Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa
Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Thursday, June 16, 2016

Pemantauan Media Sosial




Hari ini kakak balik dari Tapah. Bila dimaklumkan pada sigenit ni gembira sesangat . Maka memang mencari idea untuk masak malam ni dan diputuskan untuk masak hanya yang mudah-mudah kerana biar kami habis masa bersama dari menghabiskan masa di dapur.

PENGURUSAN MASA YANG EFEKTIF
Penggunaan masa yang efektif adalah satu perkara yang selalu dibincangkan. Ramai orang menyatakan bahawa masa yang dipunyai mereka tidak mencukupi. Justeru itu selalunya mereka gagal dalam banayak perkara. Sebenarnya ini ini merupakan alasan semata-mata.

Semua dari kita diberi 24 jam sehari semalam, samada manusia itu berjaya atau tidak berjaya. Pengurusan masa yang baik ialah apabila kita dapat mendisiplinkan diri kita dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran. Disiplin yang dimaksudkan di sini adalah kita mesti melakukan jadual harian semasa di bulan amadan

Jadual itu termasuk:
1. Masa membaca bAl Quran
2. Waktu  beriadah
3. Waktu memasak
4. Waktu menyelesaikan kerja rumah
5. Waktu membantu anak-anak belajar
6. Waktu berinteraksi dengan sahabat alam maya dengan melayari media sosial seperti Whatsup dan facebook

senarai diatas perlu ditangani dengan baik kerana jika tidak ia akan mengalpakan kita tanpa kita sedari, salah satunya adalah aplikasi whatsup.Lambakkan group yang kita sertai dan ahli group mencaca marbakan pengisisan pun terdapat ramai dikalangan kita. Lambakan promosi barangan didalam whatsup membebankan data pengguna oleh itu prihatin kepada semua dan sebagai peniaga ambilllah langkah bijak kerana tindakkan anda melambakkan dan mempromsikan barangan boleh membebankan orang lain yang tidak berminat langsung pembelian dalam talian. Ini sebenarnya satu pembaziran masa yang amat ketara dan begitu merugikan. Tetapi ramai antara kita memandang enteng perkara tersebut namun sebagai pengguna aplikasi perlu juga mengambil langkah bijak agar kita dapat menguruskan aplikasi tersebut dengan baik dan dapat memantau terus-terusan media sosial pastinya  anda akan banyak waktu yang terbuang percuma untuk kita gunakan dengan sebaik mungkin.

 Pemantauan  Media Sosial 

1. Tentukan masa untuk melayari media sosial
 contohnya pada sepuluh pagi setelah selesai urusan kerja rumah dan juga dikala waktu  minum pagi di pejabat.

2.Dengan menganalisa media sosial seperti whatssup group yang perlu diutamakan
Ramadan ini ada baiknya kita "mute"kan group yang  banyak  gelak tawanya senda guraunya. Kita perlu gunakan masa yang terhad ini dengan lebih berkesan.

3. Pastkan segala informasi itu sahih
Sekiranya ingin berkongsi maklumat, sila pastikan ianya sahih dan terkini dan bukan cerita lama yang diulang tayang. 

4. Menegur dengan baik ahli kumpulan agar lebih fokus  dengan tujuan group tersebut ditubuhkan.
Ada baiknya ada antara kita seeoloknya admin group, dapat menegur dikalangan ahli group agar menjaga keharmonian ahli group yang lain dan berpada-pada dengan promosi produk

Semoga langkah diatas dapat digunakan sebaik yang mungkin dan kita dapat memudahkan lagi urusan kita dan agar kita sentiasa berusaha untuk menjadi lebih dari masa ke semasa. ( antara pesanan ketua muslimat al mawaddah.)


Resepi  Sup Ayam Thai yang perlu dicuba.
Alhamudillah memang lain dari yang lain. Sup letak serai memang sedap dengan haruman perahn limau nipis

Antara bahan-bahanya
Bhn2:
1/2 ekor ayam - dipotong 12
6 biji cili api - diketuk
3 batang serai - dititik
2" halia - diketuk kasar
1" lengkuas - diketuk kasar
6 ulas bawang putih - diketuk
garam secukup rasa
3 kuntum buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
8 ulas bawang merah - dihiris nipis
1" halia dan 3 ulas bawang putih dijadikan pes
3 biji tomato - dipotong dadu
1 pokok daun ketumbar & akarnya sekali - dihiris kasar(xde stok)
1 biji bawang holland - dihiris

Cara-cara Membuatnya :~
- di dalam sebuah periuk, masukkan air secukupnya
- rebuskan ayam bersama hirisan halia dan lengkuas
- tumiskan bawang putih yang ditumbuk bersama bawang merah belah dadu
- dan masukkan buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis sampai naik bau dan masukkan ke dalam rebusan tadi berserta dengan minyak gorengan sekali
- tumis bawang merah hiris, pes bawang putih + halia, sehingga naik bau dan layu kekuningan
- kemudian masukkan ke dalam sup dan kacau sebati
- masukkan tomato yang dipotong dadu, daun ketumbar dan akarnya yang dihiris dan renehkan seketika sehingga tomato agak hancur
- siap dimasak dan sedia untuk dihidangkan bersama-sama roti atau nasi putih
- perah limau nipis sebelum menikmatinya
- sediakan juga cili kicap



Tuesday, May 12, 2015

Slow Cooker Lemon Garlic Chicken





bahan-bahannya

Original recipe makes 6 servings Change Servings
 1 teaspoon dried oregano

1/2 teaspoon salt

1/4 teaspoon ground black pepper

2 pounds skinless, chicken breast halves

2 tablespoons butter (tukarkan pada minyak zaiton)

1/4 cup water

3 tablespoons fresh lemon juice

2 cloves garlic, minced

1 teaspoon chicken bouillon granules

1 teaspoon chopped fresh parsley(x de tukarkan dgn daun ketumbar)

cara-caranya adalah tumbuk semua dan masukkan dalam magic pan dan pastikan api yang perlahan dalam 30 minit. Memang sedap baunya semerbak harum. simple jee. 
Aysh pun suka sangat ni



Thursday, October 30, 2014

Ayam Goreng Ibu Buat anak-anak Bujang

 Masa nak solat tadi tetiba dapat call dari Adam.."Ibu kawan Adam nak makan kat Umah kita boleh tak"? Ok boleh tapi Adam perlu buat sesuatu. Buat apa bu? Tanyanya

Adam goreng ayam dalam freezer yang ibu dah perap pagi tadi. Ayam ibu goreng tu takut tak cukup. Ok bu " Jawabnya moga menjadi lah Ayam Goreng tu dan moga mereka dapat belajar dengan dengan perut yang sudah terisi dan pertajamkan ingatan mereka dalam apa jua yang mereka pelajari. Insya Allah.
 
Yang berbaju Hijau tu Adam, sebelah Adam berbaring tu Zikri dan yang duduk tu Hafiz. Kawan rapat.  Zikri tu berguru dengan Adam dalam iqraq. Moga lancar bacaannya.
Ya Allah engkau eratkan hubungan mereka hingga ke jannah. Aamiin.


Tuesday, October 8, 2013

Ayam sesame




Resepi: DAri Resepi Bundo -(Reduce it to suit your own portion)5 ketul dada ayam dipotong nipis memanjang5 biji bawang merah dihiris3 ulas bawang putih dicincang halus1 inci halia dipotong julien2 sudu besar bijan di sangrai kekuningan5 biji cili api dipotong serong1 sudu besar minyak bijan1 sudu besar sos tiram1 sudu besar sos hoisin1 sudu besar kicap hitam1 atau 2 sudu besar jus lemonsedikit daun bawang dan daun ketumbar dipotong pendekPanaskan sedikit minyak jagung. Tumis bawang putih, merah dan halia sehingga naik bau.Masukkan ayam. Gaul sekejap sehingga bertukar warna.Masukkan segala sos dan minyak bijan.Gaul (ayam mengambil masa yang singkat untuk masak. Jangan overcook).Masukkan cili api dan jus lemon.Masukkan separuh potongan daun bawang dan ketumbar. Gaul dan padamkan api.Letak di dalam piring dan taburkan dengan bijan dan lebihan daun bawang serta ketumbar.

Monday, May 27, 2013

Organic Chicken Rise.






Hari yang agak tenang di pejabat, maka kita makan yang tenang-tenang sahaja... ini dia organic Chicken Rise... Santai kita yok

Sunday, December 23, 2012

Lemak Terung Telunjuk


hari ni projek mengemas rumah ... dari atas kebawah... Tapi masih sempat lagi berjogging  dipadang. Selepas subuh. Kelihatan di tasek, penuh sampah ekoran dari hujan lebat di sana



sumber : cmg
/fuzidss

Friday, December 14, 2012

Sunday, November 25, 2012

Ayam Berempah Pandan


Ayam pandan berempah ni inspirasi pak cik yang jual di tepi tasik Sek &, seketul RM5.00 so apa lagi dari segi rasa nya ku boleh agak apa yang dimasukkan oleh pakcik itu

Alhamdulillah jadi, Amaar suka sekali dia makan 3 peha ayam... terkejut sekejap.

bahan-bahannya

ayam 1/2 kilo
Bawang besar 2 biji *
Bawang putih 10 ulas*
Halia 2 inci *
Serai 3 batang*
Lengkuas 2 inci*
Lada sulah*
Lada putih*
Ketumbar *
2 jintan kembar itu *
lada hitam *
kunyit 1 inchi *
sedikit garam
* semua bahan ini diblendkan semua dan
perapkan dengan Ayam selamaa 2 jam (semalaman lagi baik)
Daun Pandan 5 helai
Daun Kari 5 tangkai
diperapkan sekali semuanya

campurkan satu sudu tempung ubi dan satu sudu tepung beras kemudian boleh goregkan ya

Selamat menjamu selera




/fuzidss

Thursday, November 1, 2012

Saturday, October 13, 2012

AYAM UNGKEP.. warisan bonda



ramuan

ayam.. yang tulang dan kepak lagi bagus
serai 2 batang
bawang merah *
bawang putih*
halia *
kunyit *
cili api *
semua bahan yg bertanda * tu dikisar semua

cara-caranya
tumis bahang yg dikisar dan biar naik minyak setelah masukkan ayam dan serai kendian ungkepkan ( maksudnya tekupkan dengan tudung periuk ya) kemudian tunggu la then dah naik bau baulah diangkat.. memang mudah dan sedap

hari ni memang banyak agenda diminda cuma tercapai atau tidak dapat dijangka kerana berserah cuma yang penting aturkan dan kita laksana kan seperti yang kita rangka.  Ada soalan dari Amir hari ini

"Ibu, kenapa ibu tak marah Amaar sebabkan dia bakar plastik tangan ibu jadi berlubang" nak marah buat apa sayang, adik tak pandai lagi. Dia ingat nak cuba buat kek jadi maknanya dia nak belajar kan biarlah. Tapi tiap kali ibu tunjukkan tangan ibu pada Amaar pasti di akan cakap " sorry ibu" ... kalau ibu marah Amaar pasti dia tak akan cakap sorry tu kan

/fuzidss

Wednesday, September 12, 2012

Lemon Chicken with Sos


gambar dibawah diambil ketika rombongan keluarga Saidon datang berziarah


Sumber Dari Hanamemory

Bahan-bahan
  • 10 strips boneless chicken fillet/breast (dipotong 1")
  • Bahan Marinade:
  • 3 sudu besar kicap cair- hana guna syouyu
  • 1 sudu kecil garam
  • Bahan Batter:
  • 1 biji telur (saiz besar)
  • 1/4 cup tepung jagung
  • 1 sudu kecil lada putih
  • Bahan Sos:
  • 1/3 cup gula- ltk 2 sudu campur madu sket
  • 1 cup stok ayam (pakai kiub Knorr je)- x ltk
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 biji lemon (diambil jusnya sahaja)- hana buh sebijik!
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak- hana gune butter
  • Pewarna kuning (optional)
Cara-cara
  1. Mula-mula, marinade ayam yang telah dipotong tadi dengan kicap cair dan garam. Kalau boleh biarkan selama 30 minit, tapi kalau nak cepat 10 minit pun jadi la.
  2. Untuk buat bahan batter, pukul 1 biji telur tadi dan campurkan tepung jagung dan lada putih, dan celupkan ayam kedalam adunan sebelum menggoreng. Tapi untuk ayam lebih crispy, saya selalu celup dalam telur dulu baru celup dengan tepung(dry) supaya ayam lagi crispy bila digoreng. Deep fry ayam selama beberapa minit sehingga golden brown. Toskan ayam dan biarkan.
  3. Untuk membuat sos campurkan semua bahan sos kecuali minyak dalam mangkuk kecil dan kacau sehingga sebati. Jika menggunakan pewarna boleh diletakkan sekarang
  4. Panaskan 2 sudu minyak masak dan masukkan semua bahan sos yang telah dicampur tadi. Kacau sos hingga sebati dan warnanya clear (tidak keruh) *kalau tak cukup rasa masam, boleh tambah lagi jus lemon
  5. Setelah sos siap, boleh la digaul bersama ayam yang telah digoreng tadi dan dihias bersama sedikit hirisan lemon dan daun bawang.

/fuzidss

Sunday, March 4, 2012

Wednesday, February 29, 2012

Ayam Kukus Kicap Berempah



alhamdulillah hari berlaku lah perubahan dalam hidup ini kerana perubahan struktur dalam jabatan. Mulai esok ku punyai assistant telah diumumukan oleh ketua jabatan HR. Alhamdulillah kami sangat mengalu-alukan kehadirannya ke jabatan kami.

Kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Pegang kata-kata itu. Impilikasinya, untuk kita bahagia, carilah orang yang paling hampir dengan kita dan bahagiakanlah mereka. Hanya setelah itu, barulah kita akan merasa bahagia. Dan INGAT...bahagia itu bukan dinilai kenaikan pangkat atau wang yg banyak namun kebahagian boleh datang pabila kita menghargai sesama manusia.. JANGAN perlekehkan kerja insan lain.

Tuhan tidak mencipta manusia bodoh setiap orang unik dan punyai kebijaksanaan yang berbeza. Hidup ini akan sempurna pabila kita melengkapkan hidup orang lain

/fuzidss

Thursday, February 2, 2012

Ayam Kalio.




Ayam ni cerewet sikit sebab banyak bahan nak guna, end up anak-anak bujang tak suka kerana ada nenas. Puas lah ibu pi cari nenas.

Monday, January 30, 2012

AYAM HARUM THAI



SUMBER ; CMG
Balik kuliah Tafaquh, kulihat sikakak terbongkok-bongkok mengemop lantai...fuhh lega rasanya. Tersenyum dan langkah kaki terus kedapur.Tiba-tiba "ibu, Alif nak masak fish Ball" kata Alif..dalam benakku, haa lapar laa tu. Ok Jawabku ringkas.. kami melangkah kaki bersama-sama kubiarkan sahaja Alif mengambil kuali dan meletakkan minyak. Mata tak lepas pandang, dinyalakan api dan seterusnya masak tapi bila masa mengangkat, he turn to me..ibu tolong angkat.... ok jawabku. Setelah dibawanya semangkuk fish ball kedepan.

apa lagi, semuanya ku keluarkan dalam freezer. Ayam laa yang paling mudah bagiku...ku selak-selak resepi dan terlihat Resepi ini dari CMG... apa lagi. Tiba-tiba si bujang Adam turun, ibu masak apa? Ok tolong ibu kupaskan labu ni, meh sini ibu tunjukkan. dan buat pertama kali adam membantu masak. Dah tu lapar kan ha ha. Ini menjadikan aku puas tanpa pembantu walaupun diri penat. Tetapi gelagat anak-anak membuatku hilang kepenatan dan kemesraan bertambah erat. lebih-lebih lagi bab solat itu dititik berat. Dulu selalu bergantung pada pembantu namun sekarang semuanya datang kami... itu yang sepatutnya
/fuzidss

Monday, September 19, 2011

Wednesday, September 14, 2011

Hidangan Tersedia...

Hidangan tersedia buat anak gadis dengan gangnya seramai lebih kurang 30 orang. ..Dalam sibuk-sibuk menyiapkan menu ni permintaan si dara..tetiba phone berdering...dan ku jawab " hello" dan ku dengar " ibuuu cepat ambik Amir kat sekolah, Amir dah tak sambar lagi ni nak makan nasi Carrot ibu...suara dari Tadika Dzul Iman...... hummmm ? Ku jawab laa tunggu bas sekolah datang...Alaa Amir lapar nii... hai ..terpaksa la jugak pi kecik tu mujurlah Si Amaar tidur.

Nasi Karrot
Dalca Ayam
Pengat Labu
Tembikai Masak Ranum
Ayam Merah Madu
Kerabu Tomato
/fuzidss

Sunday, July 24, 2011

Friday, July 8, 2011

Ayam Serai Pedas.....menanti kepulanganmu

Ni dia buat bonda & ayahanda tercinta yang akan pulang pada hari ini pada jam 2 petang ini.... Ayam Serai Pedas, Kerabu Tomato dan Puding Cheese.

Sumber : Kak Nor..
/fuzidss

Wednesday, July 6, 2011

Nasi Serai vs Ayam Serai ...khas Buat Amaar


Send an email to my boss yang dok MC, to seek his approval to go back early malangnya he was not reply at all. Tak pa laa di dunia ni dia ada kuasa untuk segalanya tapi Allah maha berkuasa. Walaupun balik 5.30 Allah percukupkan segalanya. Panggang Ayam, Masak Nasi Serai dan Masak puding ...pengajaran bagiku tak yah nak mintak redha manusia tapi mohon pada ALLAH... Ingat wujudnya hidup kita memudah kan orang lain dan ALLAH akan permudahkan jalan hidup kita InsyaAllah. So hari ni memang plan dari office dah . apa lagi 5.30 berdesup lee pi cari bahan..thank u Kak Nor, Kak Ros & Ika...jasa pasti Allah balas

NASI SERAI

resipi : K.Nor@SecubitGaram

2 cawan beras ~ k.nor guna beras siam
1/2 labu bawang holland ~ didadu kecil
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
2 helai daun pandan
1 btg kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
5 btg serai ~ dititik/ketuk
1/2 kiub pati ayam
garam
air secukupnya
2 sudu besar minyak sapi ~ k.nor guna windmill

Panaskan minyak sapi dan masukkan bawang besar dan daun pandan.
Goreng hingga bawang layu dan wangi, masukkan bawang putih, kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang.
Masukkan serai.
Goreng lg hingga wangi dan masukkan beras.
Kacau2 sekejap dan masukkan air secukupnya.
Masukkan kiub pati ayam dan garam.
Kacau sedikit hingga semua sebati dan masak lah sehingga nasi masak.


* utk dptkan nasi yg lembut dan gebu, rendam kejap beras yg dah dibasuh bersih lebih kurang 10 - 15 min dan toskan.

AYAM PANGGANG SERAI
sumber : Kak Ros & Hana

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam (kak rose guna 2 kpg whole leg)

*1/2 labu bawang putih
*2 inci halia
*1-2 batang serai
1 sudu makan lada hitam - tumbuk kasar
2 sudu besar kicap manis
1-2 sudu makan madu
garam sedikit
lemon
butter - potong kecil @ minyak zaitun

kentang, carrot, bawang besar - potong empat (kak rose x letak)

Cara-cara

Blend bahan bertanda * dengan sedikit sahaja air asal berpusing.
Campurkan bahan blend dengan kicap, lada hitam, madu, sedikit garam dan juga perahan lemon sedikit. Gaul.
Lumurkan pada ayam dan baki rempah lumur pada carrot, kentang dan juga bawang. Masukkan dalam mangkuk tahan panas. Perap sekurang2nya 2-3jam atau semalaman.
Panaskan oven. Selitkan potongan butter di celah2 ayam. dan bakar suhu 180 selama 1jam atau sehingga ayam masak. Setiap 15-20min jirus2kan air ayam ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering dan juicy








Amaar tidak sabar menjamu tak kala kami solat maghrib


Ini semua Amaar punya



/fuzidss