Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa
Showing posts with label Kerabu. Show all posts
Showing posts with label Kerabu. Show all posts

Wednesday, June 15, 2016

Sedekah tingkat keberkatan Rezeki





Ketahuilah bahawa Allah SWT melipatgandakan pahala orang yang bersedekah. Ini dijelaskan menerusi firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak. (al-Hadid: 18)

Seharusnya ini menjadi pemangkin kepada umat Islam untuk bersedekah terutama kepada golongan yang kurang bernasib baik. Sedekah itu pula bukan mesti banyak, sedikit pun mencukupi kerana yang penting adalah ikhlas. Ingatlah ganjaran yang disebutkan oleh Nabi SAW yang bermaksud: “Barang siapa memberi makan kepada orang yang berpuasa maka baginya seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikitpun dari pahalanya”. (Riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi).

 Oleh itu, marilah kita mengambil kesempatan Ramadan kali ini menyediakan juadah berbuka puasa kepada jiran atau pun saudara seagama. Alhamdulillah tahun diberi peluang untuk mengirim sepiring dua kepada jiran terdekat untuk turut juga merasa. Jiran terdekat kak Mala menyukainya resepi  kerabu bilis, dengan kombinasi yang agak mudah membuatkan beliau mahu mencubanya.

Buka ruang lingkup kita untuk memahami maksud sedeqah itu sendiri. Sedekah memberi keberkatan pada harta. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Harta tidak akan berkurang dengan sedekah...” (Riwayat Muslim) Jika tidak mampu menyumbang harta, setidak-tidaknya berusahalah menyumbang tenaga dan fikiran dengan mengajak orang sekeliling melakukan kebaikan. Bahkan mengeratkan hubungan sesama jiran. Mungkin ada yang terfikir dalam ramadan kita banyak menghabiskan masa didapur namun perancangan yang bijak teratur menjadikan kita jauh kedepan bukan sahaja masa beramal kita  tidak terhad diruang solat di masjid sahaja malah dimana sahaja dengan memasang niat yang jelas, maka  ayuh kita buka minda kita bahawa masa beramal terbuka luas di mana-mana,  kita boleh dijadikan ceruk dapur kita dengan alunan zikir kita setiap kali kita menanak nasi, membalik ikan dan menyedokkan kuah dan banyak lagi. Berikut antara doa-doa yang boleh diamalkan

Doa masuk dapur

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. [18:10]

Doa Buka Periuk

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ

Ya Allah berkatilah kami daripadanya dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya (At-Tarmizi 5/506. Sahih At-Tarmizi 3/158.)

p/s : sunnahnya buka tudung periuk hanya separuh sahaja, insyaALLAH ada keberkatan.


Namun memang kami begitu rindu untuk berbuka bersama jemaah namun kami sekeluarga memberi ruang pada mereka yang memerlukan berbuka di Surau memandangkan surau agak terhad ruangnya. Bersolat didalam khemah walaupun pada zahirnya kelihatan gah namun khemah yang padat menjadikan kurang selesa buat mereka untuk berbuka dan menunaikan ibadah. Moga ehsan kecil ini besar di pandangan mata Allah.

Hari Aysh nak cuba menu Thai pulak. Maklumlah kenangan bangkok masih tersemat lagi...

KERABU BILIS ALA THAI







1 mangkuk kecil ikan bilis goreng
1 biji tomoto dihiris dan buang bijinya
1 labu bawang besar dihiris
2 serai diric
2 bunga kantan diris
5 biji cili api merah dihiris
sedikit daun Bawang dihiris(
perahan lemon
garam dan gula secukupnya
Kacang tanah digoreng
Gaul rata semuanya..sedia untuk dihidangkan..


Selamat Mencuba

Saturday, March 16, 2013

Kerabu Rumpai Laut


Untuk sembuh, akan ku cuba usahakan. Kali ini aku disarankan untuk memakan rumpai laut kerana rumpai laut baik untuk mereka yang ada masalah anemia. Ramai orang orang jadikan jelly tapi tidak aku kerana ia terlalu hanyir bagiku.

Jadi cara lain untuk aku adalah dengan membuat kerabu so ini lah dia hasilnya

bahan- bahannya
200gm rumpai laut direbus tetapi jgn terlalu lama nanti dia berlendiri\- disejukkan dan dihiris
udang besar - 10 ekor direbus
3 biji bawang besar dihirs
setangkai daun ketumbar dihiris
setangkai daun bawang dihiris
5 biji cili padi dihiris
2 biji cili hijau dihiris
1 biji limau nipis-perah
garam

masukkan bahan2 yg diiris dan gaulkan semua dan campurkan garam dan limau nipis. dan ready untuk dimakan.



/fuzidss

Saturday, March 3, 2012

Kerabu kacanf botol seafood



20 tangkai kacang botol [hiriskan nipis]
1 cawan kobis [hiriskan]
1 biji tomato di harus
1 labu bawang besar [hiriskan]
5 biji limau kasturi [ambil jus]
soon segemgam direndam dan dicelur dan dipotong
semangkuu udang basah dicelur
semangkuk sotong basah dicelur
bunga kantan dihiris harus
garam
gula

Bahan Mesin
1 tangkai cili merah dihiris
5 tangkai cili api
3 ulas bawang merah
1 s/b udang kering


Cara.
1. Masukkan udang & sotng dalam kuali Kacau sehingga agak kering.
2. Tutup api.
3. Masukkan semua bahan sayuran, gula dan jus asam limau. Kacau rata.
4. Hidangkan.

Hari ni ada meeting lepaa kuliah subuh bersama ustaz HUsni pasal sihir. Dipilih sebagai AJK REHLAH for Remaja, maka Pergi pasar agak lambat iaitu @ 9.30 pagi. Antara senarai barang yg digapai dek tangan hari ni
Ikan -nyok, ikan naling, sotong RM54 santan sayurRM18 runcit telur 1 papan, sos
tomato sos tiram bawang putih merah bee hoon RM24 and psang RM 5.20

Wednesday, February 15, 2012

Kerabu Ikan Tongkol



Hari ni hujan lebat, petangnya pi register my BB finally after 2x my attempt to register tak berjaya. Now boleh BBM dengan adik-adik tersayang. Hari ni kelambatan so simple jee laa. Hope they like it.
/fuzidss

Tuesday, February 14, 2012

Kerabu Soon Udang Thai...



Sumber : CMG
Tapi sorry CMG derhaka sebab tak ingat nama menu ni ya...

malam tadi kuliah talaqi ustaz menerngkan Al Ma'aarij-ayat 19 sehingga 34. Sesungguhnya manusia itu penuh keluh kesah lagi kikir, asyik mengeluh kecuali orang yang mengerjakan solat dan menjaga waktu solatnya..iaitu solat awal waktu dan orang menjaga hak anak-anak dan isteri serta keluarga

Bahan Utama:-
100 g soo hoon
1 cawan air
1/2 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar
300 g isi udang
1 biji bawang besar, hiris halus
2 tangkai daun bawang, hiris halus
4 tangaki daun sup, hiris halus

Bahan Dressing:-
3 biji limau nipis, ambil jusnya
4 camca besar sos ikan
4 ulas bawang putih, cincang lumat
6 biji cili padi siam, hiris halus
2 camca besad gula

Bahan Lain:-
Kobis salad (lettuce)

Cara membuatnya:-
Rendam soo hoon 10 minit, kerat2 dan toskan. Celur udang 30 saat dengan satu cawan air, angkat dan toskan. Kemudian masukkan soo hoon dan masak 2 - 3 minit (bila soo hoon menjadi jernih). Angkat dan toskan.
Satukan bahan2 dressing dan gaul semuanya hingga rata. Dalam satu bekas, masukkan soo hoon, bawang, daun sup dan daun bawang serta udang. Tuang dressing dan gaul hingga rata. Tabur kacang tanah sebelum dihidang. Rasa dan jika ok, boleh dihidangkan bersama kepingan kobis salad.
/fuzidss

Tuesday, September 27, 2011

Thursday, July 29, 2010

Colek Tenggiri

Ingatkan colek betik je ada rupanya ada colek tenggiri. Pi intai dapur En Mat Gebu kita ni memang terliur melihatnya ni. Bila makan memang best dengan nasi panas ni. Hari dah bersih kembali so malam bermula berjemaah dimawaddah dan ada Kuliah oleh Ustaz jemputan.

Balik Kuliah ada Meeting bagi Jamuan 31 Julai 2010. Apa lagi , jadi setiausaha kena laa menyalin segala kepeluan untuk hari tersebut. But enjoy jumpa jiran tetangga maka terpautlah kasih antara kami dan terjalin kemesraan . Nak lihat resepi asal di Sini

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 kepingan ikan tenggiri
1/3 cawan air masak
2 camca besar gula (mat guna 1 camca besar jee)
2 camca teh garam (mat guna 1 camca teh lebih sikit)
5 biji cili padi (mat guna 10 biji),
2 - 3 biji limau nipis, ambil jusnya
1 inci belacan, dibakar sedikit
1 biji tomato, didadu
1 biji bawang besar, didadu
Sedikit daun ketumbar, dihiris

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Ikan tenggiri dibersihkan, lumur dengan sedikit garam dan panggang hingga masak.
Susun dalam pinggan sesuai.

2. Tumbuk cili, gula garam dan belacan hingga hancur. Campur dengan semua bahan2 lain dan gaul rata. Tuang atas ikan tadi dan hidangkan

Monday, April 19, 2010

Kerabu Sotong Berserta Suhun


kerabu yang tak berapa nak menjadi ni
KERABU SOTONG & SUHUN by K.Hanieliza
Bahan2
500 gm sotong sederhana besar
50 gm suhun [rendam dan celurkan air panas]
3 s/b jus limau nipis [tak ada]
1 s/b sos ikan
1 s/k gula
garam [jika perlu]
2 pokok daun ketumbar [racik kasar]

Bahan Tumbuk
3 tangkai cili api
3 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih

Bahan Mayang
2 kuntum bunga kantan ~ tak letak, sbb tak ada, ganti dgn tomato
1 labu bawang besar
1 batang timun [ganti dgn carrot]
3 tangkai cili merah

Cara
1. Sotong dibersihkan. Buangkan kulit dan potong bulat.
2. Masukkan sotong dalam kuali dan masakkan sehingga keluar airnya.
3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
4. Rasakan masam dan masinnya.
5. Hidangkan.

Nota;
Masa masak sotong dalam kuali tu jgn masukkan air nanti sotong tu akan berkuah due to sotong akan keluarkan air semasa masak.
Anda mungkin juga meminati:

Thursday, February 4, 2010

Urap Pucuk Ubi.

Hari ni dok fikir pucuk ubi dari bonda Muarku masih lagi belum bersentuh. So Apa lagi Uraplaa kan dibenakku ini. Pi lawat dapur En Gebu kita...

Bahan2
1 cekak pucuk ubi, direbus lembut dan potong kecil
1/2 cawan taugeh, buang ekor1
cawan kelapa parut putih
Sedikit garam dan gulaBahan

Tumbuk Halus:-5 ulas bawang merah2 ulas bawang putih3 batang cili merah4 biji cili padi (kalau suka)1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan1/2 inci belacan1 inci ubi cekur1 inci kunyit hidupCara membuatnya:-

Dalam lesung baru, tumbuk semua bahan2 tumbuk hingga halus. Keluarkan dari lesung dan gaul bersama kelapa parut. Perasakan dengan sedikit garam dan gula.Gaul hingga sebati dan rata. Ketepikan. Pucuk ubi dan taugeh dimasukkan ke dalam campuran kelapa dan gaul hingga rata. Masukkan campuran urap tadi ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak 2 - 3 minit hingga taugeh lembut. Gunakan api perlahan.

Sumber: Bonda Muar & En Mat Gebu