Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa
Showing posts with label Sayur. Show all posts
Showing posts with label Sayur. Show all posts

Monday, March 26, 2012

Toge & Tempe



sangat suka toge ni kalu makan sepinggan ni pun boleh habis tau
/fuzidss

Tuesday, February 28, 2012

Brokoli Masal Lada Hitam



Hari Isnin yang lalu sangat mencabar yg mana ada kes kota kinabalu yang memerlukan aku untuk panjat bangunan menara IJM PJ untuk dapat kan bank draf untuk release perkara yang digantung di Sandakan. Ini kerana our dispatch telah merajuk kebelakangan ini kerana ada segilintir mereka yang memperlekehkan kerja beliau. Persoalan sangat sinis. Belia buat apa. Jangan mudah berbicara dan mempertikai tugas insan lain sebelum mengetahui akar umbinya.Selami dan fahami baru lontarkan kata-kata.



/fuzidss

Sunday, January 29, 2012

LEMAK LABU UDANG



sumber : Chef Wan- buku Sajian Tradisi Bersama Chef Wan

Labu : 300g
Santan: I biji
Daun Kunyit Sehelai
Udang 200g
Garam

ditumbuk Halus
Udang Kering 1 sudu
Bawang Berah 3 Ulas
Bawang Putih 1 Ulas

Masukkan bahan yg tleah ditumbuk halus, labu & masakan santan ke dalam periuk dan didihkan sehingga labu empuk. Masukkan kunyit serta udang dan didihkans selama 3 minit
/fuzidss

Monday, September 19, 2011

Saturday, July 2, 2011

Pucuk Paku Goreng Belacan

Ingatkan nak masak lemak..tup bibik sudah masak lemak ayam


Sumber: CMG
/fuzidss

Friday, July 1, 2011

Kerabu Tomato


RESIPI KERABU TOMATO & IKAN BILIS
Sumber Resipi:
Hanamemories & Noorsha
Bahan-bahan
· 2 biji tomato - buang empulurnya n dihiris
· segenggam ikan bilis goreng (bilis yg dh dikupas)
· 1/2 biji bwg besar - dihiris
· 3-4 biji chili padi (bergantung thp kepedasan) - dihiris
· 1 btg serai - dihiris
· 1 batang bunga kantan (tak de)
· garam
· gula
· jus lemon - optional (tak de)

Cara-cara
1. Hiris tomato dan buang empulurnya. Rendam seketika dalam air sejuk lebih kurang 5 minit.
2. Ikan bilis goreng tumbuk kasar. Kemudian gaulkan semua bhn2. perasakan ngan garam dan gula. Klu nak lebih masam bleh letak jus lemon lebih.
3. Dah siap! bleh la dihidang


/fuzidss

Wednesday, June 29, 2011

Sup Labu Air

Hari ini teringin lak tekak ni nak makan sup sayur...pi google la CMG memang tak menghampakan ni laa dia hasilnya

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji petola manis,(ku cuma ada Labu Air ) kupas kulit dan cuci dan hiris sederhana tebal
6 keping cendawan tiram, potong jika saiz besar
1/3 cawan isi udang
1/2 cekak soo hoon, potong pendek dan rendam
Air secukupnya
Garam dan secubit gula
Serbuk lada hitam secukupnya (lupa laa pulak)
1 batang leek. dibersihkan dan kerat2 (daun sup jee letak)
5 biji bawang merah, hiris
4 biji bawang putih, diketuk
Hirisan daun sup untuk hiasan (mat guna kuchai)

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah, leek dan putih hingga harum, masukkan udang dan masak hingga udang berubah warna. Tuang air dan biar mendidih.
Masukkan petola, cendawan dan soo hoon, masak hingga soo hoon lembut. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula @ serbuk perasa. Akhir sekali masukkan serbuk lada hitam, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Makan bersama sambal belacan.... aaaa semputttt

/fuzidss

Wednesday, December 29, 2010

Sawi Ikan Masin Belanak

Phew sedap gile ..."si Adam, ibu ikan ni tak cantik tapi sedap laa bu... " Ikan ni dari Mak cik tersayang Mak Anjang. Memang best gile. tambah2 nasi makannya lagi2 kalu baru menggorengnya. Bikin jiran2 tak senang duduk he he

Sumber idea dari : Kak Jun

Secekak Sawi dipotong
Ikan masin belanak seokor di belah dua (digoreng dahulu)
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Carrot bagi naik seri he he

tumis bawang dan ikan sekali naik kendian masukle Halia tu dan kendian masukkan carrot dan batang sawi dan last sekali masukkan le sawi tu kome then dah siap. Sedapnya ikan masin belanak weiiii laa
/fuzidss

Buncis Goreng Udang


/fuzidss

Tuesday, November 9, 2010

Sambal Goreng Jawa

ini resepi yang dipelajari dari Mak Muor, haa sekejap dah habis. Memang fav kat umah ni ..Balik surau tengok licin dahhh.
Sumber: Mak Muor lee
/fuzidss

Sunday, November 7, 2010

Wednesday, October 27, 2010

Bendi Rebus


Pagi ni punya laa nak cepat, bayangkanlah boleh tertukar bendi pi taip buncis. Thank you Mas darling. Akak dah betulkan
/fuzidss

Sunday, October 24, 2010

Nasi Tomato Ayam + Ayam Masak Merah Madu & Dalca Ayam

Hari ni cukup penat sampai terpaksa melayan mata kul 11.00 pagi tadi setelah mencuci 2 biji kete setela kuliah subuh. Lepas tu buat sarap then pi Perpustakaan Shah Alam hantor semua my kids kat sana then balik titunnnn.. layan mata.

Sumber Hana & CMG
DALCA
Bahan Utama:-
4 keping dada ayam, potong sederhana besar*
1 camca teh serbuk lada hitam*
1/2 camca teh garam*(*disatukan dan diperap)
2 biji kentang,dipotong dadu
1 batang lobak merah, dipotong baji
1/4 ketul bunga kobis, potong kecil
5 tangaki kacang panjang, dikerat 2 inci panjang
1 cawan kacang dhal, rebus 10 minit.
1 biji tomato, belah 4
2 biji cili merah, dibelah dua setiap biji
2 keping asam gelugor
2 camca besar rempah kari daging
Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
150 ml pati santan (mat guna santan kotak)
800 ml air

Bahan Kisar:-
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 biji cili merah

Bahan Tumis:-
3 ulas bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
2 tangaki daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara membuatnya:-
  1. Dalam periuk, tuang 3/4 cawan minyak masak. Masuk bahan tumis dan tumis hingga harum, kemudian masukkan bahan kisar dan rempah kari daging. Tumis hingga terbit minyak dan naik bau. Masukkan kentang dan lobak merah, gaul rata dan masak 5 minit.
  2. Kemudian masukkan ayam dan gaul rata. Masukkan air dan biar mendidih. Masukkan kiub pati ayam (kalau guna) dan asam gelugor. Kemudian masukkan semua jenis sayur dan kacang dhal, kecuali tomato. Masak hingga mendidih.
  3. Akhir sekali tuang pati santan dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa (jika suka). Bila mendidih, masukkan tomato tadi dan biar masak 2 - 3 minit. Rasa kuahnya dan matikan api. Boleh dihidangkan bersama2 roti jala tadi....
NASI TOMATO
Bahan-bahan
  • 1 kg beras basmathi - cuci dan toskan [Guna berasi biasa je]
  • 300 g ayam/isi ayam - potong kecil
  • 1100 ml air
  • 2 biji tomato buah - dicincang halus
  • 2 sb tomato puri
  • 1 1/4 cawan susu sejat
  • 3/4 cawan minyak sapi/majerin
  • garam secukup rasa
  • BAHAN KISAR:-
  • 3 biji bawang besar
  • 15 ulas bawang putih
  • 1 ibujari halia
  • BAHAN PENUMIS:-
  • 8 kuntum bunga cenkih
  • 8 biji pelaga
  • 3 inc. kulit kayu manis
  • 4 batang serai - dititik
  • 3 helai daun pandan - disimpul
  • BAHAN HIASAN:-
  • daun sup/bawang,bawang goreng,gajus goreng
Cara-cara
  1. Air dan ayam direbus hingga ayam empuk,toskan ayamnya dan ketepikan.*hana rebus ngan halia, btg saderi, garam, kiub ayam skit.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan tumis hingga wangi dan masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga garing.Masukkan pula tomato buah dan tomato puri dan kacau hingga rata.
  3. Masukkan pila air rebusan ayam dan susu cair dan biarkan mendidih lalu masukka beras dan masak hingga hampir kering.Masukkan ayam tadi dan garam secukup rasa dan kacau hingga sebati.Tutup periuk dan kecilkan api dan masak hingga nasi tomato ayam tanak.
  4. Matikan api.Taburhan dgn 1/2 bahagian bahan hiasan dan serihkan nasi perlahan2.
  5. Taburkan lebihan bahan hiasan di atas nasi ketika menghidang...
AYAM MASAK MERAH
Bahan-bahan
  • 4 ketul ayam (yg dipotong sederhana)
  • garam dan kunyit ( utk goreng ayam )
  • 10 btg cili kering
  • 3 sudu tomato puri
  • 2 sudu sos tomato
  • 2 sudu sos chili
  • 6 biji bwg merah
  • 3 biji bwg putih
  • 1 btg serai diketuk
  • 1 inci halia diketuk
  • sesudu air asam jawa
  • 1 biji bwg besar ( dihiris bulat )
  • bahan tumis ( kayu manis dan adik beradiknya )
  • garam
  • gula

Cara-cara

  1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit dan goreng sehingga masak.
  2. Blend cili kering,bwg merah dan putih dan tumis sehingga cili masak. Masukkan skali bhn2 tumis.
  3. Masukkan tomato puri, sos tomato,sos chili, serai,halia,air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
  4. Last skali masukkan ayam yg telah digoreng dan bawang yg telah dihiris bulat2. Tutup api... Hiaskan ngan timun,salad,tomato,kacang pes...(ikut suka)...
/fuzidss

Wednesday, October 20, 2010

Kobis Goreng ala Jawa

Nak kata sambal goreng, tak cukup bahan so namanya ala-ala gitu. Adam paling suka ni. Katanya fresh laa bu
/fuzidss

Tuesday, October 19, 2010

Kangkung & Udang



Makan panas2 memang syokkkkk sangat, sampai lupa kandaku yang masih kat office itewww


/fuzidss

Saturday, October 16, 2010

Monday, September 6, 2010

Sunday, August 1, 2010

Sambal Goreng Tempe

Sambal ni memang best..my fav sesangat. Sambal ni ku recycle dari sambal nasi lemah yang berlebihan. Ada kacang, ada bilis so kat umah ada tempe so TING" dimindaku untuk ku buat sambal ni.. jangan membazirrrrr

Tuesday, July 13, 2010

Sayur Pucuk


Ini dia salah satu sayur kegemaran...sempoi

Thursday, May 27, 2010

Sawi Goreng Ikan Masin Jenahak

Ini memang hasil my creativity as I got this from my neibor Embun then sure fresh. Memang tak menghampakan memang sedap sangat. Thanks Embun