Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa
Showing posts with label Seafood. Show all posts
Showing posts with label Seafood. Show all posts

Monday, March 14, 2016

Berbaloikah


 12 Mar 2016
Pasar hari ini kelihatanya terdapat lambakkan ikan dan pastinya harga agak murah sedikit jika dibandingkan dengan minggu sebelum.
Ikan yang dapat kami jaring hari ini
RM16.00- Ikan nyok2 RM 14/kg
RM19.00- sotong
RM 21.00 -Udang
RM 27.00 - IKan jenahak merah 25/kg
Rm11.00- ikan selar
RM7.00-Lala
Total- RM 101.00

Sayur agak mahal. Kobis bunga jee RM20/kg. Total sayur RM19.00
Runcit. RM43.70.

Buah limau RM10.00/10 BIJI
LEMON -RM4.50 /3 biji
Mee RM1.00
Ayam 15.00

Total semua.RM 194.30. Jadi berbaloikah.is I rumah kami 8 orang tolak Anis & Adam di U..maka average RM15.00 makan sehari
15x6x7=RM630.00 HARUSNYA...cuma memang kepenatan melayan pinggan mangkuk yg banyak.

Hari bertukar kepada  @Ahad memandangkan Amir ada latihan

Sunday, October 27, 2013

Hiduplah Sedikit Luar Biasa

Biarlah kita hidup jadi biasa sedikit ada luar biasa.. dapat menyumbang.  sedeqah yang baik. Kita dapat buat banyak manafaat. Akaun kita banyak disisi Allah walaupun duit kita tak banyak dipoket. RAmai orang dapat manafaat. Allah berikan keberkatan. Allah beri kegembiraan dan beri keberkatan . Allah berkat suami kita, orang-orang yang berkawan kita, Allah berkat dengan anak-anak kita. Kita perlu tambah keberkatan. Nak minta berkat kita tak beli tapi kita kena bangun sentiasa ditengah malam mohon keberkatan. Mudah-mudahan  Allah berik keberkatan keluarga kita

Untuk menjadi biasa pastinya mencari yang terdekat barang belian namun kami cuba menjadi yang luar biasa mencari yang agak jauh dari tempat kami  mencari yang terbaik. Agak kelewatan ke pasar borong namun keberkatan yang diber harganya berpatutan...harga sekilo RM-- udang RM27.00, Sotong RM12.00, Lala RM5.00 dan Tenggiri RM20.00.

Monday, October 7, 2013

LALA (SOFT-SHELL) CLAMS with CHILI FLAKE


Semakin hari semakin mahal barang dipasar. Namun tidak menghalang anak-anak dari untuk merasa

Saturday, October 5, 2013

Bekalan dari Pasar Borong




Projek hujung minggu ke paar borong. Jenahak, Udang, Ikan pari Ayam dan pelbagai dan perlbagai bahan runcit stok untuk seminggu. Jenahak dan Lala dah selamat masak tadi

Friday, May 24, 2013

Masak Lemak Ketam Cili Padi... mengepit si ketam


Hari ni memang nak cari kelainan memandang sibujang dah jemu ikan lantas ku cari ketam buat hari ini moga menjadilah 

Friday, April 5, 2013

Kerang Kerisik

/fuzidss

Malam ni kekeringan bahan mentah. Ingat nak buat rendang apakan daya santannya tiada. Bermadah pulah malam ni, dicadang kan agar mencubanya rasa boleh lah. Malam ni agak ceria kerana di pejabat dapat laksanakan banyak kerja.

Friday, December 28, 2012

Udang Masak 5 Rempah


malam tadi inilah menu baru yg dicuba... simple but nice... bukan sekadar 5 rempah jee macam2 rempah yang dimasukkan janji habis.  Anak-anak dok tengok jeee tapi ku pujuk " cuba rasa dulu mesti sedap memang nampak pelik tapi sedap. BIla rasa haa tu dia berebut -rebut sehingga licin.

Menu google dari one of the blogers .. nantilah kita search siapa anyway thanks for the idea memang best.
/fuzidss

Friday, December 14, 2012

Thursday, November 1, 2012

Thursday, March 22, 2012

Sotong Bersos



sumber : Kak Nor-- sorry kak nor derhaka sikit menu n

SOTONG 3 RASA
sumber: PeriukTanah@Raihan
sumber: K.Nor@SecubitGaram

500 gm sotong sederhana besar- bersihkan, potong ikut citarasa
3 ulas bawang putih dihiris halus
1 labu bawang besar dicincang
5 biji cili api akar-dicincang ***ikut ketahanan pedas
4 tangkai cili merah dibuang biji dan dicincang
1 sudu makan cuka [ tak de so tak letak]
3-5 sudu makan sos Thai [ tambah 3 sos lagi iaitu sos tomato/cili/tiram]
garam dan gula secukup rasa
minyak masak
sayuran seperti bunga kobis, kacang buncis [guna kacang panjang jee]
dan jagung manis-ikut citarasa

Cara membuatnya:

1. Panaskan 5 sudu besar minyak dalam kuali. Goreng sebentar sotong untuk mengeluarkan airnya. Angkat dan ketepikan.
2. Gunakan minyak dan kuali yang sama, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
3. Masukkan cili merah dan cili padi. Kacau sebentar.Masukkan sayuran dan sedikit air. Biarkan sayuran masak sedikit.
4. Masukkan cuka dan segala jenis sos diatas. Masukkan sotong yang telah digoreng tadi. Perlahankan api dan gaul sebati. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Sedia dihidang bersama nasi putih dan lauk-pauk lain


/fuzidss

Tuesday, March 20, 2012

Nasi Daging Berempah & Air Asam



Nasi Daging sangat banyak zat terkandung kerana mengandungi rempah. Alhamdulillah kemsemua bujang-bujang suka akan Nasi Daging. Terima kasih buat IKA diperantauau tu dan juga Kak Nor yang comey yang menjadi sumber inspirasi dalam mencari menu-menu terbaru. Cuma belum berkesempatan untuk mencuba bidang baking lagi ni. Moga Allah permudahkan urusan dan satu hari nanti boleh explore ke satu bidang lagi' Baking"

Sumber : Ika tersayang
NASI DAGING BEREMPAH
Resepi Asal : KAK FIDA

Bahan-bahan ( 8-10 orang )
1 kilo beras - basuh dan toskan
500 g daging - dipotong kecil dan bersihkan dan toskan.
1 cawan susu cair>>ganti dgn fresh milk sbb takde stok susu cair

1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili>>yg ni tak masukkan takut pedas budak2 tak makan :D
1 cawan minyak sapi (atau mentega/majerin/minyak sayur/miyak jagung)
Air secukupnya
daun sup dan daun bawang - dihiris
1 cawan bawang goreng
20 ulas bawang merah*
10 ulas bawang putih*
2 sb ketumbar biji*-disangar
2 sk jintan halus/putih*- disangar
1/2 jari halia*
2 sb kismis*
4 tangkai cili hijau*
penumis:- sedikit kayu manis,cengkih,pelaga
2 helai daun pandan - disimpul
2 batang serai - dititik
1sb rempah kari daging>>yg ni tambahan kita yg letak :D resepi asal tak letak ya

Cara-cara Kisar bahan2 bertanda * hingga halus.Daging digoreng dahulu dengan sedikit minyak hingga berubah warna dan kering sedikit dan ketepikan. >>Yg ni kita tak buat sbb lepas tumis sume bhn dan dah naik minyak n bau baru kita masukkan daging mentah n masuk air sikit tunggu mendidih n masak daging tu dan ikut step seterusnyer.
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan penumis,daun pandan dan serai hingga wangi dan masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga garing lalu masukkan daging goreng,jika ada air daging masukkan sekali.Masukkan pula sos tomato dan sos cili.
Masukkan secukup air dan masak hingga daging empuk lalu masukkan susu,kacau dan biar mendidih sebentar.Masukkan pula beras dan gaul rata.Apabila nasi hampir kering masukkan garam secukup rasa gaul lagi dan masak terus hingga nasi tanak.Tabur 1/2 bahagian daun sup,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng atas nasi dan tutup periuk.

Ketika menghidang,tabur lagi dengan lebihan daun sup daun bawang dan bawang goreng.


AIR ASAMSumber : ARAH
Bahan2
4 biji Cili >terpulang nak pedas tambahkan kuantiti cili
1 biji Lada Merah Besar
1 ulas Bawang Putih
1 inci Belacan yg di bakar
1 sb sos tomato
1 sb sos cili
1 sb sos ikan
60 ml air asam jawa>>kalau nak cair boleh tmbhkan air

1 sk gula >> terpulang nak manis mcm mana
secubit garam

**Kesemua bahan di atas di blend hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak mcm mana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali. Kemudian masukkan bhn2 hirisan td, dan siap utk di hidang bersama nasi daging :-)

Bahan Hiris
Sedikit hirisan bwg merah
Sedikit tomato di hiris dadu
Daun ketumbar di hiris halus
1 biji cili di hiris bulat

DAGING PANGGANG
Resepi Asal : ARAH
Bahan2
Beberapa hiris daging lembu>>yg ni kalau boleh gunakan tenderloin
Lada Hitam yg dah ditumbuk sedikit
Ketumbar dan Jintan Halus yg di sangan dan tumbuk, sedikit

Kicap Cair sedikit
**bhn2 di atas bergantung dgn jumlah berapa byk hirisan daging, agak2 ya :D

Cara2
Gaul kesemua bhn2 di atas td dgn daging, perap sekejap dlm 15minit. Kemudian boleh lah dibakar di atas arang atau grill pan sampai masak. Boleh dimakan dgn air asam tadi. Selamat mencuba!


/fuzidss

Tuesday, March 6, 2012

Kari Udang Mamak



Hari ini 2 meeting with vendor. Assignment to appoint the firm t handle the debtor. Satu tu not so keen but kesihan pun ada kerana bumi. But I just share a certain knowledge that i know at least dapat berkongsi ilmu.

Yang satu lagi over la pulak. Instead of to show the service this seem like salesman promoting the system not the service. I just let him talk jee and not raise any question.

Sumber : Kak Nor yang manis tu
Bahan-bahan
1 kilo udang - kalo udang galah, lagi terbaekk punya
2 biji limau nipis - ambil jusnya
1 biji bawang besar - cincang
1 biji bawang putih - cincang
1 cm halia muda - tumbuk
1 batang serai - di ketuk
1/2 cawan air/stok ikan
1 susu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar serbuk kari ikan - k.nor letak 2 sb
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 senduk gulai cili kisar ~ k.nor letak 3 sb
2 tangkai daun kari
4 helai daun pandan
Garam, gula serbuk lada sulah

Cara-cara
Perapkan udang dgn garam, serbuk lada sulah & jus limau untuk seketika.
Panaskan minyak, goreng udang hingga masak, ketepikan.
Dalam kuali berasingan, tumis bawang besar, daun pandan, daun kari hingga naik bau.
Masukkan bawang putih, halia, serai, serbuk kari & cili kisar, goreng seketika.
Masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam, stok ikan, garam, gula secukup rasa, gaul sebati.
Last, masukkan udang, balik2 kan & tutup api.


/fuzidss

Sunday, March 4, 2012

Sotong Masak Kunyit



Sumber: Kak Nor (yg senyumannya manis tu)


Sotong Masak Kunyit

400g Sotong (saiz sederhana)-Buang kulit dan dakwat sahaja,potong jika suka.
2 Tangkai cili merah* (boleh letak cili api jika suka pedas)
2 Ulas Bawang Merah*
1-2 Ulas Bawang Putih*
1cm Halia*
4 cm Kunyit Hidup*
1/2 sudu kecil Belacan*
1 Batang Serai (dititik)
3-5 Keping Asam Gelugor(bergantung pd citarasa)
1 Sudu garam,secubit gula,secubit perasa(semuanya bergantung pd citarasa masing2)

Sotong dicuci bersih dan toskan airnya. Bahan2 bertanda * ditumbuk lumat.
Panaskan sedikit minyak,tumis bhn dah ditumbuk sehingga naik bau dan agak garing..Masukkan asam gelugor dan serai.Kacau rata..
Kemudian,masukkan sotong dan kacau sehingga sebati..masukkan sedikit air dan semua bahan perasa..
Jangan masak terlalu lama. Padamkan api apabila semua bahan sudah sebati dan cukup rasa..

/fuzidss

Wednesday, July 20, 2011

Udang Cili Ketumbar

Sumber: Dayang Jack & Am Flora..
/fuzidss

Wednesday, June 29, 2011

Sup Labu Air

Hari ini teringin lak tekak ni nak makan sup sayur...pi google la CMG memang tak menghampakan ni laa dia hasilnya

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji petola manis,(ku cuma ada Labu Air ) kupas kulit dan cuci dan hiris sederhana tebal
6 keping cendawan tiram, potong jika saiz besar
1/3 cawan isi udang
1/2 cekak soo hoon, potong pendek dan rendam
Air secukupnya
Garam dan secubit gula
Serbuk lada hitam secukupnya (lupa laa pulak)
1 batang leek. dibersihkan dan kerat2 (daun sup jee letak)
5 biji bawang merah, hiris
4 biji bawang putih, diketuk
Hirisan daun sup untuk hiasan (mat guna kuchai)

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah, leek dan putih hingga harum, masukkan udang dan masak hingga udang berubah warna. Tuang air dan biar mendidih.
Masukkan petola, cendawan dan soo hoon, masak hingga soo hoon lembut. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula @ serbuk perasa. Akhir sekali masukkan serbuk lada hitam, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Makan bersama sambal belacan.... aaaa semputttt

/fuzidss

Monday, November 15, 2010

Tom Yum Campur

Semoga kita menghayati pengorbanan para anbiya, para auliya dan semua perjuang agama Allah ini di sepanjang zaman. Semoga kita dilimpahi Allah semangat perjuangan yang tidak akan luntur atau pudar disebabkan ujian dunia yang menimpa. Kepada Allah segala pujian, semoga dikurniakan kepada kita semua keikhlasan dalam iman dan amal.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, walilahi al-Hamd.

Sumber ; Ika Bankok
/fuzidss

Saturday, November 13, 2010

Thursday, November 11, 2010

Sotong Masak Serai

Sumber : Kak Ayu

Bahan2
300g sotong
3 cili padi-[ditambah sedikit cili giling bagi merah sedikit]..
2 batang serai [sebatang jee yg ada]
200g air asam jawa
4 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
garam, gula & perasa secukupnya
sedikit air

Method:-
Sotong putih dibersihkan. Cili padi, serai, bawang putih dan bawang merah dikisar dan tumiskan. Apabila naik baunya, masukkan sotong dan kacau. Sangat sempoi ok

/fuzidss

Tuesday, November 9, 2010

Kupang Lemak cendawan

hari ni memang banyak sangat hal berlaku kat office.. one after another. Apapun terjadi contract ku hanyalah dari 8.30 till 5.30 not more than that as I have my other comittment. My family is no 1 no other than that. So tugas seperti biasa balik pecut otw, balk tu dok mikir apa lee nak masak weeei laa. fikir2 balik macam pernah terbaca di CMG pasal kupang.. ada stok kupang belum habis lagi apa lagi layan

Sumber: CMG
BAHAN-BAHANNYA :-)
15 biji terung telunjuk, kerat pangkalnya, belah 2 tapi jgn putus dan rendam
10 keping cendawan "black fungus", cuci dan rendam
1 cawan isi kupang, dibersihkan
2 batang serai, dititik
200 ml santan pekat
600 ml santan cair
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
15 - 20 biji cili padi merah, jenis thai
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)

Satukan bahan2 tumbuk halus, serai titik dan santan cair ke dalan periuk. Kacau rata dan jerang hingga mendidih. Masukkan kupang dan cendawan black fungus (toskan dahulu). Masak sekejap.
Tambah terung telunjuk (toskan dahulu), asam gelugor dan tuang santan pekat. Masukkan garam secukup rasa dan sediki gula. Masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu. Bila terung lembut sedikit, matikan api. Boleh hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.


/fuzidss

Wednesday, October 20, 2010

Sambal Sotong Kembang versi Gelap

Kali ni letak kicap pekat, memang kow.
Bahan-bahan
500 gm sotong sotong basah
1 biji bawang besar (dihiris kasar)
6 ulas bawang merah
20 tangkai cili keringS
edikit belacan
Sedikit air asam
Sedikit Kicap
Garam, minyak masak dan gula pasir
Cara membuatnya:Kisar bawang merah, cili kering, kicap dan belacan.Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bahan yang telah dikisar tadi hingga garing.Masukkan bawang besar dan dikacau seketika.Kemudian masukkan air asam jawa. Apabila mendidih, masukkan sotong, garam dan gula pasir. Masak hingga pekat.
/fuzidss