang sesama manusia. Orang yang beriman pasti ada kasih sayang. 
 
Dipagi yang sangat bermakna, bertemu dengan ibu-ibu yang bersemangat. Pertemuan kadang-kala tanpa dirancang dan perpisahan juga tidak diundang. Namun pertemuan dan perpisahan banyak mengajar kita akan  mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwah.
 
Dalam hadis menyebut penegasan " tidak beriman seseoran kamu sehingga tidak menyayang saudara kamu mu sendiri"...... Jika kasih sayang itu kerana ALLAH Taala (Mahabbah Fillah) maka walau kemana sahaja kita pergi,sentiasa akan diingati dalam setiap bisikan doa
 
Dalam pertemuan yang seketika di sekolah Agama Hira ini, begitu terkesan melihat Mualimah- mualimah di situ..sayang menyayangi. Sayang pada anak-anak didiknya. Bersungguh-sungguh melihat anak-anak didik jalan memasuki ke dewan peperiksaan. MasyaAllah hebat. Begitu mesra melayan dengan anak-anak. Moga dimurahkan rezeki kepada tenaga-tenaga pengajar di sini. 
Kelihatan Alif Sedang Bersedia untuk berjalan masuk ke Dewan Peperiksaan.

Restu bonda buat cucunya. Menunaikan solat disini bersama-sama para ibu yang lain.

 


Alhamdulillah .. dalam kesempitan masa hari ini... subhanallah nikmatnya jika ada usaha dan doa.

Fusilli Olio Seafood.

 Hari ini memang kegemaran Alif kerana semua pasta.  Namun masih tak mahu menurutnya Alif nanti sakit perut ibu simpan ya. Ok Nanti makan ya. Paper Math hari ini. Memang sepanjang masa dengannya hari. Mohon cuti separuh hari bersama bonda hari ini mendoakan yang terbaik.

Pabila pulang barulah beliau merasai dan apa-apa lagi memuji-muji masakkan ibunya. Inilah Alif senantiasa memuji masakkan ibunya dan merupakan pendorong utama buat ibunya untuk terus memasak dan memasak tanpa ada limit. Selagi ada kemahuan anakk-anak.  11.00 pagi ada tuisyen dan terus gerak menghantar bonda ke Taman Dato Harun
 
Bahan-bahan (5-6 orang)
500 g pasta fusili
1 kg seafood (udang dan sotong)
1 cawan minyak zaitun (olive oil)
3 ulas bawang putih (dihiris)
3 sudu besar chili flakes
3 sudu besar oregano flakes
3 sudu besar parsley flakes
1 sudu kecil lada hitam/
1 capsicum merah 1 capsicum hijaru dan segenggam baby tomato2 sudu cheese mozzarella/ 1 sudu capsicum serbuk
1 sudu kecil garam

Cara-cara

 1.Rebus spaghetti sehingga lembut dan toskan. Dalam periuk lain, rebus seafood sehingga hampir masak dan toskan. Jangan buang air rebusan seafood ini.
2.Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga kekuningan. Jangan sampai hangit. Masukkan 1 senduk air rebusan seafood.
3.Masukkan oregano, parsley, capsicum, cheese dan chili flakes, lada hitam, garam )
 4.Masukkan spaghetti dan seafood. Kacau hingga sekata.
 5.Siap untuk dihidangkan. Taburkan cheese Parm


Tuesday, September 9, 2014

Pizza Mudah Gardenia


Buat Alif, memang sangat minat dengan cheese dan berusaha untuk menyediakannya pagi ini.

6 keping roti gardenia (disapu mentega)...
-sos cili&mayonis
-1 biji cili benggala (dihiris nipis2)-x de
-6 keping keju cheesedale

bahan tumis:
1 labu bawang besar (dadukan)
2 ulas bawang putih (cincang halus)
2 sudu serbuk kari
2 sudu kecil garam
sedikit gula
isi ayam (dicincang)
1 biji kentang didadukan
1/2 biji timun didadukan (x de)
1/3 cawan air
1 sudu mentega. (x de)

cara penyediaan:
-cairkan mentega.tumis bawang merah dan bawang putih sampai kekuningan
-masukkan rempah kari dan masak sampai garing
-masukkan isi ayam dan tmbah 1/3 cawan air..masak sampai ayam empuk dan hampir kering air..
-masukkan timun dan kentang
-masukkan garam dan gula..biar sebati dan padamkan api
-ketepikan

1)susun roti gardenia yg dah disapu mentega dalam pemanggang vantage
2)sapukan sos dan mayonis atas roti
3)taburkan bahan yg ditumis dan hirisan cili benggala
4)susun keju cheesedale atas roti
5)tutup pan dan buka api paling kecil
6)bakar sampai keju cair (lebih kurang 8-10mnt)
sedia hidang...sgt sedap..rangup


Pagi yang bersejarah buat nya kerana beliau enduduki peperiksaan UPSR . Ingat wahai anakku. Carilah ilmu yang bermanafaat buat mu seperti mana doa dibawah

Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu’, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak dikabulkan.”(HR Muslim 4899)

Hindari dari ilmu yang tidak bermanafaat dan ilmu yang bermanafaat akan diperolehi dari orang-orang yang sangat iklhas. Orang yang sangat ikhlas Allah akan menjaga ilmu yang diperolehinya.  Bila kita tidak ikhlas ia sangat merbahaya kerana ia akan menghilangkan kemanafaatan ilmu.
Didalam doa ini menjaga ilmu ini agar jangan yang kita dapat menjadi ilmu yang tidak manafaat. seperti ilmu yang syirik pada Allah.

 Hal yang kedua berlindung dari hati yang tidak kusyuk. Telah beruntung orang-orang beriman iaitu orang yang kusyuk. Kusyuk ini mewariskan rasa takut. Jika kita punya rasa takut, maka inilah hati- hati yang dijamin di hari akhirat. Maka celakalah orang-orang yang keras hatinya. Maka hendaklah selalu mohon untuk diberikan hati yang kusyuk. Rasa takut ini adalah modal yang sangat indah dalam kehidupan. Rasa takut ini sebagai satu semangat untuk berjalan kedepan untuk mematuhi ketaatan kepada Allah. Syurga itu dimiliki kepada mereka yang merasa takut kepada Allah.  Hati menjadi hidup dengan memperlajari ilmu agama, mengenal nama-nama dan sifat Allah, banyak membaca al quran dan tadabbuyr, berbanyak berzikir, berbuat baik dengan makhluk, berkakhlak dengan akhlak yang mulia dan seorang yang berlaku adil dalam segala keadaan dan banyak lagi.





Bersama ibu-ibu yang sentiasa mengharapkan anak-anak punyai hati yang kusyuk dan menghidupkan hati anak-anak agar mencari ilmu yang manafaat.

Teruskan perjalananan mu wahai anakku Alif .. jangan berhenti mencari ilmu yang bermanafaat. inilah titik permulaan buat mu.

Monday, September 8, 2014

Ibu, tanpamu siapalah aku


Inilah Bahagia..

 

 Apakah benar ujian hidup menghilangkan rasa bahagia dalam kehidupan ini? Apakah sakit, usia tua, cercaan manusia, kemiskinan, kegagalan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup menjadi sebab hilangnya bahagia? Jawabnya, tidak!

Jika kita beranggapan bahawa ujian hidup itu penyebab hilangnya bahagia maka kita sudah termasuk dalam golongan pesimis yang beranggapan tidak ada kebahagiaan di dunia. Mengapa begitu? Kerana hakikatnya hidup adalah untuk diuji. Itu adalah peraturan hidup yang tidak boleh dielakkan. Sekiranya benar itu penyebab hilangnya bahagia, maka tidak ada seorang pun manusia yang akan bahagia kerana semua manusia pasti diuji.

Atas dasar itu, ujian hidup bukan penyebab hilangnya bahagia. Sebagai perumpamaannya, jika air limau nipis diletakkan di atas tangan yang biasa, maka kita tidak akan berasa apa-apa. Kita dapat mencium aroma baunya limau itu. Sebaliknya, jika air limau itu dititiskan di atas tangan yang luka maka pedihnya akan terasa. Jadi apakah yang menyebabkan rasa pedih itu? Air limau itu kah atau tangan yang luka itu? Tentu jawapannya, luka di tangan itu.

Metafora Air limau itu adalah umpama ujian hidup, manakala tangan yang luka itu ialah hati yang sakit. Hati yang sakit ialah hati yang dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah seperti takbur, hasad dengki, marah, kecewa, putus asa, dendam, takut, cinta dunia, gila puji, tamak dan lain-lain lagi. Ujian hidup yang menimpa diri hakikatnya menimbulkan sahaja sifat mazmumah yang sedia bersarang di dalam hati. Bila diuji dengan cercaan manusia, timbullah rasa kecewa, marah atau dendam. Bila diuji dengan harta, muncullah sifat tamak, gila puji dan takbur.

Justeru, miskin, cercaan manusia dan lain-lain itu bukanlah penyebab hilang bahagia tetapi rasa kecewa, marah dan tidak sabar itulah yang menyebabkannya. Pendek kata, ujian hidup hakikatnya hanya menyerlahkan sahaja realiti hati yang sudah tidak bahagia lama sebelum ia menimpa seseorang.

maka  bahagia itu datang dari luar ke dalam adalah tertolak sama sekali. Ini kerana faktor “kesihatan” hati jelas lebih dominan dalam menentukan bahagia atau tidaknya seseorang berbanding segala faktor luaran. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kebahagiaan itu datang dari dalam ke luar – soal hati.

Rasulullah S.A.W bersabda lagi:
” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.

Sumber: Ustaz Pahrol

Usia Yang Barakah

  Bisikan hati yang baik yang mengingatkan kita.kerana hati besar sentiasa inginkan ego. Rasa dari hati kecil ini dari ilmu. Waktu terasa kita terluah yang kita lebih baik terus istigfar. Terasa diri ada baik. Waktu itu kita rasa istiqfar yang lahir dari hati kita.

Ego boleh sensitive ego pada orang lain. Keegoaan menyentuh ego orang lain. Dia boleh berjangkit. Jangan kita dijangkiti dengan ego orang lain. B ila mereka bercerita kita jangan berlawan dengan eog orang lain.

 

Sebelum tegur kita berdoa dan seterusnya kita tak layan. Lama-lama dia akan faham. Jangan sekali kita hadapi dengan keegoan. Adakan majlis pengajian kta jempemput orang yang ego ini. Kita buat baik tetapi jangan rasa kita dah baik. Tetapi kita buat baik kerana kita ingin jadi baik.

Mari kita lihat rezeki dari quality nya. Keberkatan tidak Nampak tapi kita dapat rasa. Sedikitnya cukup , banyak nya dapat memberi. Senantiasa ada jalan keluar dalam hidup kita. Pada kita hanya ada sisa umur. Syaitan senantiasa pada telinga kita bahawa mati lambat lagi. Esok masih ada.Ingat, mati tidak mengenal usia. Mati boleh datang dengan tiba-tiba. Bagaimana untuk manafaat usia yang pendek ini semaksimum. Work hard and work smart.Kerja keras dan kerja cerdas. Amalan-amalan yang smart. Manafaat daripada usia kita yang pendek bermanafaat iaitu usia yang barakah.






Sumber Rujukkan: ustaz Pahrol

Friday, September 5, 2014

Jauhkan Perasaan Ke"akuan"


Kekadang terasa ingin lampu ajaib  ‘lampu Aladin’. Digosok dan didakap hanya apabila diperlukan. Ting keluar. Jangan ... Ingat segala yang kita lakukan itu ibadah, bukan kerana yang lain tetapi semata-mata kerana mengharap redha Allah.  Alhamdulillah sambil memasak sambil mendengar surah al kaft agar ia menjadi doa dan menjadikan hari yang terbaik hari ini.

 Allah akan sentiasa di hati kita, sewaktu senang dan susah, sewaktu sempit dan lapang, sewaktu di atas atau di bawah. Inilah cinta tanpa syarat.

Ayuh bebas daripada kongkongan dunia luaran. Mereka bebas daripada belenggu kepentingan duniawi dan penghargaan manusia untuk mengabdikan diri sepenuh dan seluruhnya kepada Allah.

Di saat kalut didapur" ting" terdengar message Whatsup masuk" . Pesanan dari Boss menyatakan beliau akan hadir Board Meeting " sambil berkongsi cerita bahawa beliau masih merasai sakit. Merasa simpati dengan keadaan beliau dan mudah-mudahan dengan mendengar luahannya akan membentuk diri jauh dari perasaan takbur. Jika senantiasa mendenganr kita akan mendapat ilmu. Orang yang tawaduq akan mendapat ilmu yang bermanafaat kerana kita rendah diri dan tawaduq. Jangan ada perasaan ke "akuan" sangat tinggi. Sambil itu mengingatkan beliau bahawa apapun kita lakukan hari ini agar dapat membaca Qalam Allah hari ini surah Al Kaft. Rugi kiranya kita lepaskan peluang ini.

Kelihatannya si puteri ini turut untuk membantu ibu didapur. Moga senantiasa menjadi sahabat ibumu wahai puteri ku. Pembakar semangat untuk melaksanakan perintahnya dan amanah.

Nasi Lemak Keras

 
Tajuk mamamg gempar. Maksudnya Nasi Lemaknya sangat keras kerana kurang air . Malam tadi punya cerita.   Sangat terkejar-kejar dengan masa yang ada. Difahamkan dari hukama, 3 perkara yang perlu di jaga dalam hidup berkeluarga dan sebagai ibu kepada 6 orang anak-anak ini memang ia amat memainkan peranan. 3 Perkara tersebut adalah

a) Menjaga makan minum
Yang disediakan oleh ibu itu adalah yang terbaik walaupun sekadar nasi goreng kosong namun makanan itu disediakan berserta niat dan doa. Walaupun kekadang masa amat terhad namun usaha untuk menyediakan itu amat bermakna buat anak-anak.

b) Solat
sebagai ibu memang agak letih kerana sering mengulang perkara yang sama. Solat Amir, Solat Alif, solat Amaar ... Adam Solat.... Sampai bila perlu mengingatkan ? sampai bila-bila kerana ia tiada limit masa bagi seorang ibu.

c) Tidur
Jaga masa tidur anak-anak memang amat penting kerana akan melentur disiplin anak-anak. Mungkin kita rasa anak-anak remaja agak terlambat..TIDAK.. tiada terlambat bagi kita. 

dan seperkara lagi yang perlu kita lakukan ..DOA. itu yang sering dilupakan. Senantiasa doa buat anak-anak kita. dampingi mereka dan tingkah laku kita ada pelajaran yang terbaik buat anak-anak. Kita bangun subuh 10 minit pertama yang kita lakukan akan mencorakkan hari kita .. maka bangun pagi  perkara yang amat terbaik adalah ingat Allah dan cerikan hari dengan mendakap anak-anak.

Yakinlah ...


Thursday, September 4, 2014

Semurni Embun dan Seteguh Subuh

Hari minggu yang lepas anak kecil ini dididik untuk bangun subuh dan hadir kuliah. Kita sering melihat kaum athies membawa binantang peliharaannya untuk menghirup udara segar  pada waktu subuh demi kesihatan lahiriah binatangnya.

Bagaimana mana dengan kita... adakah kita tidak perihatin. Seharusnya caturan kita lebih mudah kerana sudah tersedia garispanduan sebagai orang islam yang beriman untuk bangun subuh. Namun perlu sedikit usaha untuk mendidik anak-anak dengan membawa mereka ke kuliah subuh. Memang sedikit berat tugas ini percayalaha bahawa ia sangat perlu.

Seperti yang kita maklum bahawa setiap manusia ini sebelum bangunnya, terdapat 3 lilitan dan setiap yang bangun dan mengerjakan solat subuh maka terungkailah ketiga-tiga lilitan itu.

Dikala meniti langkah ke surau, bersama si kecil ini, merasa nikmat menghirup udara semurni embun dan seteguh subuh. Ini bukan sekadar menjaga kesihatan fizikal malahan rohani dibimbing. Wahai anak kecil Aysh Ayshah biarlah payah kerana terpaksa untuk hadir kuliyyah bersama ibu namun percayalah pastinya ia sangat bermanafaat buat mu sayang.

#p/s- sangat teruja dengan kehadiran ustaz Muda, Ustaz Abu Hafiz Salehuddin.



Wednesday, September 3, 2014

Fusilli Goreng + Keju

Hari sangat kelam kabut... keadaan ini menghilangkan rasa yang agak penat kesan dari perjalanlan kami ke beting tempoh hari. Apapun pagi tadi sempat lah juga memasak Fusili Goreing + Keju. Sangat mudah dan hummm sedap juga..

Hari yang penuh sejarah kerana tiba-tiba terdengar jeritan dari big boss dari dalam biliknya... dengan kalutnya segera kearahnya.. Subhanallah hadiah yanga sangat bermakna. Moga Allah permudahkan urusan beliau.

Bahan-bahan: 500 g Fusilli } direbus sehingga lembut dan toskan kemudian digaul dengan sedikit minyak
1 labu bawang besar } dipotong dadu
3 ulas bawang putih } dicincang halus
minyak masak untuk menumis
1 sudu cili flake
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah

1 keping keju cheddar. (guna yang keping tu sebah itu yang ada)
semangkuk Udang size A
Semangku Sotong size B
garam secukup rasa
cili api 2 ketul he he
Daun sup atau daun ketumbar (daun sup je yang ada)

Cara membuat:

Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi  dan masukkan  cili flakeMasukkan sotong dan udang , goreng sebentar sehingga masak.
Masukkan sos tomato, sos tiram , kicap cair, lada sulah dan semua sayur di atas dan gaul rata. Masukkan fusilli, gaul sebati serta rasakan garamnya dan bolehlah dihidangkan.

harapan akak moga pengunjung dapat mencubanya.


subhanallah makin meningkat usia Aysh,  perahan susu semakin meningkat walaupun ibunya sangat-sangat sibuk dengan segala macam hal dunia. Moga kekal istiqomah.


Tuesday, September 2, 2014

Ingat Mati

Orang yang ingat mati akan melakukan persiapan yang bijaksana agar dapat menyediakan bekalan. Berbeza dengan orang takut mati.   Rasulullah selalu berpesan solatlah seolah-olah solat kita itu yang terakhir oleh itu kita pasti laksanakan solat yang terbaik. 
 Kerana kita ingat mati boleh datang dengan tiba-tiba kita pasti inginkan yang terbaik walaupn kita berada didalam kesuntukkan masa. Mudah-mudahan Allah kurniakan hidayah dan taufiq dalam hati kita. Apa yang ada adalah hari ini. The power of now. Hidupkanlah dan bangun agar kita terus berjuang untuk melaksanakan. Agar kita benar-benar manafaat walaupun kita tak tahu apa yang tersisa .

Kita Hanya Ada Sisa Umur ...

Hakikatnya kita hanya ada sisa umur yang tinggal tak seberapa pabila mencapai 40 tahun. Namun syaitan senantiasa berbisik bahawa mati itu lambat lagi. Walaupun seketika untuk kami menikmati masa bersama moga ia masa dapat dinikmati . Moga Allah tambahkan kuantiti dan qualiti yang mana kami dapat manafaat untuk kami giatkan amalan-amalan. Moga amalan-amalan yang terus hidup walaupun kami telah mati. Dengan cara selalu berpesan pada anak-anak untuk senantiasa melaksanakan segala suruhannya dan memanjangkan silaturrahim dengan akhlak dan berbuat baik kepada jiran tetangga.  Sifat-sifat ini difahamkan dapat meramaikan perkampungan dan memanjangkan umur. Kekalkan hak jiran dengan kita.  
 
 terima kasih kanda... sudi menemanai walaupun seketika



Hidup Ini Hanya Sebentar

Walaupuan hidup ini sebentar tetapi ini yang menentukan bahagia atau celaka .  Cuba mengisi masa ini bersama anak-anak dan agar mereka dapat laksanakan sebaik mungkin.

Berikut adalah kisah-kisah anak-anak untuk menjalinkan ukhwah. Usia adalah suatu yang sangat berharga. Masa adalah modal kita. Bagi mereka yang mereka yang manafaat modal ini insyaallah ia akan dapat keuntungan yang banyak. Masa juga nyawa kita. Bagi mereka yang tak endah dengan masa seolah-olah mereka tak endah dengan nyawa mereka sendiri.

Sebagai tuan rumah memang masa terlalu pantas berlalu namun dengan hadirnya tetamu yang kita sendiri tinggi nilai pahalanya.  Memang terhibur meluagkan masa bersama anak-anak ini moga akan terus berukhuwah wahai anak-anakku