Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Friday, June 17, 2016

Tukarkan Pemikiran Kita Untuk Gagasan Ummah






 Asyh hari ni cuti dari masuk dapur ok ibu... You have someone to help you today.Jangan lupa masakkan jenahak masak cuka...kakak Anis Fuzi suka tu

Kita cuba belek kembali Tazkirah dari Ustaz Zambri Mantop
Surah ar Ruum ayat 1-5
:1. Alif, Laam, Miim.
:2. orang-orang Rom telah dikalahkan -
:3. di negeri Yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya -
:4. Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. kepada pentadbiran Allah jualah terpulang Segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (Kemenangan Rom) itu, orang-orang Yang beriman akan bergembira -
:5. Dengan kemenangan Yang diberi Allah. ia memberi kemenangan kepada sesiapa Yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa bersama dengan berlakunya perang Badar, negara Rom (Nasrani) mengalahkan Parsi (Majusi) dan kaum Mukminin merasa kagum dan gembra dengan kemenangan ini. Maka ayat ini (Surah ar Ruum:30: 1-5), turun berhubung dengan peristiwa di atas dengan catatan bahawa "ghulibati” ertinya dikalahkan dibaca dengan "ghalabaf yang ertinya menang. (Diriwayatkan oleh at Tirmizi dari Abi Said) (Diriwayatkan pula oleh Ibnu Jarirdari Ibnu Mas'ud)

KETERANGAN

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ketika kaum Muslimin belum berhijrah ke Madinah kaum musyrikin berkata: "Kami tahu bahawa orang-orang Rom iaitu mereka terdiri dari ahli kitab yang percaya kepada Nabi Isa dikalahkan oleh kaum Majusi yang menyembah api. Oleh itu kalian semua menganggap akan dapat mengalahkan kami dengan alasan kalian semua beriman kepada kitab yang diturunkan kepada Nabi kalian. Bagaimana pendapat kalian semua sekarang setelah kaum Majusi mengalahkan Rom, padahal mereka adalah ahli kitab. Oleh sebab itu, kami pasti akan dapat mengalahkan kalian semua seperti Parsi mengalahkan Rom. " Maka turunlah ayat ini (Surah ar Ruum:30: 1-5) sebagai penjelasan bahawa selepas kekalahan ini, kelak orang Rom akan menang. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Syihab) (Diriwayatkan pula oleh Ibnu Jarir dari Ikrimah, Yahya bin Ya'mar dan Qatadah)

KETERANGAN
Dalam riwayat pertama yang menyebut bacaan "Ghalabat" dengan fathah ertinya menang, menegaskan bahawa ayat ini turun ketika negara Rom berada dalam keunggulan bersamaan dengan keunggulan kaum Muslimin pada perang Badar.
Manakala riwayat kedua yang menyebut bacaan "ghulibat" dengan dhammah ertinya dikalahkan, menjelaskan bahawa ayat ini mengandungi erti "Parsi menang dari Rom dan akan dikalahkan oleh kaum Muslimin. "

Kisah ayat2 tersebut menegaskan bahawa pentingnya kita memikirkan pembangunan ummah.Kita tukarkan konsep pemikiran yang segala amalan kita sendiri. Luaskan kotak pemikiran bagaimana peranan kita untuk pembangunan ummah.

Kita lihat bagaimana dialog orang mati yang meminta dikembalikan dan akan melakukan 2 perkara
a) sedeqah
b) menjadi orang soleh

kenapa sedeqah? kerana sedeqah memberi manafaat kepada insan lain. Perlu diingat bahawa hukum ilsam tidak lengkap jika tiada gagasan ummah. Hukum-hukum Allah seperti hudud, qisas dan sebagainya perlu dibangunkan oleh negara yang dipimpin oleh kerajaan. Dan berbalik kepada kita siapa yang memilih kerajaan. Jangan bilang kita tiada peranan .. kita perlu main peranan untuk menarik orang lain turut menyokong untuk memilih kerajaan yang ada usaha untuk membangunkan Hukum Allah.

Ustaz juga menegaskan bahawa kita perlu fokus akan keberkatan Ramadan yang mana ramai dari kita mengabaikan keberkatan waktu tersebut. Ramadan bermaksud perbanyakkan doa di dua waktu iaitu waktu bersahur dan semasa berbuka. Di mana kita ketika itu. Maka masih belum terlambat untuk kita membetulkan yang tersasar ke sunnah yang perlu kita bangunkan.  Ayuh kita
Kyusuk mendengar Tazkirah ustaz Zambry mantop

Moreh
Keadaan dalam khemah yang terbatas pergerakkan
Jenahak masak Cuka

Tumis Sotong
Ikan Pekasam

Ikan jenahak
halia dihiris kecil memanjang
 bawang merah di belah dua
 bawang putih jugak dibelah dua
 lada hitam di kisar kasar
 jintan manis di sangai dan di kisar
 cuka dan cili merah untuk penambah seri
sedikit kunyit serbuk, biji sawi,cili padi dibelah
minyak,garam dan gula

Cara nya
Panaskan sedikit minyak tumislah, halia,bawang merah dan putih masukan biji sawi dan bahan kisar dan tumis lah sehingga wangi masukan sedikit kunyit serbuk,cuka dan air secukupnya
Sudah mendidih masukan ikan yg telah digoreng dan cili padi yg di belah jugak garam dan gula sedikit
Masak cuka ni rasa nya mesti ada rasa masam,manis dan masin,jadi kalau buat belum cukup salah satu nya boleh lah tambah apa2 yang kurang ya,kalau tak, tak kick lah masak cuka tu tau!!
Boleh jugak ditambah kacang panjang yg dipatah2kan didalam masak cuka (saya letak kombucha tea)


Wednesday, June 15, 2016

Sedekah tingkat keberkatan Rezeki





Ketahuilah bahawa Allah SWT melipatgandakan pahala orang yang bersedekah. Ini dijelaskan menerusi firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak. (al-Hadid: 18)

Seharusnya ini menjadi pemangkin kepada umat Islam untuk bersedekah terutama kepada golongan yang kurang bernasib baik. Sedekah itu pula bukan mesti banyak, sedikit pun mencukupi kerana yang penting adalah ikhlas. Ingatlah ganjaran yang disebutkan oleh Nabi SAW yang bermaksud: “Barang siapa memberi makan kepada orang yang berpuasa maka baginya seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikitpun dari pahalanya”. (Riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi).

 Oleh itu, marilah kita mengambil kesempatan Ramadan kali ini menyediakan juadah berbuka puasa kepada jiran atau pun saudara seagama. Alhamdulillah tahun diberi peluang untuk mengirim sepiring dua kepada jiran terdekat untuk turut juga merasa. Jiran terdekat kak Mala menyukainya resepi  kerabu bilis, dengan kombinasi yang agak mudah membuatkan beliau mahu mencubanya.

Buka ruang lingkup kita untuk memahami maksud sedeqah itu sendiri. Sedekah memberi keberkatan pada harta. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Harta tidak akan berkurang dengan sedekah...” (Riwayat Muslim) Jika tidak mampu menyumbang harta, setidak-tidaknya berusahalah menyumbang tenaga dan fikiran dengan mengajak orang sekeliling melakukan kebaikan. Bahkan mengeratkan hubungan sesama jiran. Mungkin ada yang terfikir dalam ramadan kita banyak menghabiskan masa didapur namun perancangan yang bijak teratur menjadikan kita jauh kedepan bukan sahaja masa beramal kita  tidak terhad diruang solat di masjid sahaja malah dimana sahaja dengan memasang niat yang jelas, maka  ayuh kita buka minda kita bahawa masa beramal terbuka luas di mana-mana,  kita boleh dijadikan ceruk dapur kita dengan alunan zikir kita setiap kali kita menanak nasi, membalik ikan dan menyedokkan kuah dan banyak lagi. Berikut antara doa-doa yang boleh diamalkan

Doa masuk dapur

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. [18:10]

Doa Buka Periuk

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ

Ya Allah berkatilah kami daripadanya dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya (At-Tarmizi 5/506. Sahih At-Tarmizi 3/158.)

p/s : sunnahnya buka tudung periuk hanya separuh sahaja, insyaALLAH ada keberkatan.


Namun memang kami begitu rindu untuk berbuka bersama jemaah namun kami sekeluarga memberi ruang pada mereka yang memerlukan berbuka di Surau memandangkan surau agak terhad ruangnya. Bersolat didalam khemah walaupun pada zahirnya kelihatan gah namun khemah yang padat menjadikan kurang selesa buat mereka untuk berbuka dan menunaikan ibadah. Moga ehsan kecil ini besar di pandangan mata Allah.

Hari Aysh nak cuba menu Thai pulak. Maklumlah kenangan bangkok masih tersemat lagi...

KERABU BILIS ALA THAI







1 mangkuk kecil ikan bilis goreng
1 biji tomoto dihiris dan buang bijinya
1 labu bawang besar dihiris
2 serai diric
2 bunga kantan diris
5 biji cili api merah dihiris
sedikit daun Bawang dihiris(
perahan lemon
garam dan gula secukupnya
Kacang tanah digoreng
Gaul rata semuanya..sedia untuk dihidangkan..


Selamat Mencuba

Wednesday, July 8, 2015

Day of Ramadhan at home- Day 21


 Dalam melayari hari-hari 10 terakhir Ramadan, mungkin kepenaatan melanda memandangkan tahun ini berpasang niat untuk memasak sendiri cookies dirumah. Buat julung kalinya memasak cookies dan alhamdulillah hasilnya tidak mengecewakan. Namun hari-hari  terakhir diperhatikan makin akrab kanda hamba membacanya manakala diri merasa diri sudah khatam di Surau merasa cukup. Wahai diri jangan merasa cukup sempurna jika hanya sekadar  mengejar khatam teruskan usaha membaca dan tadabbur

Subhanallah, kanda memang pembakar semangat untuk terus mengaji dan memahamai intipati al quran. setiap habis kuliyyah subuh di surau memang pastinya Mushaf ditatap dan dibacanya. Walaupun alunan nya agak lambat namun bacaannya secara bertajwid menepati. Beliau berkorban untuk tidak turut serta tadarus memandangkan Aysh perlu dijaga dan seperti biasa di rumah tidak lekang dengan qurannya.  Merasa nikmat bila membacanya dan sifat itulah yang membakar semangat untuk membacanya.

Manakala malam 21 kelihatannya sigenit Aysh ini suka sangat merongkai kitab-kitab di surau.  Makin laju kesana kemari tanpa menghiraukan kakak-kakak  yang mengejarnya. Beliau bebas berlari kesana kemari bagaikan sudah mengetahui segala selok belok surau almawaddah.

Alhamdulillah cookies Red Velvet repeat order




Tuesday, July 7, 2015

Day of Ramadhan at home- Day 20




Hari ini kami teruskan projek kuih raya. Kali ini mi bertiga memilih Red Velvet sebagai resepi pilihan. Memang sedap jika biskut yang baru di masak. Baunya sangat mengharumkan dan semerbak. Hilang segala penat.  Jika dililhat suasana surau, kelihatannya makin dingin dan setelah 8 rakaat tinggal hanya 2 saf sahaja.


Suasana malam  ini yang perlu dianggap luar biasa kerana kita tidak pasti tahun hadapan kita bertemu lagi. Memang tahun ini Allah bagi peluang untuk lebih meluangkan untuk lebih focus dan melebihkan amalan diwaktu malam kerana 10 malam terakhir yang dinanti, namun kelihatan kehadiran ahli qariah al mawaddah  di malam harilah banyak kegiatan lain yang perlu dilakukan Ramadan bulan sibuk di masjid dan di pasar!

Alhamdulilah, kita sudah melewati 2/3 bulan Ramadan.  Pantas sungguh masa berlalu ini bermaksud , kita tentunya makin tua dihambat usia, namun barangkali nafsu tetap membara muda dan memikirkan masih banyak masa buat kita. Terlalu memikir apa yang diperlukan oleh perut dan terlalu memikirkan apa yang orang kata.

Kenangan-kenangan kami berbuka bersama akan menjadi kenangan selamanya. Memperlajari mengenal sifat-sifat manusia dan kelihatannya ada wajah-wajah qariah yang hanya hadir pada Ramadan dan kita mengalu-alukan kehadiran mereka semua. Ada hari-hari kami kekurangan bekalan makananan yang cukup untuk berbuka dan semangat sikit sama sikit digunakan dan alhamdulillah mencukupi.

Ramadan kali ini mendidik diri untuk tidak membeli selain mendapat keizinan suami. Sebagai yang hilang sumber pendapatannya, menyerahkan segala hal2 pembelian kepada suami. Biarlah diserahkan kepada suami.






RED VELVET COOKIES
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
125g butter (setengah buku buttr)
50g gula perang (brown sugar)
25g gula castor
1 bj telur kuning B
120g tepung gandum*
1 sudu besar tepung susu*
1 sudu besar tepung jagung*
1 sudu besar serbuk koko*
1 sudu besar pewarna merah
Hiasan:
100g badam cincang
100g choc chips
Bahan2 bertanda * diayak bersama trlebih dahulu.
Cara:
1. Pukul butter, gula perang dn gula castor hingga sebati. Tak perlu pukul sampai kembang yee...
2. Masukkn kuning telur dn pukul sebati.
3. Masukkn bahan2 ayak bertanda * sedikit demi sedikit sambil GAUL sebati. Gaul pkai spatula atau senduk... tak payah guna mixer. Doh yg amat lembut akan terhasil.
4. Masukkn doh ke dlm piping bag... paip ats dulang yg dh di gris... Hiaslah dgn badam cincang dn choc chips ikut suka hati sis2.
5. Bakar suhu 170°c, api ats dn bwh selama 15 - 20 mnt... atau ikut keadaan oven masing2.

Monday, July 6, 2015

Day of Ramadhan at home- Day 19

Alhamdulillah hari ke 19 bermulalah kisah biskut Raya bersama anak-anak. Hari jadi sibujang Amaar dan melayan permintaannya yang dia sendiri nak masak cookies choc chip so google dapat lah resepi. Malam tadi hantar Adam ke KUIS dan bermulalah kisah beliau disana moga dipermudahkan urusan beliau.


Hari hari keistimewaan yang hanya diberikan pada wanita, dicurahkan dengan membakar cookies/biskut raya. Tertanam dihati untuk buat buah tangan berbentuk cookies buat sahabat. Terlintas terdapat banyak balang-balang kecil koleksi hadiah perkahwinan didalam kabinet yang tak digunakan. Bulan yang mulia ini apa salahnya memberi dengan apa yang ada. Maka ku usahakan sedikit mencari bahan lebihan kenduri Aysh tempoh hari ku balut dan ini lah jadinya. Cenderahati buat sahabat ukhuwatifillah kerana kejayaan beliau. Moga usaha kecil dapat mengembirakan hati sahabat ini.


BISKUT ALA FAMOUS AMOS
Bahan-bahannya:
45 gram gula perang
80 gram gula castor
220 gram tepung gandum
½ sudu kecil baking soda
1 sk serbuk koko
½ sudu kecil essen vanilla
1 cawan choco chip
1 cawan badam - di panggang ( saya add in semua jenis badam plus kismis hitam)
1 biji telur B
190 gram butter
Method nya:
Ayak Tepung, baking soda, koko bersama.
Pukul mentega + telor+ gula castor and gula perang hingga sebati
Masukkan essen vanilla and tepung sedikit demi sedikit hingga habis
Last baru add campuran kekacang and choco chip.
Doh memang lembut yee..sejukkan dlm peti ice dlm 10 minit sebelum di bentuk..
Cubit doh ikut saiz yang anda inginkan and susun atas Loyang pembakar..bakar 150’c api bawah aje yee selama 10-15 minit atau hingga masak…saya on kan kipas oven so bakar hanya makan masa 10 minit aje..dah siap

Sunday, July 5, 2015

Day of Ramadhan at home- Day 18- Sunday

 Buat pertama kalinya membuat kuih raya. Pergi pasar membeli bahan dan tanpa diduga sebakul barang2 dengan hanya RM33.00. Masyaallah memang berbotol2 kuih raya dapat buat ni. Pengalaman tiada tapi semasa bersama adinda melakukan kuih raya dapatlah menikmati membuat kuih raya
Badam rangup
 sumber : CMG
BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram mentega (Guna Margerine)
100 gram gula aising, diayak (cm guna 80 gram)
1 biji telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
100 gram tepung gandum*
100 gram tepung kastard*
75 gram tepung jagung*
50 gram serbuk badam* pakai badam bakar jee
1 camca besar penuh poppy seed @ biji kas-kas*(*disatukan dan gaul rata)
50+ gram tepung gandum (extra)
1 kuning telur, pukul sedikit, untuk disapu
Badam cincang secukupnya, untuk hiasan
tambahan: kuaci hijau
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dan gula aising hingga sebati, masukkan telur dan esen vanilla, putar hingga rata, tak perlu sampai kembang, memadai semuanya sebati sahaja.
  2. Perlahankan kelajuan, masukkan bahan2 yang disatukan (*), sedikit demi sedikit hingga habis dan jika doh terlalu lembut, tambah tepung gandum 'extra' tadi hingga mendapat doh yang boleh dicanai. Rehatkan sekejap...
  3. Bahagi doh pada 2 bahagian, canai setebal 1/2 cm, terap dengan acuan pilihan anda dan susun dalam dulang pembakar. Buat hingga siap, sapu kuning telur dan tabur sedikit badam cincang sebagai hiasan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 25 minit atau hingga perang keemasa.
  4. Keluaran dan biar sekejap, alih biskut atas redai dan biar sejuk sepenuhnya. Simpan dalam bekas kedap udara.

Tuesday, June 30, 2015

Day of Ramadhan at home- Day 13

Blacky yang hitam sekali semasa dikeliling adik2nya

 Hari ni sedang asyik membaca Al quran dan sedang bersedia untuk tunaikan solat Zohor dan sedang bercadang nak tunaikan solat Hajat buat sahabat, aku dikejutkan oleh Adam. "Ibu Adam terlanggar Blacky dan mati" jeritnya dari luar rumah. Bagaikan luluh jantungku dan berlinang dan terus terungkap kata-kata. Adam please don't drive my Viva anymore. Thats it.

Blacky merupakan peneman setia dikala ini. Setiap pagi beliaulah yang akan menemani diri untuk membersihakan pokok bungan dilaman rumah. Melompat-lompat riang disebalik rumput-rumput dan pokok kari dan akan setia meneman untuk setiap kali mengaji pastinya ada terbaring disisi.  Setiap kali sahur pasti suaranya yang nyaring kedengaran di luar Rumh memintan agar dibenarkan masuk.

Allahuakhar tak terbendung air mata ini dan dengan segera aku menyarungkan elekung untuk ku tunaikan solat dan bermunajat pada Allah agar diberi ketenangan pada diri dan kupanjatkan doa buat kak cik agar dipermudahkan VIVA beliau hari ini . Alhamdulillah selesai juz 10 sehingga 16 denrgan bacaan ini ku mohon pada Allah agar dipermudahkan usaha kakak ku dilancarkan perbentanagnnya. Debaran terasa semenjak dari Isnin lagi dan kulihat memang usaha yang diiringi dengan kasih sayang dari sahabat

Blacky yang pendiam ketika berama adik-adiknya

Kesayangan Aysh dan itulah reasonmua kami tinggalkan dia dan yang lain kami let go

Mula-mula tiba dirumah kesemua7 ekor .. cantik

Aysh paling asyik melayani anak-anak kuching ini

Wednesday, June 24, 2015

Day of Ramadhan at home- Day 6

 Hari ini teringat akan tempe yang belum diogreng maka keluarkan semua. Mujur dalam WA chatting ada yang menyebut pasal tempe apa lagi keluarkan semua. Mungkin ramai yang tak tahu tempe goreing ni memang makanan kegemaran orang Johor. Sedap dimakan bersama kicap pedas disebabkan memang agak tak kesempatan untuk sediakan sambal kicap maka apa lagi segera kan ada. Sedap kicap pedas Mahsuri ni memang sangat pedas.

Tempe Goreng
Ramuan
Tempe 8 keping (kampung style yang bungkus suratkhabar tu) di hiris2
2 cawan tepung gandum
5 ulas bawang putih *
1 ulas cili api*
1 inci kunyit hidup*
secawan air lebih kuranglah
garam secukup rasa
* ditumbuk

campurkan tepung dengan bahan yang ditumbuk tadi dan kacau hingga sebati dan boleh lah gorengkan  

Menu kedua adalah Udang Masak Merah. Memang sedap kerana udang licin selalunya udang tak habis. Mesti cuba ya

UDANG MASAK MERAH BEREMPAH
Sumber :Dayang Jack

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg udang basah (dibersihkan)
  • 2-3 sb cili kering kisar
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1/2 inci lengkuas (dikisar)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 3 sb sos cili
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sudu makan kicap masin/manis
  • 1 sb sos tiram
  • garam dan gula secukupnya
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 biji cili merah (dihiris)

Cara-cara

  1. Tumiskan bahan2 kisar dan serai sehingga terbit bau. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap dan sos tomato. Tambahkan sedikit air dan kacau perlahan.
  2. Masukkan udang, bawang besar, cili merah dan sedikit air. Kacau rata-rata.
  3. Perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
  4. Siap untuk dihidangkan.


semasa terawih kali ini hari pertama untuk solat 20 selalunya 8.  Perlu pergi jauh dari zone selesa so hari ini sudah bersedia dan memang mencabar menjaga #sigenitaysh. Lihatlah sahaja telatahnya
 Bersama kakak cantiknya bernama Naurah memang ayu sangat sikakak ni suka sangat kanak-kanak. Maka dapatlah menunaikan solat sunat terawih walaupun agak tidak tenang.



Setelah 8 rakaat maka 2/3 dari jamaah pulang maka tinggallah yang benar-benar kuat semangat dan moga diri juga tergolong dalam kumpulan mereka. Aysh dapat kawan baru. Keadaan di Surau Al Mawaddah memang melebihi 500 orang kerana didapati tahun ini muslimat juga ramai yang menyertai berbuka  Surau. Tadarus diteruskan  walaupun kacamata ku entah dimana haluannya disimpan membaca tanpa kaca mata dan mengejutkan ianya sangat mudah kerana munggkin kadar power mataku sudah kurang. Bacaan diteruskan dan kami sudah ke Juzuk 8 dan selari dengan tadarus persendirian

#muhasabah diri
masih tidak dapat mengawal masa walaupun dirumah masih terlalu alpa dan tidak tahu mana yang perlu didahulukan. Memang sesungguhnya suri ummah kerjanya sangat mencabar.
see next update malam ni

Thursday, June 18, 2015

Ujian Ramadan

Ramadhan kali ini diuji dengan sakit belakang. Namun cuba digagahkan diri untuk terus berusaha kerana tidak pasti tahun dapat lagi kita bertemu atau tidak.

setelah Aysh tidur, kaki melangkah kedapur dan membancuh tepung untuk karipap dan alhamdulillah dapat sebanyak ini memandangkan bekalan kentang sudah kehabisan. Sambil-sambil mengannyam karipap terdengar msg wa dan kelihatanya tentang perkhabaran tadarus. Aduhai mendengar cerita dari ketua muslimat memang sangat sukar melayan kerenah -kerenah muslimat di sini. Ada yang tak mahu jadi ketua kerana dipandang rendah oleh rakan lain dan ada ketua  yang tak mahu terima murid. Aduhai, bukankkah ilmu itu untuk dikongsi dan diturunkan pada orang lain maka ganjaran berkat dari Allah. Tetapi sayangnya inilah sikap segelintir muslimat di sini. Matanglah wahai muslimat ..kelihatan pada zahir memang semua sudah menampakkan kematangan namun tindakkan dan perbuatan masih lagi belum. Bila melaksanakan sesuatu projek suara yang lantang namun tindakkan zero. Fikir sejenak adakah kehadiran kita ini memudahkan orang lain atau menyemakkan lagi keadaan. Ini semua muhasabah diri agar diri tidak berpelakuan begini.



-5 biji kentang sederhana besar ( dipotong dadu )
    1 biji bawang besar ( potong dadu )
    3 ulas bawang merah ( dikisar )
    2 ulas bawang putih  ( dikisar )
    segengam  udang kering ( dikisar ) Boleh ganti daging kisar atau ayam
    3 sudu besar cili kering kisar ( kurangkan kalau tak suka pedas)
    2 tangkai daun sup ( kalau suka boleh letak )
    Minyak masak untuk menumis

Cara Masak Inti Karipap Kentang
1. Panaskan minyak dalam kuali.Kemudian masukkan separuh bawang besar yang sudah
    dipotong dadu tadi.Yang separuh lagi, masukkan bila kentang sudah empuk nanti.
2. Bila sudah naik bau, masukkan bahan kisar tadi.Kacau perlahan sehingga naik bau,    
    masukkan pula serbuk kari.Diikuti masukkan gula, garam dan perasakan.
3. Masukkan pula kentang yang sudah dipotong dadu tadi. Toskan airnya terlebih
   dahulu.Masukkan dua cawan air supaya kentang cepat empuk.
4. Tutup kuali dengan tudung periuk atau penutup pengukus supaya wap air dapat
    lembutkan kentang dengan cepat.
5. Biarkan sehingga kentang empuk, airnya juga sudah kering dan masukkan separuh lagi
    bawang besar yang dipotong dadu tadi bersama daun sup yang dihiris.
6. Angkat inti kentang dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai supaya cepat sejuk dan  
    boleh di buat inti karipap.


Bahan-bahan untuk buat kulit karipap

    2 cawan tepung gandum ( untuk 30-40 biji karipap )
    1/2 cawan  minyak masak dipanaskan terlebih dahulu ( boleh cairkan planta atau marjerin )
    1/2 cawan butter
     1/2 cawan air sejuk 

Cara buat kulit karipap

    Masukkan tepung ke dalam bekas untuk menguli.Masukkan dua senduk minyak masak yang sudah dipanaskan ke dalam tepung gandum.Kacau dahulu dengan sudip sementara minyak masih panas.Boleh gunakan tangan untuk menguli jika minyak sudah tidak panas.
    Uli doh dengan masukkan sedikit demi sedikit air yang sudah dilarutkan dengan garam tadi.Teruskan menguli sehingga tepung sudah tidak melekit ditangan dan biarkan seketika (10-15 minit) sebelum anda mencanainya menjadi kulit karipap.
    Uli sekali lagi, kemudian bulat-bulatkan doh tadi sebelum dicanai untuk dimasukkan inti.Anda boleh pilih,sama ada nak kelim sendiri atau guna acuan karipap.
    Untuk mendapat Kulit karipap yang rangup semasa kita menguli,kita kena pastikan tidak terlebih menggunakan air.Minyak masak panas atau marjerin yang kita panaskan juga membantu dalam memastikan kulit karipap menjadi rangup.

selamat mencuba