Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Friday, June 17, 2016

Tukarkan Pemikiran Kita Untuk Gagasan Ummah






 Asyh hari ni cuti dari masuk dapur ok ibu... You have someone to help you today.Jangan lupa masakkan jenahak masak cuka...kakak Anis Fuzi suka tu

Kita cuba belek kembali Tazkirah dari Ustaz Zambri Mantop
Surah ar Ruum ayat 1-5
:1. Alif, Laam, Miim.
:2. orang-orang Rom telah dikalahkan -
:3. di negeri Yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya -
:4. Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. kepada pentadbiran Allah jualah terpulang Segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (Kemenangan Rom) itu, orang-orang Yang beriman akan bergembira -
:5. Dengan kemenangan Yang diberi Allah. ia memberi kemenangan kepada sesiapa Yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa bersama dengan berlakunya perang Badar, negara Rom (Nasrani) mengalahkan Parsi (Majusi) dan kaum Mukminin merasa kagum dan gembra dengan kemenangan ini. Maka ayat ini (Surah ar Ruum:30: 1-5), turun berhubung dengan peristiwa di atas dengan catatan bahawa "ghulibati” ertinya dikalahkan dibaca dengan "ghalabaf yang ertinya menang. (Diriwayatkan oleh at Tirmizi dari Abi Said) (Diriwayatkan pula oleh Ibnu Jarirdari Ibnu Mas'ud)

KETERANGAN

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ketika kaum Muslimin belum berhijrah ke Madinah kaum musyrikin berkata: "Kami tahu bahawa orang-orang Rom iaitu mereka terdiri dari ahli kitab yang percaya kepada Nabi Isa dikalahkan oleh kaum Majusi yang menyembah api. Oleh itu kalian semua menganggap akan dapat mengalahkan kami dengan alasan kalian semua beriman kepada kitab yang diturunkan kepada Nabi kalian. Bagaimana pendapat kalian semua sekarang setelah kaum Majusi mengalahkan Rom, padahal mereka adalah ahli kitab. Oleh sebab itu, kami pasti akan dapat mengalahkan kalian semua seperti Parsi mengalahkan Rom. " Maka turunlah ayat ini (Surah ar Ruum:30: 1-5) sebagai penjelasan bahawa selepas kekalahan ini, kelak orang Rom akan menang. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Syihab) (Diriwayatkan pula oleh Ibnu Jarir dari Ikrimah, Yahya bin Ya'mar dan Qatadah)

KETERANGAN
Dalam riwayat pertama yang menyebut bacaan "Ghalabat" dengan fathah ertinya menang, menegaskan bahawa ayat ini turun ketika negara Rom berada dalam keunggulan bersamaan dengan keunggulan kaum Muslimin pada perang Badar.
Manakala riwayat kedua yang menyebut bacaan "ghulibat" dengan dhammah ertinya dikalahkan, menjelaskan bahawa ayat ini mengandungi erti "Parsi menang dari Rom dan akan dikalahkan oleh kaum Muslimin. "

Kisah ayat2 tersebut menegaskan bahawa pentingnya kita memikirkan pembangunan ummah.Kita tukarkan konsep pemikiran yang segala amalan kita sendiri. Luaskan kotak pemikiran bagaimana peranan kita untuk pembangunan ummah.

Kita lihat bagaimana dialog orang mati yang meminta dikembalikan dan akan melakukan 2 perkara
a) sedeqah
b) menjadi orang soleh

kenapa sedeqah? kerana sedeqah memberi manafaat kepada insan lain. Perlu diingat bahawa hukum ilsam tidak lengkap jika tiada gagasan ummah. Hukum-hukum Allah seperti hudud, qisas dan sebagainya perlu dibangunkan oleh negara yang dipimpin oleh kerajaan. Dan berbalik kepada kita siapa yang memilih kerajaan. Jangan bilang kita tiada peranan .. kita perlu main peranan untuk menarik orang lain turut menyokong untuk memilih kerajaan yang ada usaha untuk membangunkan Hukum Allah.

Ustaz juga menegaskan bahawa kita perlu fokus akan keberkatan Ramadan yang mana ramai dari kita mengabaikan keberkatan waktu tersebut. Ramadan bermaksud perbanyakkan doa di dua waktu iaitu waktu bersahur dan semasa berbuka. Di mana kita ketika itu. Maka masih belum terlambat untuk kita membetulkan yang tersasar ke sunnah yang perlu kita bangunkan.  Ayuh kita
Kyusuk mendengar Tazkirah ustaz Zambry mantop

Moreh
Keadaan dalam khemah yang terbatas pergerakkan
Jenahak masak Cuka

Tumis Sotong
Ikan Pekasam

Ikan jenahak
halia dihiris kecil memanjang
 bawang merah di belah dua
 bawang putih jugak dibelah dua
 lada hitam di kisar kasar
 jintan manis di sangai dan di kisar
 cuka dan cili merah untuk penambah seri
sedikit kunyit serbuk, biji sawi,cili padi dibelah
minyak,garam dan gula

Cara nya
Panaskan sedikit minyak tumislah, halia,bawang merah dan putih masukan biji sawi dan bahan kisar dan tumis lah sehingga wangi masukan sedikit kunyit serbuk,cuka dan air secukupnya
Sudah mendidih masukan ikan yg telah digoreng dan cili padi yg di belah jugak garam dan gula sedikit
Masak cuka ni rasa nya mesti ada rasa masam,manis dan masin,jadi kalau buat belum cukup salah satu nya boleh lah tambah apa2 yang kurang ya,kalau tak, tak kick lah masak cuka tu tau!!
Boleh jugak ditambah kacang panjang yg dipatah2kan didalam masak cuka (saya letak kombucha tea)


No comments: