Mujahadah

Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa
Showing posts with label Surau Mawaddah. Show all posts
Showing posts with label Surau Mawaddah. Show all posts

Saturday, February 9, 2019

Usrah Mengikat Silaturrahim

Usrah berterusan hendaknya..

Pada 06.02.2019 merupakan pertemuan pertama kami di tahun 2019 dalam memahami ilmu dalam  kumpulan usrah kecil ini. Antara lain naqibah kami puan Yati,  mengulas  akan ayat Al Kahfi yang menegaskan berhubung 4 perkara yang perlu dijaga iaitu Ujian a) Iman, b) Harta, c) Ujian Ilmu dan d) Ujian Harta. Solusinya adalah untuk kita merendahkan diri, ingat akhirat, sedar akan dunia ini hanya sementara dan mencari sahabat yang baik yang senitisa mengingatkan kita kepada jalan kebaikan. Dan yang pastikanya rezeki Allah itu telah ditetapkankan kepada semua makhlukhnya tidak perlu lah untuk menakhluki harta orang lain yang pastikan tidak akan barakah.

Disamping itu juga beliau menerangakan akan 7 sunnah 

PESAN INDAH* dari *Ust. Arifin Ilham*: Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

● 1  Tahajjud kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

● 2  Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

● 3  Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yg memanggil orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

● 4    Jaga Solat Dhuha kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha

● 5  Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yg suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yg bersedekah setiap hari.

● 6  Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yg berwudhu.
Khalifah Ali bin Abi Thalib berkata, “Orang yg selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, "ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah”.

● 7  Amalkan istighfar setiap saat.
Dengan istighfar masalah yg terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Thursday, December 8, 2016

Cinta Yang Ditinggalkan Kekal Berdampingan

Assalamualaikum buat peminat yang setia membaca. 

Suasana rumah memang agak sunyi sejak kepergian Allahyarhamhu cinta hati saya.  Bagi saya cinta yang ditinggalkan kekal berdampingan. Terbayang-bayang wajah beliau di pintu masuk. Saya yakin pasti ramai yang tidak tega untuk menghadapi ujian kehilangan orang tersayang yang perginya tanpa pesan. Namun kaki harus melangkah. Pada anak-anak dihamparkan rindu yang tiada akan kesudahannya. Cinta dari lelaki teragung dalam berkasih di dunia dan di syurga. Moga kasih  kami ditemukan di sana nanti Insyaallah

Alhamdulillah Allah hadirkan Allahyarhamhu membimbing saya ke Jannah tanpa pernah berhenti beliau sering meminta saya mencari ilmu. Kuliyah yang disediakan di Surau Al Mawaddah semua yang ditawarkan akan saya sertai kerana itulah kesukaannya melihat kekasih hatinya menimba ilmu. Seperti selalu pada malam sebelum pemergian, beliau talifon dari pejabat katanya lewat sikit pulang tapi dia akan pastikan balik sebelum isyak. Terngiang-ngiang kedengaran suaranya memperingatkan untuk pergi ke kuliyah. 

Dalam jangka masa 3 minggu ini kami iaitu saya dan Anis turun naik ke marata bank  untuk usahakan penutupan akaun bank. Perlbagai nasihat diterima dari sahabat-sahabat, namun satu saja tujuan saya, adalah untuk memastikan nama kekasih hati saya bersih dan tiada berhutang dengan mana-mana pihak. Biar kekasih hati saya bersih di sana. Alhamdulillah minggu pertama telah pergi ke Citibank untuk memaklumkan pihak pengurusan akan kredit kad beliau dan juga" loan" rumah beliau. 

Minggu kedua telah pergi usahakan melangsaikan kereta Toyota Wish beliau dan alhamdulillah selesai perolehi Geran Kereta dan kedua status kereta passat masih perlu diteruskan untuk membayar kerana kereta tersebut masih baru status loannya di Maybank Islamic Finance. Ada yang menasihati agar membiarkan bank tarik sahaja. Tidak sekali-kali terlintas untuk berbuat begitu kerana itulah harta kesayangan beliau yang lama diidam-idamkan oleh beliau. Apa yang perlu dibuat adalah mendapatkan surat kuasa untuk proses pertukaran nama.

Agak berat kaki ini melangkah kerana terbayang-bayang kelibat beliau didepan sambil mendukung Aysh, namun saya gagahkan juga namun segagah manapun pabila berdepan dengan pegawai bank melihat air muka mereka apabila membaca sijil mati  beliau, menjadikan air mata ini jatuh berlinang juga akhirnya. Namun percayalah bahawa selagi nyawa dikandung badan akan saya jaga amanah dan harta yg ditinggalkan. Buat masa ni kami telah jelajahi ke setiap bank untuk  semua akaun bank beliau. Hanya 2 bank yang membenarkan proses perpindahan wang ke akaun saya sebagai pentadbir iaitu, Bank MBB dan Muamalat yang hanya dapat dikeluarkan memandangkan jumlahnya kurang dari 3 ribu kebawah.

👇senarai bank yang memeerlukan Surat kuasa.
1. ASB
2. Tabung haji
3. Bank Rakyat
4. CIMB
5. Hong Leong insurance
6. Unit Trust Public Mutual.

Alhamdulillah senarai form faraid telah disempurnakan dan akan di filekan beserta dengan dokumen yang diperlukan. Langkah seterusnya mengisi borang A seksyen 8 untuk diserahkan kepada pengarah tanah dan galian bahagian harta pusaka. Ini perlukan masa sedikit kerana perlu kumpulkan segala aset Allahyarhamhu. 

Minggu ini mungkin cuba usahakan untuk menyelesaikan cukai tanah kerana perlu  buat carian/caveat search keatas rumah aset beliau yang ada. Memang nampak dasarnya sangat mudah mengisi borang tapi usaha untuk mendapatkan status aset beliau beliau bukan satu kerja mudah namun Inilah yang dimaksudkan Cinta yg ditinggalkan kekal berdampingan. Cinta dari lelaki teragung kekasih di dunia dan di syurga. Insyaallah

sepenat manapun beliau, tetap Quran menjadi amalannya

bersama kesayangan beliau yang sering menemani

Tidak pernah berhenti untuk mengingati

jelas kelihatan beliau keletihan

Masih terbayang senyuman...

tetap tidak dapat dilupakan setiap sentuhan

Tabah berjalan, sembunyikan harapan

Hadirnya menunjuk jalan ke Syurga

Minggu kedua sebelumnya ustaz Firdaus datang berziarah dengan isteri beliau dan memberi penerangan tentang  wanita dalam iddah. Memang terkesan dengan penerangan ustaz menerangkan bagaimana kisah ummu salamah. Dan memang tiada siapa yang mahu di uji dengan kehilangan kerana kesannya sangat mendalam. Kehilangan ini adalah perancangan yang tidak pernah kita tahu dan dalam keadaan kita belum bersedia. Ustaz menerangkan konsep innalillah itu sendiri.

Cuba nikmati musibah itu kerana Allah susunkan musibah itu kerana kita sedang menjalani takdir Allah yang telah lama disusun. Kita usahakan mendulang pahala dalam musibah. Ustaz titipkan ringkasan tentang
a) Doa yang dari Rasulullah kepada Ummu salamah
b) ingat musibah yang menimpa, Allah meninggalkan kita jauh lebih baik untuk kita jalani hari-hari mendatang.
c) isteri  yang ditinggalkan  kita perlu menjaga apa-apa yang dikehendaki juga maruah keluarga yang perlu dijaga. Inilah adalah satu bakti  buat suami
d) menjaga syarat-syarat kita berpantang kerana suami beradi di hukum barzakh kita perlu mematuhi apa diredhai syarak.

dan juga sebutan Allahyarhamhu (buat lelaki) eloklah digantikan dari perkataan arwah kerana pekataan Allahyarhamhu merupakan satu doa buat simati

Wednesday, November 9, 2016

Ada Masa Untuk Al Quran itu REZEKI

Memandangkan minggu lepas agak sibuk dengan Amir maka kelas Talaqi  2 November 2016 tak dapat menghadirkan diri. Mujur Ustaz telah menitipkan nota melalui whatsup buat anak muridnya yang tak hadir agar tidak ketinggalan.

*Kelas Talaqqi*
Masa : Rabu malam
Tarikh : 9/11/2016

Tajuk : *Fawatih Suwar*😎

Fawatih ( فواتح ) bermaksud pembuka, dan (السور) bermaksud surah-surah. Gabungan 2 perkataan ini bermaksud  pembukaan surah-surah.😁

Ia juga dikenali dengan sebutan huruf Muqatta’at  ( مقطعات ) yang bererti huruf terpotong @ terpisah kerana disebut satu-satu hurufnya semasa membaca.😁

*Hukum bacaan pada huruf pada pembukaan surah*🤓

Huruf pada *pembukaan surah* terbahagi kepada 2 hukum, iaitu :✌
1. Mad Lazim Harfi Muthaqqal

2. Mad Asli Harfi

Terdapat 14 huruf pada *pembukaan surah* yang terdapat dalam 29 Surah di dalam Al-Qur’an.

صح طريقك مع السنه
(Sohtorikoka maassunnah)
Maksudnya " perbaiki jalan kamu mengikut sunnah
"

Daripada 14 huruf di atas dibahagi kepada 4 bahagian iaitu :🕵

1. Bacaan 6 harakat
2. Bacaan 2 harakat
3. Tiada harakat
4. Bacaan 4 atau 6 harakat

👉1. Huruf yang dibaca 6 harakat terdapat 7 huruf iaitu:

س ن ق ص ل ك م  (سنقص لكم)
(Sanakussilakum)

Maksudnya : " kami akan cerita kepada kamu semua"

😚Pada 7 huruf di atas diletak tanda mad untuk menunjukkan bacaan *6 harakat* dan hukumnya adalah *mad lazim harfi muthaqqal*👌

👉2. Huruf yang dibaca dengan 2 harakat terdapat 5 huruf iaitu :
ح ي ط ه ر (حي طهر)
(Khouyun Thohir)
Maksudnya : " jom bersuci "

😏Pada 5 huruf tidak diletak tanda mad kerana bacaannya hanya *2 harakat*😑

👉3. Huruf tiada harakat iaitu huruf  (  ا  )

👉4. Huruf yang dibaca 4 atau 6 harakat iaitu huruf  ( ع  ) pada 2 surah iaitu :
-surah maryam
-surah syura

Sekian terima kasih 👳‍♀

Kelas 2 November 2016

*Nota kelas talaqqi*✌

*Cara untuk berhenti pada suatu kalimah ada 3 cara🤔 :*

a. Sukun mahd ( matikan dgn huruf akhir )😑
b. Isymam ( muncungkan bibir )👳
c. Raum ( bunyikan sedikit baris hujung dengan kadar 2/3 harakat)😚

A. Sukun Mahd
- kesemua kalimah samada baris *atas / bawah / depan* boleh diwaqaf dengan sukun mahd.🕵

B. Isymam
- kalimah yang berbaris *depan* sahaja yang boleh waqaf dengan Isymam☝

C. Raum
- kalimah yang berbaris *bawah* dan *depan* boleh berhenti dengan raum✌

*Contoh 1 (baris dhommah)*

نستعين
Cara bacaan :

Sukun mahd dengan :
2 harakat
4 harakat
6 harakat

Isymam dengan :
2 harakat
4 harakat
6 harakat

Raum dengan :
2 harakat

*Kesemua adalah 7 wajah* 🤓

*Contoh 2 ( baris kasrah )*

الرحمان
Cara bacaan :

Sukun mahd dengan :
2 harakat
4 harakat
6 harakat

Raum dengan :
2 harakat

*Kesemua adalah 4 wajah*😀

*Contoh 3 ( baris fathah)*

العالمين
Cara bacaan :
Sukun mahd dengan :
2 harakat
4 harakat
6 harakat
*Kesemua adalah  3 wajah sahaja*😎

Sekian terima kasih.

NOTA 22 SEPTEMBER
Nun (NUN WIQAAYAH)  atau nun penyelamat yang ditambah pada bacaan apabila mana-mana kalimah yang berakhir dengan Tanwin (baris dua) bertemu dengan Hamzah Wasol. Nun ini juga disebut nun Pengganti. Nun Wiqayah dibaca dengan baris bawah (kasrah). Dalam al-Qur'an al-Majid (yang telah dihapus oleh JAKIM) nun ini ditulis dengan nyata, Manakala dalam al-Qur’an al-Karim (Rasam ‎Utsmani) nun ini tidak ditulis dengan nyata tetapi dari segi bacaannya ianya ‎hendaklah dibunyikan.‎‎

HUKUM HAMZAH WASAL
1. simaie - bermaksud ada nun mati ditukar kpd tanwin ketika wakaf
2. Pertemuan 2 huruf nun mati yang hidup
3. Lidah orang Arab sukar nak menyebut

8 December 2016

Tajuk : *Surah-surah bermula huruf Muqatho'ah*

✌ Terdapat 29 surah di dalam al-quran yang bermula dengan huruf muqattho'ah. Penggunan huruf-huruf tersebut dalam pembukaan surah-surah Alquran disusun kelompok berikut:

👉 Kelompok sederhana yang terdiri dari *satu huruf*, terdapat dalam 3  surah:

1- Shod
2- Qaf
3- Nun (al-qolam)

ص  ق   ن

👉Kelompok yang terdiri dari *dua huruf*, terdapat dalam 9 surah :

1- Taha
2- Al-Naml
3- Yaasin
4- Ghafir
5- Fussilat
6- zukhruf
7- Al-Dukhan
8- Al-Jathiyah
9- Al-Ahqaf

طه  طس يس  حم

👉Kelompok yang terdiri dari *tiga huruf* terdapat dalam 13 surah :
1- Al-Baqarah
2- Ali Imran
3- Yunus
4- Hud
5- Yusuf
6- Al-Ankabut
7- Al-Rum
8- Luqman
9- Al-Sajdah
10- Ibrahim
11- Al-Hijr
12- Al-Syu’ara
13- Al-Qashash

الم   الر   طسم

👉Kelompok yang terdiri dari *empat huruf* dalam 2 surah:
1- Al-Ra’ad
2-  Al-A’raf

المر  المص

👉Kelompok yang terdiri dari  *lima huruf* dalam 2 surah:
1- Maryam
2- Al-Syura

كهيعص    حم.عسق

🤓Hikmahnya :

Tujuan Allah S.W.T mendatangkan huruf muqattho'ah dalam al-quran adalah untuk mencabar arab jahiliah yang hebat dari sudut ketamadunan ilmu bahasa supaya mendatangkan bait2 syair yang seumpama al-Quran. Namun mereka tak mampu untuk mendatangkan syair setanding al-Quran walaupun hanya dengan satu huruf al-Quran😏.

والله أعلم.

Sekian Terima Kasih.
Disediakan:

Ustaz Abu Naasih Amin👳‍♀

Tuesday, November 1, 2016

Rewang 2016

Banyak Kenangan bersama akhawat, Bersama meraikan majlis walimah bersama. Majlis bermula hari Jumat selepas waktu asar budaya rewang ataupun gotong royong kini semakin dilupakan oleh generasi masa muda.

Sebenarnya perkataan Rewang ini berasalnya dari bahasa jawa yang membawa maksud beramai-ramai membanting tulang bergotong-royong dalam menyediakan persiapan sesuatu majlis. Selalunya majlis yang memerlukan kerja Rewang adalah majlis kahwin, sambut menantu, cukur jambul dan seangkatannya. Rewang ini sebenarnya dekat dengan kita, cuma dari segi panggilan yang berbeza. Mungkin ada yang panggil rewang, ada yang panggil tolong-menolong, ada juga yang panggil gotong-royong, tetapi masih membawa satu makna dan misi yang sama.

Semua persiapan ini harus diselesaikan sebelum majlis bagi memudahkan proses langsungan majlis berjalan lancar. Persediaan rapi untuk bahan masakan, kerana mereka ini juga akan rewang bersama untuk masak lauk-pauk untuk dihidangkan kepada tetamu

Bagi memudahkan majlis rewang tersebut saya dan Miza berpakat untuk menyediakan minuman petang buat ahli rewang yang hadir buat mengisi perut. Alhamdulillah 2 bungkus bee hon tersedia dan di bawa ke surau. Sesampai di Surau kelihatan seorang ukhti mengenakan jubah serba hitam  telah sampai di Surau dan terserempak dengan  bapa pengantin. Beliau dengan penuh percaya menyerahkan sekotak keropok lekor untuk digorengkan dan dengan segera saya kedapur menyediakan alatan untuk menggoreng dengan bantuan cheff al mawaddah.

Berlari menuju ke ukhti berbaju hitam yang dikenali dengan kak Maizon, memohonnya untuk menyediakan air minuman kopi dan teh. Bantuan beliau menyediakan air kopi dan teh sangat dihargai kerana saya terpaksa lari kedapur untuk menyediakan keropok lekor.

Tidak lama kemudian kelihatan sahabat uhtifillah mampir mendekati membawa peralatan buat cokodoq bilisnya. Alhamdulillah cekodoq pun dapat disediakan dan keropok lekor dapat dihidangkan
 Buat pertama kalinya kami menggoreng dalam kuali kawah yang besar di dapur Surau Al Mawaddah terkesima dibuatnya kerana bukan mudah untuk muslimat masuk ke kawasan orang dapur muslimin Al mawaddah..

Esok setelah solat subuh, kelihatan kak Raudah perlukan bantuan dalam mengusahakan bee hoon gorengnya dan kami usahakan untuk membantu dengan segera menyediakan barang keperluan buat sup bee hoon. Alhamdulillah semua urusan selesai 11.00

Sempat juga kami lari ke Dewan Kiambang melihat persiapan terakhir, alhamdulillah sentuhan bapa pengantin dan pengantin membawa kelainan di dalam dewan tersebut. Gabungan warna  yang menarik .
Maka bermulalah kisah kami bertiga di bahagain dapur yang pada mulanya perancangan kami hanya menjaga VVIP namun kelihatannya cukup ramai yang menjaga VVIP dan kami beralih arah kebahagian yang memerlukan bantuan iaitu bahagian dapur yang memang memerlukan kami keluar masuk ke dewan dan khemah dapur. Hujan mengguyur membasahi kami namun tidak pernah sekali membantut semangat kami. Bila tidak cukup barang keperluan seperti mangkok nasi, senduk, sudu dan sebagainya memang kami usahakan mencari solusi yang terbaik bagi memastikan perjalanan berjalan lancar,
Kisah kami berlari-lari anak mencari lauk buat VVIP memang tidak kami lupakan buat selamanya.
Kelihatannya Mr Zauzi saya pun terpaksa beralih arah kerana bahagian runner membawa lauk memang memerlukan bantuan maka bermulalah edisi tugas sebagai runner membawa lauk dan Adam menggalas tugas sebagai mencedok lauk. Pada mulanya sahabatnya hadir membantu namun terpaksa mengundur diri dan tinggallah beliau seorang menjaga 2 periuk lauk iaitu ayam masak merah dan juga gulai daging.

Manakala ibu memastikan setiap bahan-bahan kecil seperti kuih untuk vvip dan segala ulam-ulaman sentiasa cukup tersedia di atas meja memudahkan runner membawanya ke dalam Dewan. Kuih yang ditempah khas buat sahabat rewang namun terpaksa disalurkan ke hidangan VVIP yang terdapat satu bekas kosong yang perlu diisi.
Memang tersentuh perasaan kami bertiga kerana tanpa dirancang kami bertiga dapat membantu dalam urusan dapur ianya mengeratkan lagi hubungan kami bertiga.

Selalunya saya berpeluang merasai pengalaman Rewang seperti ini jika pulang ke Muar Johor.  Namun buat pertaka kalinya di Surau Mawaddah Seksyen 7 meraikan majlis rewawng ini memang pada awalnya bagai tidak percaya namun itulah realitinya penduduk Al Mawaddah yang sepakat dalam menguruskan Majlis. Bagi saya ini adalah  satu permandangan harmoni dari mata saya sendiri. Berharap agar dapat amalan ini dapat diteruskan.

Apabila keadaan agak terkawal kami berdua mengundurkan diri untuk meneruskan perjalanan kami ke Kuantan bagi memenuhi undangan majlis perjumpaan bekas pelajar politeknik Kuantan.