Usrah berterusan hendaknya..
Pada 06.02.2019 merupakan pertemuan pertama kami di tahun 2019 dalam memahami ilmu dalam kumpulan usrah kecil ini. Antara lain naqibah kami puan Yati, mengulas akan ayat Al Kahfi yang menegaskan berhubung 4 perkara yang perlu dijaga iaitu Ujian a) Iman, b) Harta, c) Ujian Ilmu dan d) Ujian Harta. Solusinya adalah untuk kita merendahkan diri, ingat akhirat, sedar akan dunia ini hanya sementara dan mencari sahabat yang baik yang senitisa mengingatkan kita kepada jalan kebaikan. Dan yang pastikanya rezeki Allah itu telah ditetapkankan kepada semua makhlukhnya tidak perlu lah untuk menakhluki harta orang lain yang pastikan tidak akan barakah.
Disamping itu juga beliau menerangakan akan 7 sunnah
PESAN INDAH* dari *Ust. Arifin Ilham*: Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
● 1 Tahajjud kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
● 2 Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
● 3 Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yg memanggil orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
● 4 Jaga Solat Dhuha kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha
● 5 Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yg suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yg bersedekah setiap hari.
● 6 Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yg berwudhu.
Khalifah Ali bin Abi Thalib berkata, “Orang yg selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, "ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah”.
● 7 Amalkan istighfar setiap saat.
Dengan istighfar masalah yg terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
No comments:
Post a Comment