Mujahadah
Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa
Monday, June 8, 2026
Urus Rumah Guna Sistem
4. Sediakan "Bakul Penyelamat" Letakkan satu bakul di ruang tamu atau kawasan utama rumah. Apabila ada barang yang berselerak, masukkan dahulu ke dalam bakul dan susun semula apabila ada masa.
5. Wujudkan Stesen Kerja Simpan barang mengikut fungsi dan lokasi penggunaannya. Dapur: rempah dan alatan memasak di kawasan yang sama. Bilik air: pencuci dan berus di dalam bilik air. Ruang kerja: alat tulis dan dokumen di satu tempat. Kurang masa mencari, lebih banyak masa menyelesaikan kerja.
6. Lipat Baju Terus Dari Ampaian Lipat baju sebaik sahaja diangkat dan terus simpan ke dalam kabinet. Satu langkah tambahan yang kecil tetapi menjimatkan banyak masa kemudian.
7. Masak Konsep "2 Kali Masak = 4 Kali Makan" Masak dalam kuantiti yang lebih banyak dan simpan sebahagiannya.Selain menjimatkan masa, ia mengurangkan tekanan memikirkan menu setiap hari.
8. Gunakan Peraturan 2 Minit Jika sesuatu tugas boleh diselesaikan dalam masa kurang daripada 2 minit, lakukan terus. Jangan tangguhkan perkara kecil sehingga menjadi beban besar.
9. Tetapkan Hari Tema Contohnya: Isnin – Dapur Selasa – Basuh & lipat baju Rabu – Ruang tamu Khamis – Kawasan parkir Jumaat – Bilik air sabtu & Ahad - Bilik tidur Dengan cara ini, kita tidak perlu membersihkan seluruh rumah dalam satu hari.
10. Ada Zon Yang Tidak Boleh Berselerak Contohnya meja makan.Apabila meja makan sentiasa kemas, keseluruhan rumah biasanya akan kelihatan lebih teratur.
11. Simpan Barang Mengikut Tempat Guna Ubat di kawasan khas ubat. Peralatan perkhemahan di satu sudut. Dokumen penting di satu fail. Apabila diperlukan, semuanya mudah dicari.
12. Jangan Tunggu Sempurna Jika mesin basuh belum penuh, tetapi sudah tiba jadual mencuci, teruskan. Jangan tunggu keadaan "sempurna" sehingga rutin menjadi terganggu.
13. Gunakan Timer Tetapkan masa tertentu untuk kerja rumah. Contohnya: 7.30am hingga 10.00 am kita focus ruang dapur 8.30am hingga 12.00 pm fokus mengemas ruang tamu. 1.00 maka rehatlah untuk bersedia menunaikan solat zohor. jadual ni sesuai untuk waktu weekend bagi ibu yang bekerja seperti saya 2.00pm - 3.00pm kawasan pakir pul, Apabila masa tamat, berhenti. Jika belum siap, sambung pada masa lain. Jangan paksa diri sehingga hilang tenaga dan mood.
14. Simpan Kotak "Urus Kemudian" Sediakan satu kotak khas untuk barang yang memerlukan perhatian kemudian. Ini membantu mengelakkan barang berselerak sambil memberi ruang untuk menguruskannya apabila ada masa.
15. Fokus Pada Apa Yang Memberi Nilai Life hack paling besar ialah menyedari bahawa tujuan mengurus rumah bukan untuk mempunyai rumah yang sempurna. Jangan sampai mengemas dari pagi hingga petang sehingga keletihan, hilang sabar dan marah anak-anak. Tenaga kita adalah amanah. Gunakan ia untuk perkara yang benar-benar memberi nilai kepada keluarga seperti berbual dengan anak-anak, makan bersama, beribadah dan membina hubungan yang baik di dalam rumah. Perspektif Islam Islam mengajar kita bahawa kesederhanaan adalah kunci. Rumah yang tenang bukan kerana tiada habuk atau tiada barang berselerak langsung, tetapi kerana penghuninya hidup dalam suasana kasih sayang, syukur dan ketenangan. "Rumah yang bahagia bukan rumah yang paling sempurna, tetapi rumah yang mempunyai sistem yang memudahkan kehidupan dan hati yang sentiasa bersyukur." Semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan dalam rumah tangga kita, mempermudahkan urusan harian, melapangkan hati dalam mengurus keluarga, dan menjadikan rumah kita tempat yang membawa sakinah, mawaddah dan rahmah. Aamiin.
Be Flexible: Kunci Ketenangan dalam Menghadapi Kehidupan
Wednesday, June 3, 2026
PICKLEBALL with KIDS
Wednesday, November 11, 2020
Mengawal Amarah
Sejujurnya dalam diri kita pasti terdapat perasaan marah dan marah merupakan salah satu emosi manusia .Kita tidak pernah dapat lari dari perasaan seperti itu, dan kita tida dapat menolaknya sama sekali. Kita perlu tahu apa masalahnya, apa yang mencetuskan kita dan bagaimana kita mengatasi masalah serupa. Barulah kita dapat mengawal emosi kita sendiri dan dan minda berkembang dan bertindak sebagai seorang matang. Sekiranya tidak, kita mungkin akan menjadi seseorang yang mudah terpengaruh oleh perasaan orang lain, yang akhirnya boleh meletakkan anda di tempat yang gelap di masa akan datang. Berikut adalah beberapa perkara yang dapat anda lakukan ketika menghadapi masalah yang menyusahkan:
1. Melangkah ke belakang
Apabila anda menjadi sedeh (upset) atau marah, hampir semua orang akan mulai berkobar-kobar dan meneriakkan kata-kata paling kotor yang mereka tahu dalam perbendaharaan kata mereka. Orang lain cenderung melakukan sesuatu yang terburu-buru, seperti mengirim teks yang tidak baik kepada seseorang yang mereka sayangi atau membuang orang tertentu - pada dasarnya sesuatu yang bodoh yang mungkin mereka sesali kerana kesan dari kata-kata anda itu akan terpahat di ingatan. Untuk selamat demi kepentingan orang lain dan diri sendiri, hentikan diri anda daripada mengatakan apa-apa yang tidak baik dan beri ruang kepada diri sendiri. Bawa diri berjalan-jalan, menjamu selera, pergi ke suatu tempat untuk menyejukkan badan dan mengumpulkan pemikiran anda. Kerana kata-kata kesat yang dilemparkan itu sakit menghiris umpama sebilah pedang yang menghiris.Sampaikan ini kepada orang yang anda marah kerana anda memerlukan ruang dan masa untuk berfikir, dan pastikan ketenangan anda tidak terganggu. Perkara terakhir yang ingin kita lakukan adalah menyakiti orang-orang di sekitar kita dengan marah, sama ada melalui kata-kata atau tindakan kita.
Ini berguna untuk mengetahui apa yang mencetuskan anda sehingga anda mungkin dapat menghindarinya pada masa akan datang. Adakah rakan anda berbicara tidak beradab atau tidak sensitif? Berikan sedikit teguran kepada mereka dan atasi masalah yang dihadapi dengan mereka secepat yang mungkin. Sekiranya ia membantu, dapatkan rakan lain untuk berada di sana untuk menjadi orang tengah. Secara keseluruhan, anda harus dapat menentukan masalahnya dan kemudian berusaha untuk mengatasinya. Sebilangan orang gagal menangani masalah dalam kehidupan mereka ini dan kekal menyimpan dendam dan dengan demikian mengabadikan perasaan negatif ini ketika ia berlaku lagi. Kenal pasti masalah dan cuba atasinya.
Petua ini mungkin terdengar mudah tetapi menerapkannya dalam setiap kehidupan kita adalah kisah lain. Teori segalanya selalu jauh lebih sederhana daripada ketika kita harus melakukannya secara praktikal. Sebenarnya, ini akan menunjukkan bagaimana kita dapat menyesuaikan tip dan nilai ini dengan baik dalam situasi kita sendiri. Pada penghujung hari, kita harus selalu ingat bahawa semua orang belajar, sama seperti anda. Anda juga pernah menjadi pemula, tetapi dengan persekitaran yang tepat dan sokongan yang mencukupi, anda berkembang. Sudah tiba masanya kita memberi peluang kepada orang lain juga.
Satu perkara lain yang sukar kita akui ialah kita bersikap egoistik. Dalam beberapa keadaan, kita tidak dapat menafikan bahawa walaupun pihak lain salah, mungkin ada cara yang lebih baik untuk menangani sesuatu. Tidak perlu menjerit kepada pekerja anda di hadapan seluruh pasukan kerana dia membuat kesalahan dalam laporannya. Kita tidak perlu memalukan pasangan kita di hadapan rakan kita kerana tidak "memenuhi standard kita". Kita tidak perlu memanggil adik-beradik kita sebagai orang bodoh atau sebagai orang gila hanya kerana satu pertengkaran. Kuncinya adalah juga mengambil kesempatan ini untuk merenung diri kita sendiri. Sama seperti kita melihat kekurangan orang lain, kita juga mempunyai banyak hal yang kita kekurangan, jadi kita berusaha untuk memupuk dan merawat diri dan pemahaman.
(Tetapi secara jujur, jika mereka menganggu berkali-kali, adalah sangat penting untuk kita memberi mereka maklum balas, bahkan mungkin sedikit memarahi. Siapa tahu? Mungkin mereka lebih baik dengan cara itu).
Berikut adalah menu setrusnya yang digemari oleh yang tersayang.
Bahan A (kisar) 3 biji telur 3/4 cawan gula perang 1 cawan minyak Esen vanilla Bahan B (ayak) 2 cawan tepung gandum 1 sk baking powder 1 sk soda bicarbonate Bahan C 1 cawan pisang di lecek 👉campur semua Bahan A dan kisar halus 👉kemudian campur ke dalam B..bila dah bercampur rata masukkan bahan C 👉Kacau sebati dan rehatkan adunan selama 20 minit 👉sediakan acuan dan sapu sedikit minyak 👉tuang adunan tadi (jangan kacau cedok dengan sudu je) 👉kukus api sederhana besar selama 15 minit
rujukan :- Ustaz Mizi & umikitchen
Saturday, November 7, 2020
Terapi "Grounding Method"
MisDss nak mengajak semua agar mengamalkan gaya hidup sihat. "Grounding" ialah teknik memijak tanah tanpa sebarang alas (stokin/ kasut) dan cuma berkaki ayam. Tapak/ tanah yang dipijak boleh jadi seperti kayu, batu, pasir, rumput, tanah liat. Kenapa perlu grounding?
Grounding sebagai amalan untuk kesihatan fizikal, mental & emosi. Jasad manusia terdiri daripada unsur tanah. Sesekali kita kembali berpijak di bumi yang nyata. Zaman sekarang, kita kurang berpijak langsung ke tanah. Keluar rumah ketika matahari belum terbit, pulang ke rumah juga matahari sudah terbenam. Tubuh kita kurang terdedah kepada alam semulajadi.
Jika kita kurang "grounded" (berpijak di bumi yang nyata), kita akan jadi kurang waras, banyak mengelamun, kerja/ matlamat hidup kurang jelas, target ke laut dan cenderung buat perkara bukan-bukan kerana fikiran tidak selaras dengan jasad. Banyak manafaat grounding ni. Kalau ada rasa "biol", "weng" sikit-sikit tu, rasa terawang, lost, cuba aktiviti back to nature ni.
*TERAPI “Grounding Method”*
Penyembuhan diri dengan cara menghayati atau menghubungkan diri dengan bumi dan alam semulajadi ciptaan Tuhan. Teknik telah diperkenalkan sejak zaman dahulu lagi. Bumi merupakan medan tenaga elektromagnetik yang koheren dapat menyeimbangkan mengekalkan keadaan yang harmoni setiap elemen yang berhubung dengannya.
*BAGAIMANA IA BANTU URUS STRES?*Medan bumi mempunyai gelombang elektromagnetik dengan julat rendah iaitu 7.8 Hz yang dikenali sebagai "Schumann Resonance".
Tubuh badan manusia dalam keadaan tenang dan tenteram mempunyai getaran gelombang yang sama dengan getaran bumi pada frekuensi 7.8 Hz.
Individu dalam keadaan stres berkecenderungan mempunyai tahap gelombang Beta iaitu pada 12-25 Hz. Oleh itu dicadangkan individu tersebut pergi bersantai dengan alam semula jadi dalam masa 15 hingga 30 minit.
Dengan cara itu gelombang pada tubuhnya dan tenaga cas elektromagnetiknya dapat dineutralkan dan diseimbangkan semula dengan cara semulajadi. Planet bumi dengan sistem biologi semulajadi telah membantu manusia dalam meningkatkan kesejahteraan mental, emosi dan fizikal. Ia juga membantu meningkatkan daya hidup, tahap kesihatan, kesejahteraan dan jangka hayat yang berpanjangan.
*TEKNIK “Grounding Method”*Antaranya ialah berjalan tanpa kasut (berkaki ayam) di atas tanah atau pasir, membaca buku atau berbaring di atas tanah atau di bawah pokok, bersiar-siar di taman, berkelah di tepi pantai atau air terjun atau sungai atau tasek, bermain di padang permainan, memeluk pokok, mandi, merendam diri dalam air, meredah hutan, mendaki bukit, merendam kaki dalam air garam dan sebagainya.
Ringkasnya: Gelombang bumi dan alam semulajadi adalah gelombang teraputik yang membantu penyembuhan stres dan memberi kesembuhan, ketenangan dan rileksasi kepada minda, tubuh dan emosi.
Resepi petanh ni MisDss kongsi resepi yang mudah dan sangat terkenal dimasyarakat melayu. Cucur pisang. Ada yang panggil jemput pisang. Meh cuba ya
Ramai yang pm tepi yang tanya camne nak buat cucuq gebu sampai ke petang...Hari ni misDss nak share camne nak bagi kilat molek gitew....berikut adalah ramuannya.
Mudah je cuma kekadang tu ada juga tak menjadi. Mungkin tips berikut dapat membantu. Selamat mencuba semua
Tips:-
a) jgn terlebih pisang ia akan menyerap minyak dan susah nak garing2.
b)minyak perlu betul2 panas dan bila telah diadun dlm kuali baru perlahankan agar x hangit
c) kalau terlebih gula akan membuatkan cucur tu akan melekat dan mudah hangit.
d)nak bagi dia montel gebu letakkan sedikit soda bicarbonat.
#SEKILO pisang Lemak manis
#3/4 camca teh soda bicarbonat
#1 camca besar GULA MELAKA ASLI
#I camca besar gula PERANG
#2 cawan tepung gandum cap bunga ros atau faizah( lebih atau kurang ikut adunan kalau terlembik tambah sikit tepung )
1/4 camca teh garam halus
#Minyak untuk menggoreng
Kupas pisang, lecek bersama gula, garam, soda bicarbonat hingga hancur. Biar lama sedikit dan biarkan 5min
Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit.
Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak2, MisDss buat dalam 10 biji macam tu, sebab ianya akan kembang dlm kuali sedang.Tapi ini bergantung pada saiz kuali yang anda gunakan.
Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap.
Selamat mencuba ..semoga bermanafaat dan memjadikan anda stay positif and remain calm. Luv uol😎












