Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa
Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts

Monday, October 21, 2013

Agama mengajar supaya ada ketinggian dalam Akhlak ...


Apa yang menjadi tanggunjawab adalah membina nilai yang tinggi supaya anak-anak membesar dengan akhlak yang tinggi. Kerana kita lihat sekarang umur 40 pun tak matang kerana fikir mereka asyik memikirkan mereka muda. Something wrong. Ada benda yang tak kena dalam pendidikkan.

Mungkin gambar tersebut diatas tak dapat dikaitkan secara dasar namun apa yang difikirkan disini kita fikirkan besar. Kerana dikala ini rata-rata sahabat memikirkan apa yang perlu di masak pada hujung minggu namun dikala ini diri sedang memikirkan apa yang perlu dimasak untuk tengah hari " Asam Pedas Daging Seri Melaka" daru CMG. Diwaktu ini adalah 9.30 pagi namun dikala ini masa untuk memikirkan sarapan pagi sudahpun berakhir bukan baru memikirkan atau baru ingin bersarapan.

Allah ajar kita dalam Quran, supaya berdoa agar air mata kita sejuk " min qurratur aqyun" . Kita minta agar anak-anak diberi mata yang sejuk. Imam al syafiee berpendapat bahawa anak dara yang nak kahwin perlu pegang air matanya jika air matanya sejuk maka ia bersetuju. Allah ajar kita berdoa agar kurniakan anak-anak qurratur aqyun kerana itulah generasi yang akan menyambung kita.

 
alhamdulillah rezeki warga Al mawaddah, salah seorang warga mawaddah,  sempena keberangkatan anaknya ke Yaman. Moga Allah mudahkan perjalanan anak beliau berangkat ke Yaman dan menjadi anak "quratur aqyun"

Sunday, May 26, 2013

Daging Tumbuk Rempah



Sumber Dari Dayang Jack dan Dayang Sophia mengucapkan terima kasih he he

Daging Tumbuk Berempah

bahan-bahan :
400 g daging (direbus bersama garam sehingga empuk)
1 helai daun pandan (disimpul)
1 sudu makan sos tomato
1-2 sudu makan cili giling Cap Puteri
1/3 cawan susu cair
1 sudu makan kicap pekat
kicap manis secukupnya
1 sk serbuk ketumbar
1 sk serbuk jintan manis
sedikit garam dan gula
1 batang kulit kayu manis
bahan-bahan kisar :
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
Cara-cara :
Daging yang sudah direbus hendaklah dihiris nipis dan ditumbuk-tumbuk sedikit. Kemudian perapkan sebentar bersama kicap pekat, kicap manis, jintan manis, serbuk ketumbar, garam dan gula. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan kisar bersama kulit kayu manis hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling dan sos tomato. Tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan daging, susu cair dan daun pandan. Kacau sebati. Masak dengan api perlahan.
Setelah kuahnya pekat atau daging sudah lembut, bolehlah ditutupkan api. Boleh juga dimasak berkuah jika suka.
Hidangkan.


Sunday, December 23, 2012

Daging Capsicum ...


Resepi dari buku resepi amal yang disamping menu diatas . Habis licin bebudak ni suka sungguh daging
/fuzidss

Sunday, October 28, 2012

Kerabu Daging


nak cari kelainan hari ini ... ha ni dia

ilham dari CMG...

/fuzidss

Tuesday, March 20, 2012

Nasi Daging Berempah & Air Asam



Nasi Daging sangat banyak zat terkandung kerana mengandungi rempah. Alhamdulillah kemsemua bujang-bujang suka akan Nasi Daging. Terima kasih buat IKA diperantauau tu dan juga Kak Nor yang comey yang menjadi sumber inspirasi dalam mencari menu-menu terbaru. Cuma belum berkesempatan untuk mencuba bidang baking lagi ni. Moga Allah permudahkan urusan dan satu hari nanti boleh explore ke satu bidang lagi' Baking"

Sumber : Ika tersayang
NASI DAGING BEREMPAH
Resepi Asal : KAK FIDA

Bahan-bahan ( 8-10 orang )
1 kilo beras - basuh dan toskan
500 g daging - dipotong kecil dan bersihkan dan toskan.
1 cawan susu cair>>ganti dgn fresh milk sbb takde stok susu cair

1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili>>yg ni tak masukkan takut pedas budak2 tak makan :D
1 cawan minyak sapi (atau mentega/majerin/minyak sayur/miyak jagung)
Air secukupnya
daun sup dan daun bawang - dihiris
1 cawan bawang goreng
20 ulas bawang merah*
10 ulas bawang putih*
2 sb ketumbar biji*-disangar
2 sk jintan halus/putih*- disangar
1/2 jari halia*
2 sb kismis*
4 tangkai cili hijau*
penumis:- sedikit kayu manis,cengkih,pelaga
2 helai daun pandan - disimpul
2 batang serai - dititik
1sb rempah kari daging>>yg ni tambahan kita yg letak :D resepi asal tak letak ya

Cara-cara Kisar bahan2 bertanda * hingga halus.Daging digoreng dahulu dengan sedikit minyak hingga berubah warna dan kering sedikit dan ketepikan. >>Yg ni kita tak buat sbb lepas tumis sume bhn dan dah naik minyak n bau baru kita masukkan daging mentah n masuk air sikit tunggu mendidih n masak daging tu dan ikut step seterusnyer.
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan penumis,daun pandan dan serai hingga wangi dan masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga garing lalu masukkan daging goreng,jika ada air daging masukkan sekali.Masukkan pula sos tomato dan sos cili.
Masukkan secukup air dan masak hingga daging empuk lalu masukkan susu,kacau dan biar mendidih sebentar.Masukkan pula beras dan gaul rata.Apabila nasi hampir kering masukkan garam secukup rasa gaul lagi dan masak terus hingga nasi tanak.Tabur 1/2 bahagian daun sup,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng atas nasi dan tutup periuk.

Ketika menghidang,tabur lagi dengan lebihan daun sup daun bawang dan bawang goreng.


AIR ASAMSumber : ARAH
Bahan2
4 biji Cili >terpulang nak pedas tambahkan kuantiti cili
1 biji Lada Merah Besar
1 ulas Bawang Putih
1 inci Belacan yg di bakar
1 sb sos tomato
1 sb sos cili
1 sb sos ikan
60 ml air asam jawa>>kalau nak cair boleh tmbhkan air

1 sk gula >> terpulang nak manis mcm mana
secubit garam

**Kesemua bahan di atas di blend hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak mcm mana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali. Kemudian masukkan bhn2 hirisan td, dan siap utk di hidang bersama nasi daging :-)

Bahan Hiris
Sedikit hirisan bwg merah
Sedikit tomato di hiris dadu
Daun ketumbar di hiris halus
1 biji cili di hiris bulat

DAGING PANGGANG
Resepi Asal : ARAH
Bahan2
Beberapa hiris daging lembu>>yg ni kalau boleh gunakan tenderloin
Lada Hitam yg dah ditumbuk sedikit
Ketumbar dan Jintan Halus yg di sangan dan tumbuk, sedikit

Kicap Cair sedikit
**bhn2 di atas bergantung dgn jumlah berapa byk hirisan daging, agak2 ya :D

Cara2
Gaul kesemua bhn2 di atas td dgn daging, perap sekejap dlm 15minit. Kemudian boleh lah dibakar di atas arang atau grill pan sampai masak. Boleh dimakan dgn air asam tadi. Selamat mencuba!


/fuzidss

Sunday, March 18, 2012

Tuesday, November 8, 2011

Daging Opor Hijau


DAGING OPOR DAGING
Sumber : Chef Wan
Bahan
1 kg daging [hirskan nipis dan bersihkan]
1 biji kelapa [4 cawan santan]
1 s/b gula perang atau gula merah lembut [soft brown sugar]
50 biji terung pipit
minyak
garam


Bahan Mesin
10 tangkai cili Hijau/cili padi
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai/belacan /lada hitam
Daun ketumbar & serbuk biji ketumbar
Daun limau purut & kulit limau purut
Limau kasturi

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin & rempah daging yg digaulkan dan kacau rata.
3. Masukkan daging dan kacau rata sehingga nampak naik minyak.
4. Masukkan santan dan biarkan reneh denagan api yg kecil sehingga mendideh dan daging lembut.
5. Masukkan gula, garam, asam keping dan kerisik dn kacau lagi. Biarkan naik minyak.
6. Hidangkan dengan nasi putih/minyak atau ketupat atau pulut kuning.

Friday, May 6, 2011

Saturday, January 29, 2011

Wednesday, December 1, 2010

Rendang Daging Perak


acara menghabiskan daging korban..ni dia resepi orang Perak..kejor yeop kejor.. Yeong pun kejor jugak lee he he
Bahan- bahan
600 gm daging, dipotong dadu
1 biji kelapa,
3batang serai,
1 sudu kerisik
Sedikit garam dan gula secukup rasa
Rempah Kari sudu
Bahan-bahan dikisar:
100 gm cili kering50 gm cili padi
300 gm bawang merah
100 gm bawang putih
1 cm halia1 ½ lengkuas
1 cm kunyit hidup
Bahan-bahan dihiris halus:
2 helai daun kunyit
4 helai daun limau purut
Cara-cara
Daging dipotong dadu, dibersih dan ditoskan airnya dahulu. Campurkan bahan-bahan kisar di dalam kuali kemudian masukkan santan. Masukkan juga serai yang telah dititik, daun kunyit dan daun limau purut. Jerang di atas api sederhana. Kacau selalu. Setelah kuah yang dijerang hampir pekat, masukkan daging dan masak lagi. Masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa. Masaklah sampai rendang kering dan mengeluarkan minyak serta daging empuk.
/fuzidss

Thursday, November 18, 2010

Thursday, August 19, 2010

Daging Paprik....

Hari ni sempat jugak dok cekau daging ni. Haa ni dia

Bahan-bahannya :-
300gm daging
bawang merah dimayang
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 biji tomato (terlupa nak letak)
1 biji carrot
3 helai daun limau purut
2 sb cili kering kisar
1 sb sos tiram
1 sb sos ikan
garam secukup rasa

Cara-cara memasaknya :-
rebus daging hingga empuk dan put a side. kemudian dikuali lain tumis bawang dan masukkan segalan bahan, cili, sos, kemudian masukkan air stok daging. dan kacau kemudian masukk daging tu kemudian biar sebati kemudian masukkan daun limau purut dan masukkan sayuran tu seperti carrot, tomato dan sebagainya kemudian hidanglah ya. Resepi kesukaan jiran tersayang ni. Hope she like it ya

Monday, April 19, 2010

Daging LadaHitam berserta Brokoli

this is my favourite ... haaa ratah jeee laa

Bahan-bahan:
500 gram daging batang pinang (dipotong nipis dan direbus sehingga empuk)
15 gram serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada putih
Gula dan garam secukup rasa
5 ulas bawang merah (dicincang halus)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
½ inci halia (dicincang halus)
1 labu bawang besar (dicincang halus)
Brokoli
Sedikit Halia

Cara penyediaan:
Dengan menggunakan mangkuk, gaulkan daging bersama lada hitam, garam, gula dan bahan-bahan yang telah dicincang.

Hidangkan daging lada hitam ini bersama-sama brokoli yang telah dicelur terlebih dahulu.
Sedia dihidangkan. Selamat mencuba.

Thursday, April 8, 2010

Daging Paprik

ni memang fav my lokung and my son Adam. Mudah dan sempoi jee

Paprik Daging
Daging - dihiris nipis
Kacang panjang - dipotong 1.5inc
Lobak - dihiris
Daun limau purut
2 sudu cili kisar
2 sudu bawang merah yg telah dikisar
1 ulas bawang putih - cincang halus
2 sudu sos cili1 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram1
sudu kicap manisMinyak masak
Garam secukup rasa
Cara:
1. Tumiskan bawang & cili kisar sehingga naik bau. Masukkan daging. Masak sehingga daging hampir empuk.
2. Masukkan lobak & daun liamu purut. Kemudian masukkan 3 jenis sos & kicap.
3. Last sekali masukkan cendawan & kacang. Kacau rata & biarkan sebentar. Perasakan dengan garam jika kurang masin.

Daging Bistik

Daging Ni datang nya dari kenduri mak Muor that day. Lembu tumbang seekor apa lagi memang sangat mewah makanan malam tu. Bayangkan makanan berhidang dan perlu sediakan 30 dulang hidangan untuk para tetamu malam tu. Tapi apa Yang amat menarik adalah daging bistik ni yang memang tak pernah kurasa sebelum ini. Memang sedap.


Siakap 3 Rasa, ikan pancing ni dari kolam

Pecel (pecal lee)

ni dia jemputan di ruang hadapan. Memang ramai laah orang masjid yang datang

Tuesday, April 6, 2010

Daging Singgang

Memang mudah dan sedap .


Tengoklaa Si comey yang enter frame niiii

Bahan-bahan cilok dari dapur Kak Ayu dan Ija rasanya laa

Daging - juga bley guna tulang
* Lengkuas
*Halia
*Bawang Putih
Cili kering - dipotong kecik2
ketumbar
lada hitam
asam keping/gelugor
garam&serbuk perasa
( Bahan2 yang bertanda *dimayang)
Cara-cara
Daging direbus sehingga separuh empuk
Kemudian masukkan jer semua bahan di atas.(campak2 jer hehe)( sape yang suke manis bley ler masukkan gula melaka sikit)
Masak sehingga daging empuk sebetul2nya :)
Siap untuk dihidang kan..



Monday, April 5, 2010

Daging Merah Ala Thai


Intai dapur Kak Nor.Thanks Kak Nor. My 1st attempt guna dslr camera niiii.. real beb
Bahan2nya
1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
2 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 sudu besar cili giling
Sedikit sos tiram
Sedikit sos ikan (thailand mari)
Sedikit sos tomato
hana tmbh halia ketuk
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)
Cara-cara
Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.
Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
Tumis bawang putih n halia sampai naik bau, masukkan cili giling.
Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
Dah masak bolehlah diangkat

Tuesday, March 9, 2010

Daging Halia Lada Hitam


Resepi ni diambil dari myresepi .com.
300gm daging
1/2 inci halia
5 ulas bawang
3 ulas bawang putih
Sedikit serbuk lada hitam
2 tangkai lada merah
2 tangkai lada hijau
Bunga kantan
Asam Jawa
Minyak masak
Daun Sup untuk hiasan
Caranya
Tumiskan segala bahan2 tu dan masukkan daging yang telah direbus dan biarkan mendidih kemudian masuk bunga kantan. Biarkan sehingga empuk dan naik bau Kacau masuk lada hijau dan masukkan asam jawa. Tambahkan garam dan gula Biarkan mendidih dan kemudian hidangkan dan tabur daun sup

Wednesday, January 13, 2010

Daging Singgang Kelantan

Memang hari seakan aman sedikit HR dept ... ku juga merasakan. My boss pulak seakan sangat sibuk then I just let him alone tak mau kacau. Hari jumpa ex staff avon , En Azmi di office macam dulu juga style dia. Aku cuba settlekan semua outstanding as he will not arround tomorrow onward.

Hari ini ku cuba masakkan yang sangat mudah iaitu daging singgang Kelantan since ada masih banyak lagi budu so kita gunakan. Resepi ku cilok dari Hana ...Thanks Hana.Ha ha my dear hubby tak berapa nak gemor lee sebabnya ada budu itupun aku tak maklumkan kalu lah dia tau jamah pun idak le gamaknya. Namun hari ni Maghrib dapat solat bersama seronok sangat rasanya as lama dok solat maghrib bersama. Seharusnya malam ni ada jadual ku bersama anak2 untuk bermesyuarah namun ku tangguhkan as my sons semuanya kelihatan penat.

Tuesday, January 12, 2010

Daging Masak Tauchu

Hari ini terdapat 2 meeting yang mana banyak masa aku terluang, namun ianya cover beberapa task yang dah lama pending. Alhamdulilah my boss lately ni everytime meeting for sure he will call me in. For me this is oppurtunity dan aku tak akan melepaskkannya. Peluang bukan datang selalu. Aku amat memahami situasi beliau dan sekurang-kurangnya aku dapat membantu mengurangkan bebanan dan itulah seharusnya sebagai orang insan didunia ini yang wujudnya diri ini akan membawa ketenangan kepada orang lain bukannya membebankan. Tips ini yang ku belajar dari seorang sahabat dari HR dept. Tip ini akan kukenang kerana tak lama lagi aku tak akan dapat melihat kelibatnya di office lagi.

Time lunch seperti biasa aku google kat dapur Hana & En Mat apa yang patut untuk aku dinner malam ini. Kali ini ku kan cuba Ayam masak tauchu. Tapi yang kelakarnya bila sesampai saja dirumah aku dimaklumkan oleh bibik bahawa ayam dah habis .. masak for lunch sebab kawan kakak ramai yang datang makan. Oh ok .. tak jadi hal kita tukar kepada daging. Tapi memang sedap sangat sebabnya aromanya yang dihasilkand ari daun limau purut, daun pucuk ubi dan lengkuas memang berbeza dan tak pernah kurasai sebelum ini.
BAHAN A:
300 gram daging
1 cawan santan
3 tangkai pucuk ubi (rebus dan hiris)
3 helai daun limau purut
3 batang serai (ketuk)
1 sudu besar jus limau
1/2 cawan taucu (buang masin)
3 cawan air
Minyak untuk menumis
Garam

BAHAN KISAR:
9 ulas bawang merah
9 tangkai cili merah
5 ulas bawang putih
5 tangkai cili padi
3 cm kunyit
4 cm halia
4 cm lengkuas
1 sudu besar (biji) ketumbar
Sedikit gula merah
Sedikit belacan

CARA MENYEDIAKAN:
1. Bersihkan ayam kemudian lumurkan dan perapkan dengan jus limau seketika.
2. Pijarkan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik wangi.
3. Masukkan ayam tadi dan kesemua bahan A kecuali taucu. Tuangkan air dan gaul rata. Setelah pekat, barulah masukkan taucu. Tambahkan garam jika perlu.