Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa
Showing posts with label Amaar. Show all posts
Showing posts with label Amaar. Show all posts

Monday, January 12, 2015

Bermula Pelayaran Ilmu Amaar Nijad Mohd Fuzi

Moga berjaya membina sahsiah dan peribadi dan pembangunan akhlak yg dituntut oleh Islam. Sekadar memerhati dari jauh gelagat anak ini hari ini Alhamdulillah abangnya senantiasa memantau adiknya ini. Walaupun kelihatan tulus pabila ditanya ... Amaar penatlah buuuu jawabnya

Tuesday, February 18, 2014

Masih Tetap Di Hati Ibu .... Amaar


 Ini dia wajah kesayangan, Amaar  bersama adiknya Aysh  si Halus dan Abang Adam. Hati si Amaar ini sangat-sangat  perlu dijaga kerana selama ini segala kasih sayang ditumpukan padanya. Ibu perlu berhati-hati dalam segala tindakkan ibu  dikhuatiri akan menyingung perasaan anak ini. Abang dan kakaknya sangat faham dan tahu untuk menanganinya dengan penuh berkhemah. Terima kasih abang dan kakak moga tindakkan awak berdua menjadikan Amaar tidak merasa tersisih dengan kehadiran Aysh. Ibu sayang semua anak-anak ibu.



Tuesday, April 24, 2012

Lambaian buat Tetamu Allah



20 April 2012 jarum pendek telahpun menunjukkan nombor 5.00 pagi ..... ha nak masak eh lupa pulak hari ni tak perlu masak kerana perlu bergegas ke KLIA untuk menghantar tetamu-tatamu Allah ini iaitu Bonda Muo, Abah, Rapi dan Kak Roz. Sesampai kan sahaja di KLIA, kami dimaklumkan bahawa penerbangan ditangguhkan dan Alhamdulillah ada hikmat sebalik nya pasti. Kami pun apa lagi meronda-ronda ke kawasan KLIA bersama kanda dan si cilik Amaar yang berpakaian sekolah nya. Beliau sungguh gembira kerana berjalan sakan dan masa kami tertumpu padanya.

Seperti yang dicatitkan oleh Allah, disini aku berjumpa dengan Puteri yang akan menunaikan umrah dan satu penerbangan dengan bonda. Kemudian terserempak dengan Madi subhanallah inilah dikatakan segalanya diatur olehnya dan hikmatnya berjumpa dengan orang yang tidak kita sangka-sangka. Moga sumbangan kecil dari kami berdua ini dapat buat bekalan belanja disana dan kami senantiasa mendoakan tetamu ini akan dipermudahkan segala urusannya.

Monday, April 9, 2012

Monday, January 9, 2012

Her Dream Come true




Dream Come true. She dream to own this before and we try our best to fulfill her dream. Sesampai sahaja di Digital Mall terus terjah I-Store and get the sales man there. We did asked him what the the dif with MacPro & MacAir. His said for student is better that we choose MacPro as my doter can download more as compared then Mac Air. But I like Mac Air.

While waiting he downoad everything then myself and Anis just look at at Amaar. Ada 2 orang disitu Amaar and another one boy stand at the IMac sebaya dengannya. Melihat telatah Amaar sungguh mengejutkan kami kerana he can sit there and he just on the iMac and he can on play with the photo. So funny, even the sales man memerhati kannya pun tergelak. Another one boy hanya berdiri dan tengok je Amaar. Yang lebih memeranjatkan, ibu Amaar nak laptop besar ni... ha ha... InsyaAllah Amaar, ada rezeki akan ibu usahakan.

Setelah siap, kami pun keluarkan cash yang kami keluarkan dari ATM masing, Kami cuba elakkan menggunakan Credit Card kerana ini salah satu usaha kami menunjukkan pada kakak bahawa betapa berusahanya kami untuk memenuhi impian kakak. Moga usaha ini memberi semangat kepada kakak untuk terus berusaha menimba ilmu


/fuzidss

Thursday, January 5, 2012

iPad Menjadi Milik Kekal Amaar sudah....




"Ibu Amaar main dulu "apad" ni tau, sebelum pi skool. Amaar nanti tak boleh main kat skool. " Tu la dianya gelagat si pintar Amaar. Sebelum melangkah kaki ke kindergarden and daycare. He is 4 year this year tapi sangat bijak berkata-kata
/fuzidss

Wednesday, December 28, 2011

Wajah-Wajah si Cilik ....


Amaar Nijad


Amir Farhan


Alif Naufal

Anak-anak adalah cahaya mata, penyejuk hati & keletah mereka banyak menduga kesabaran si ibu. Dididik dan dipelihara, mencuaikannya khianat dan dosa. Amanah Allah yang perlu dijaga... Apakah merekakan jadi Yahudi, jadi Nasrani atau Majusi atau merekan kan jadi pejuang Allah, mereka Amaanah dari Allah.sedutan nasyid dari Al-argam.

ALIF NAUFAL, sangat merupakan anak yang sangat bertenaga, pabila inginkan sesuatu pasti akan dicuba dengan sedaya upaya. AMIR FARHAN seorang anak yang sangat taat dan sangat lemah lembut. sukakan pada Hafazan al-quran dan pasti akan membaca tanpa dipaksa. Menjadi inspirasi si ibu untuk menjadikan tabiat hafazan sebagai amalan harian. Namun tidak dapat menandingi beliau. AMAAR NIJAD pula seorang yang sangant petah berkata-kata, dikala ini sungguh taksub dengan laptop untuk melayari youtube, bagi menyaksikan upin & ipin rancangan kegemarannya. "ibu, nak tatop" itulah fav words darinya setiap hari. Mereka ini sangat memerhatikan gerak geri langkah ibubapa mereka. Pernah sekali ditegur oleh si Alif " Ibu, lama dah ibu tak pergi kuliah Maghrib di Surau....aduhhh dikala itu bagaikan satu tamparan yang hebat kerana asyik dok melayan siri Kisah tentang Dhia di tv dan alpa. Dok asyik melayan hal dunia maka lalai dengan tanggungjawab sebagai seorang mukmin sejati...terima kasih anakku. Adam & Anis merupakan contoh terbaik buat mereka. Sering dititipkan ditelinga mereka... kita hidup ni untuk mencari redha Allah ..seakan-akan faham namun tidak putus-putus dari mulut ibunya ini utk mengulangi pekataan itu.
/fuzidss

Monday, December 19, 2011

Shah Alam river & trees for life 2011 @ Tasik Seksyen 7, Shah Alam



Sangat seronok melihat telatah sikecil ni. Dipupuk semangat untuk cintakan Alam. Yang amat memeranjatkan Amaar, boleh joint sekali tu walaupun tak menzahirkan kata-kata tapi body language telah menggambarkan apa yang tersirat. Syabas Amaar, itulah sikap yang dituntut.









/fuzidss

Friday, December 16, 2011

Tuti Puti

" ibu nak tuti puti?" Everytime keluar jee, itulah yang terlahir dari mulut si Amaar. memang favourite beliau. Sangat tidak berbaloi ... instead of tuti puti baiklah pi beli Subway tu haa ... layan jee laa kerenahnya je ni ha

/fuzidss

Wednesday, December 14, 2011

Perpustakaan Awam Selangor





Melawat perpustaakan Awam selangor bersama sibujang kecil ini. Melihat telatah yang sangat suka pada binatang dan apa sahaja buku yang menggambarkan binatang pasti ditatapnya dan benarlah gambar itu tersirat seribu makna. Amaar sangat berminat akan buku-buku dan kawasan sangat luas dan jauh dari hiruk pikuk kenderaan. Sungguh nyaman. Esok, 10 Disember perasmian dan segala persiapan sengan rancak dilakukan.

Namun yang amat mendukacitakan semangat ini kerana dewasa berada dipuncak dan dikawasan dewasa anak-anak tidak dibenarkan masuk..so sapa nak jaga si kecil ni sekiranya diri in ingin menelaah ilmu. InsyaAllah akan sampai lagi bersama 3 bujang lagi kerana ketika ini bujang di Kem hafazan





/fuzidss

Wednesday, July 6, 2011

Nasi Serai vs Ayam Serai ...khas Buat Amaar


Send an email to my boss yang dok MC, to seek his approval to go back early malangnya he was not reply at all. Tak pa laa di dunia ni dia ada kuasa untuk segalanya tapi Allah maha berkuasa. Walaupun balik 5.30 Allah percukupkan segalanya. Panggang Ayam, Masak Nasi Serai dan Masak puding ...pengajaran bagiku tak yah nak mintak redha manusia tapi mohon pada ALLAH... Ingat wujudnya hidup kita memudah kan orang lain dan ALLAH akan permudahkan jalan hidup kita InsyaAllah. So hari ni memang plan dari office dah . apa lagi 5.30 berdesup lee pi cari bahan..thank u Kak Nor, Kak Ros & Ika...jasa pasti Allah balas

NASI SERAI

resipi : K.Nor@SecubitGaram

2 cawan beras ~ k.nor guna beras siam
1/2 labu bawang holland ~ didadu kecil
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
2 helai daun pandan
1 btg kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
5 btg serai ~ dititik/ketuk
1/2 kiub pati ayam
garam
air secukupnya
2 sudu besar minyak sapi ~ k.nor guna windmill

Panaskan minyak sapi dan masukkan bawang besar dan daun pandan.
Goreng hingga bawang layu dan wangi, masukkan bawang putih, kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang.
Masukkan serai.
Goreng lg hingga wangi dan masukkan beras.
Kacau2 sekejap dan masukkan air secukupnya.
Masukkan kiub pati ayam dan garam.
Kacau sedikit hingga semua sebati dan masak lah sehingga nasi masak.


* utk dptkan nasi yg lembut dan gebu, rendam kejap beras yg dah dibasuh bersih lebih kurang 10 - 15 min dan toskan.

AYAM PANGGANG SERAI
sumber : Kak Ros & Hana

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam (kak rose guna 2 kpg whole leg)

*1/2 labu bawang putih
*2 inci halia
*1-2 batang serai
1 sudu makan lada hitam - tumbuk kasar
2 sudu besar kicap manis
1-2 sudu makan madu
garam sedikit
lemon
butter - potong kecil @ minyak zaitun

kentang, carrot, bawang besar - potong empat (kak rose x letak)

Cara-cara

Blend bahan bertanda * dengan sedikit sahaja air asal berpusing.
Campurkan bahan blend dengan kicap, lada hitam, madu, sedikit garam dan juga perahan lemon sedikit. Gaul.
Lumurkan pada ayam dan baki rempah lumur pada carrot, kentang dan juga bawang. Masukkan dalam mangkuk tahan panas. Perap sekurang2nya 2-3jam atau semalaman.
Panaskan oven. Selitkan potongan butter di celah2 ayam. dan bakar suhu 180 selama 1jam atau sehingga ayam masak. Setiap 15-20min jirus2kan air ayam ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering dan juicy








Amaar tidak sabar menjamu tak kala kami solat maghrib


Ini semua Amaar punya



/fuzidss

Hari Ini Amaar Tigaaaaaaa Tahunnnnn Tau

Buah hati saya sorang hari ni sudah 3 tahun...sangat-sagat manja dengan ketiga-tiga abangnya iaitu Adam, Alif dan Amir tapi sangat takut dengan kakaknya sebab kakak sangat garang

Peneman dikala ke surau dan menjadi penghibur buat rakan-rakan di surau dikala melihat si comel ini solat...dengan gayanya yang bersahaja dikala rukuk dan sujud...

Pabila tiada , pasti rakan-rakan surau bertanya, mana Amaar? sangat keletah...ibu Amaar nak kete tentolak..Aduh mana nak cari Jentolak niii.



/fuzidss

Friday, June 24, 2011

Nasi Lemak Buat Amaar




Buat si kecil ni peminat nasi lemak.... pekena sepinggan terus tiduqqq

/fuzidss