Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa
Showing posts with label Jannah. Show all posts
Showing posts with label Jannah. Show all posts

Wednesday, January 25, 2017

Semakin Besar Rasa Sabar, Semakin Besar Rasa Ketidakkhuatiran ..


Saya tidak ingin jatuh lagi di lubang yang sama, sekarang saatnya untuk saya membenahi diriku sendiri. Menguatkan tentang iman, menyabarkan tentang penantian, dan membesarkan tentang rasa syukur. Sudah terlalu jauh aku dari itu semua, sebab masa itu yang ada dipikiranku hanya dia dan dia. Setiap hari, setiap jam, setiap minit, dan setiap detik. Saya melupakan hal yang seharusnya tidak boleh aku lupakan namun belajar untuk bersabar dan ikhlas, semakin besar rasa sabar dan ikhlas, maka  semakin besar rasa tidakkhuatir terhadap apa yang akan mendatang


Saya akan pastikan untuk bangun menggapai untuk naik sedikit-demi sedikit. Cuba membuka mata di hari yang baru. Sedih memang, namun saya menemukan kenyamanan didalam kesendirian. Memang ia sesuatu yang sangat sulit dalam menjalani dan menguruskan semuanya sendirian yang saya jalani. Istiqomahkanlah diri ini pada jalannya. 

Hari-hari berlalu penuh dengan usaha untuk menyelesaikan segala urusan. Bulan ini banyak menjelajahi terma-terma syariah tentang hak-hak yang perlu difahami. setelah melengkapkan borang faraid di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, saya disarankan untuk menuntut hak harta sepencarian dan mengusulkan Penjaga Ad-litem bagi miliki kuasa pengawasan anak bawah umur.

Harta Sepencarian


Harta sepencarian merupakan “harta yang diperolehi bersama oleh pasangan suami isteri dari hasil usaha mereka bersama, sama ada mereka berusaha dalam satu bidang kerja seperti sama-sama bekerja membuat segalanya bersama, sama-sama lalui hari-hari mencari rezeki, dan hasil dari pendapatan itu dibelikan sesuatu harta tak alih atau harta alih seperti saham dan sebagainya, sama ada harta itu atas nama bersama atau atas nama suami , pokoknya ialah mereka hendaklah sama-sama menyumbangkan tenaga atau modal dalam mengadakan harta tersebut dalam jangkamasa bersuami isteri atau dalam tempoh perkahwinan. Saya sebagai pemohon perlu menyediakan satu saman dan penyataan tuntutan kepada Mahkamah. Dalam penyataan tuntutan ini saya perlu memberi alasan kenapa saya perlu menuntut.

Jika dilihat dari semua perjanjian jual beli rumah, jelas tertera  niat murni Allahyarham suami saya atas nama cinta untuk isterinya. Sesungguhnya Allahyarham memang seorang suami yang benar-benar baik dari segala sudut namun Allah lebih menyanginya dan pasti ingin melihat saya sebagai ibu kepada anak-anaknya mendidik anak-anaknya dengan hasil sepencarian kami bersama. Hidup ini indah kerana kita mematuhi segala perintahnya dan penuhi amanat Allahyarham.. Bagi saya perjanjian ini ditandatangani oleh kami berdua sebagai  suami-isteri semasa hidup merupakan satu Deklarasi Harta Sepencarian dimana suami bersetuju membahagi sejumlah harta, katakan 50% harta itu kepada isterinya jika salah seorang dari kami pergi dahulu. Allahyarham adalah ketetapkan terindah dan saya akan mencintainya selalu dan menjaga amanahnya mendidik anak-anaknya.


Permohonan Ad-Litem

Penjaga ad-litem miliki kuasa pengawasan anak bawah umur. Mahkamah mengarahkan saya untuk melantik salah seorang dari 6 dari pihak defendan melantik penjaga ad-litem kepada anak saya yang masih bawah umur. Ini bermaksud, Adam dilantik untuk menjaga adik-adiknya atau secara legalnya adalah sebagai penjaga Ad-liem.Saya dimaklumkan bahawa penjaga ad-litem ini mempunyai kuasa penuh ke atas anak saya dan apa-apa keputusan dibuat penjaga itu akan memberi kesan kepada anak saya. 

Seseorang penjaga ad-litem hendaklah diluluskan dengan wajar oleh mahkamah. Maksudnya seseorang yang ingin menjadi penjaga ad-litem perlu memohon kepada mahkamah dan mahkamah hendaklah menyiasat serta membuat pertimbangan adil, kerana kesannya apa-apa persetujuan atau pengetepian dibuat penjaga ad-litem akan mengikat orang yang tidak berkeupayaan itu.

Disamping itu sepanjang bulan ini juga menguruskan lampiran-lampiran untuk pejabat tanah. Dan tanpa disedari bahawa tahun 2017 mampir dan segala urusan di pejabat tanah dan majlis bandaran perlu dilakukan semula. Segalanya dilakukan semula memastikan dokumen ini lengkap dan sempurna. Yang bisa dilakukan adalah bersabar dalam segala birokrasi dunia ini. Wahai diri, sedarilah kamu wanita yang hebat untuk berdiri bersama-sama anak-anakmu disampingmu disamping mendampingiNYA. 



Bila menyiapkan segala dokument  untuk "submission of Death Claim" untuk insurance Allianz, baru teringat bahawa kekasih hati saya ini pernah bercerita bahawa Insurance nya telah dihentikan bayarannya dan dibatalkan pada jangkaanya namun tidak disangka bahawa ajen tersebut yang asing dalam Islam mengusulkan untuk membuat polisi yang baru tanpa segala bayaran namun jumlah pampasan agak kurang. Allahyarham sangat terharu dengan ajen tersebut. Saya terlupa dengan polisi tersebut namun pabila peringatan-peringatan muncul, saya pun melangkahkan kaki untuk memanjat bangun Allianz dan alangkan terperanjatnya beliau layak untuk menerima pampasan walaupun jumlah tidak banyak namun inilah usaha seorang ajen yang sangat murni usahanya untuk membantu kekasih hati saya. Semoga Allah berikan hidayah pada hamba ini.
Yang sakit itu bukan merindui, tapi merasa kosong kerana tidak ada yang dirindui. Tapi tak mengapa kerana sesungguhnya ada yang sedang menunggu keberadaanku. Terlelah diri ini melangkan namun melihat wajah anak-anak saya perlu kuat.


Anakanda Alif, bilakah kali terakhir kamu tersenyum seikhlas hatimu?...Kerana akhir2 ini kamu sering bersedih kerana cintamu pergi, tentu harus ada yang diperbaiki. Ketahuilah masih ada ada cinta yang selalu menerimamu dgn segala kekurangan. Ingatlah hari2 yang indah pernah terukir tidak ada yang terbeban penuh keramahan..tangan yang menyambut sentiasa cintamu....dan senantisa disampingmu .


Rujukkan Buku : Menuju Baik itu baik & Ketetapan Terindah

Friday, January 13, 2017

Kan Ditaburi Hari-hari sendiriku Dengan Senyum Tanpa Ragu



 Kepada aku yang menunggu  telah menunggu dan terus menunggu, kuatkan lah aku dan hebatkanlah pendirianku atas apa yang pernah ku ragukan. Ketika keraguan mendatang,  kuputarkan menjadi keyakinan.  Maafkan keraguanku, kelak kan selalu kutaburi  hari-hari sendiriku dengan senyum dan tanpa ragu. InsyaAllah jika saling menjaga dalam heningnya cinta, kita akan dipertemukan kembali dan mengikrarkan janji sesyurga...

Insyaallah hari-hari yang mendatang bersama sigenit kecil ini dan semakin bergaya namun ingatan terhadap abahnya masih terus kekal. setiap hari menatap handphone abahnya pasti dicium wajah abahnya . Her favourite gambar with her abah. Selalu akan dicium wajah abahnya. I will always tell her about a good behaviour of her abah. He  is a wonderful abah and the best in the world, no one can replace him.



 Pada 10 Januari 2017 maka genaplah 2 bulah saya didalam iddah dan genaplah 2 bulan pemergiannya. Masa begitu pantas berlalu namun seperti baru semalam beliau meninggalkan kami. Memang agak kepenatan  sejak, akhir-akhir ni di minggu pertama persekolahan namun alhamdulillah pada 11 Januari telah kami telah mengfilekan dokumen berhubung dengan faraid dan di depan pagawai Pendaftar di Mahkamah Syariah Shah Alam. Allah permudahkan urusannya pada mulanya agak keberatan juga pegawai pendaftar untuk menerima dokumen kami kerana prosedurenya kami perlu menghantar dokument untuk harta sepencarian memandangkan saya telah sempurnakan dokumen dengan  lengkap maka pegawai tersebut tidak teragak-agak menerima dokumen kami dan tarikh sebutan adalah pada 13 Febuari 2017.




 Borang seterusnya adalah borang  untuk pendaftaran harta sepencarian memerlukan lapan salinan dan berikut adalah segala butiran yang perlu dilampirkan.... Yessss insyaallah I can do it.. lets have a smile today..






Monday, December 26, 2016

Mehna Kehidupan




Maafkan saya kerana, ketika ini terlalu sibuk menguruskan  diri sendiri, kehilangan daya untuk terus berkongsi.  Namun mana mungkin kita lari dari tanggungjawab dan peranan kita dalam masyarakat dalam berkongsi maklumat pada semua. Saya gagahkan juga untuk terus menulis.

Kali ini ingin saya kongsikan di masa saya tercalon dalam senarai VSS dan disaat saya memaklumkan pada anak-anak dan kelihatan nya kakak sangat memahami. " Mulai sekarang kita akan kurangkan perbelanjaan rumah ibu akan cuba masak segalanya dan kurangkan untuk keluar makan di luar. Bertabahlah semua dalam keadaan kita yang akan mendatang" Kata saya pada anak-anak

Kali ini kami diuji lagi dengan pemergian Kanda tersayang, banyak perkara yang perlu dijauhkan atau dengan kata lain membuangnya jauh- jauh. Perkara yang melekakan, media sosial perlu dikurang, cuba memanafaatkannya untuk segala yang mendatangkan ilmu. Banyakkan menulis yang mana dapat memberi ilmu dan panduan kepada orang lain.



Kikiskan perasaan cemburu melihat kegembiraan orang lain melancong malah saya jadikan keseronokkan melihat tempat yang cantik yang dikunjungi oleh mereka. Semuanya itu menyuntik aura manis dan baik-baik kepada keluarga saya. Sesungguhnya setelah itu kami hidup sangat sederhana . Dengan ujian itulah kita mengenal Allah. Allah memperkenalkan  Dirinya di Sebalik semua ujianNYA.

Segala Mehnah yang datang kita cuba cari jalan bagaimana usaha kita untuk menghadapinya. Peganglah prinsip ini, tabahkan hati ini menempuh kehidupan yang tidak akan pernah mudah ini.
Bersyukur kerana saya dikelilingi oleh anak-anak yang sentiasa mendorong saya Sehingga sekarang masih menyemak peluang keja dalam Jobstreet dan  forwardkan email kepada sahabat terdekat.

Seperti yang sebelum ini, setelah disemadikan Kekasih Hati, maka bermula lah fasa mengumpul maklumat tentang harta dan hutang si mati. Sebagai benefisiari sebagai isteri beliau.

a)Harta alih
b)Harta tak alih
c)Hutang-piutang
d)Kos pengurusan jenazah/Khairat Kematian
e)Perjanjian-perjanjian Pembelian
f)Senarai waris yang berhak
g)KWSP
h)Insuran
i) Perkeso
k) Unit Trust
l) Akaun Bank


Sebelum ini usahakan semua pertukaran/penutupan akaun beliau dan terdapat  6 buah bank yang memerlukan surat kuasa dari Mahkamah. Segalanya telah diusahakan dan juga tentang Senarai waris yang telah disempurnakan melalui borang Faraid dan sekarang ini telah mengumpulkan data bagi menyempurnakan Borang A . Alhamdulillah KWSP dan PEKESO juga telah selesai ini bermakna sekarang d), f), g), i), telah berjaya dikendalikan dan yang lain masih belum kerana memerlukan surat kuasa
Jadi, apa langkah seterusnya? Berikut adalah nota yang dapat dicatitkan sepanjang minggu sebelum ini.

Minggu ke 3 Disember 2016 jelajah MPK pada Isninnya. Memang tak terarah dibuatnya kerana bila bergantung kepada google Maps asyik terlepas pandang belok ke kanan Setelah 3 kali cubaan alhamdulillah tak berjumpa terus balik

Citibank Centro Klang di sini kami sering berdua saling menemani
Minggu sebelumnya bergegas ke Citibank menghantar segala documents yang diperlukan.
Pada 20 Disember 2016 saya panjat ke Bangunan MRCB .. masalah pakirnya sangat merungsingkan orang ramai. Hampir sejam menunggu. Alhamdulillah selamat mendaftarkan nama Aysh ke SSPN 2.

Di Depan Menara MRCB

Ole-ole dari SSPN
Rabu 21 Disember 2016 kami memacu passat menuju ke RHB untuk urusan penutupan akaun kekasih hati bersama kakak. Sentiasa terbayang-bayang berjalan di depan kami.



Memadangkan gerbang persekolahan semakin hampir, maka setelah selesai, kami bergegas ke  Sekolah Amir dan Amaar untuk membeli buku dan segala alat tulis.


Khamis 22 Disember 2016 saya gagah ke MPK dan kali ini sebelum pergi mempersiapkan diri dengan bertanyakan dan google untuk memastikan saya jumpa jalan ke MPK. Alhamdulillah sampai juga akhirnya dan jelaskan segala tunggakkan sebanyak RM345.00



Pada hari Jumaat  23 Disember 2016 kaki melangkah sekali lagi ke Pejabat Tanah di U5 Shah Alam menjelaskan cukai tanah bagi dua aset Allahyarham. Ingatkan boleh selesaikan semuanya namun tidak kerana rumah apartment di Klang perlukan Geran Tanah dari Service Apartment tersebut. Masih sangkut lagi nampaknya tetapi insyaAllah pasti ada jalan penyeleaian. Tujuan semua ini disempurnakan adalah ia merupakan pra syarat kepada proses caveat keatas Kekasih Hati (simati)


Tugasan wajib setiap hari ketika ini

Insyaallah saya akan teruskan menulis untuk rujukkan sahabat semua. Minggu ini perlu fokus kepada persekolahan anak-anak yang saya akan kongsikan bersama setelah selesai semuanya. Doakan saya terus bertenaga dan sihat dalam menunaikan amanah kekasih hati saya.

Allah turunkan hujan untuk kita nikmati warna pelangi

dss

Thursday, December 15, 2016

Pengejar Syurga



Tiada yang dapat menjangka bahawa saya akan menjalani kehidupan ini tanpa seorang suami. Disahutnya panggilan Ilahi tanpa mengundang banyak keresahan keluarga, jiran-jiran dan rakan-rakan, Allahyarhamhu telah pergi meninggalkan semua dalam sekelip mata. Bagaikan baru semalam baru menatap wajahnya. Walaupun perginya tanpa pesan segala amanatnya tetap terpahat di jiwa ini.



Bagi kami, Allahyarhamhu adalah pengejar syurga akhirat,  dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat. Kami yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat diraih kecuali kita boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.



Maka rumah dan keluarga adalah syurga dunia paling indah buat Allahyarham.  Kemanapun dan sampai bila-bila pun 






Makan sepinggan memang amalan kami

selalu serahkan segalanya pada saya

Kali pertama hadriri khusus Fiqh di PWTC
Apapun citarasa kami sama



 Ceria kerana Hamilkan Aysh tika ini
Senantiasa memimpin






Kesukaan Beliau bila driving memegang hidung

apa pun keadaan, Quran pendamping
Detik waktu terus berjalan, berhias gelap dan terang tergores bagaikan lukisan hidup. Ketika bersama Allahyarham, seribu mimpian hadir dan perlpagai rencana yang dirancang bersama. Namun itu hanya perancangan manusia. Perancangan Allah itu terbaik. Masa berlalu masih dalam keadaan suram, cuba untuk mengubat rindu dengan melihat gambar-gambarnya dan video beliau.



Namun,  realitinya sudah sebulan tidak melihat senyumannya, tidak dapat menyentuhnya, tiada lagi gemgaman tangannya ketika tidur, tiada lagi kucupan dahi yang penuh kasih sayang, tiada lagi tiada lagi alunan zikir darinya ketika mendodoikan Aysh di buaian dan lebih lagi merindui suara beliau melalui panggilan telifon, segalanya kaku, hati terus menangis mengenangkan beliau. 



Pada usia perkahwinan menjangkau 21 tahun, bagai terasa tidak puas lagi bersamamnya, Sememangnya dunia berubah sekelip mata, meredah jalan seorang diri, bagaikan tidak percaya...semua ini berlaku.



Namun diri ini terus gagah melangkah,  menggalas amanah. Jazakumullah hu khair buat semua yang membantu dan juga memahami diri ini...semoga Allah SWT jua membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran....amin....


Setiap kali Raya memang pasti setia menunggu adindanya utk solat bersama di Masjid


ketika ini sangat susut 


sentiasa istiqomah dalam mendalami bacaan Al quran

Memang camera shy...susah nak senyum

Sentiasa menemani bila diajak mengopi 


Tunggu ya kanda ... dinda akan menyusul nanti.

Bersama anak gadis yang sentiasa menyakat abahnya

Di trengganu


Ketika kami menghantar Anis Ke Tapah



Meraikan hari terakhirn saya bekerja setelah hampir 20 tahun bekerja


Meraikan hari ibu