Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa
Showing posts with label kitab. Show all posts
Showing posts with label kitab. Show all posts

Tuesday, December 29, 2015

Kem Hafazan Al Quran

 Balik dari Kampung kami bergegas menghantar Alif dan Amir ke kem Hafazan di Seksyen 27 di Madrasah Al Furqan. Kelas bermula 6 Disember 2015 namun kami lewat . Hanya pada 7 Disember kami daftar merekaKelihatannya anak ukhti kami Sis Marina pun ada maka seronoklah anak-anak setelah berjumpa kawan.
 dDari reaksi mereka melalui gambar-gambar disertakan disini kelihatannya mereka bergaul bersama mereka.Dan hati mereasa lega kerana anak-anak penuh dengan aktiviti membangunkan minda mereka. Alhamdulillah selama seminggu mereka disini mereka berjaya menghafal 2 surah pendek.




Tuesday, October 22, 2013

Bahan Bacaan Boleh Membentuk Fikrah Manusia



Salah satu faktor yang perlu diberi titik berat kan adalah apakah bahan sumber bacaan. Apakah yang perlu dibaca. Kerana apa yang kita baca itu akan membentuk fikrah. Para ulama terdahulu kalau nak kenal aliran seseorang itu beliau akan mengenal pasti dari mana beliau belajar Al quran, siapa gurunya. Begitu juga kita sekarang, pelajar-pelajar itu dari mana, adakah dari Mesir, India ..

Begitu jugalah dengan bahan bacaan kita. Kita ambil contoh Dr Asri yang sumber rujukkan nya ada lah Dr Qardawi dan kita dapat lihat bagaimana pembawaan beliau seakan-akan Dr Qardawi walaupun tak semuanya dia setuju begitu juga dengan Dr Yusof Qardawai yang sumber rujukkkannya banyak dari ibnu Qayyum.

Oleh itu sumber rujukkan juga kita penting....kerana memilih tokoh yang hebat akan melatih diri kita menjadi orang yang hebat.


Lunch Box for today.... moga Allah beri manafaat masa untuk diri timba ilmu sambil melaksanakan tanggungjawab

Wednesday, December 28, 2011

Sungai Congkak Hot Spring ...here we come







Cuaca mendung di Hot Spring Sungkai membuat sikecil mengeletar menggigil kesejukkan. Kami tiba dalam pukul 1.05pm di sana dan apa lagi anak-anak gumbira mahu terjun ke kolam. Bagaikan berhari-hari tak berjumpa air. Lihat laa telatah si bujang Amaar tu
/fuzidss

Wednesday, November 9, 2011

Ilmu.....

Buat ketika ini ku singkap kitab ini, yang terperap di dalam almari buat sekian lamanya. Dihadiahkan oleh ex boss. Moga Allah limpahkan rezeki dan rahmat kepadanya.

Abu Darda' berkata, kiranya saya dapat mempelajari suatu masalah, itu adalah lebih saya cintai dpd saya bangun beribadat sepanjang malam. Ia berkata lagi; orang alim dan orang yang menuntut ilmu itu, adalah dua orang yang berkongsi dlaam kebaikan. Sementara orang-orang selain keduanya sisa belaka, tiada berguna sama sekali.


Imam Syafi'i r.a berkata pulal Menuntut Ilmu itu lebih utama dari solat sunat. Berkata Fatah al-Al-maushili rahimahullah; Bukankah si pesakit itu bila tidak diberikan makan atau minum ubat, ia akan mati! Orang ramai menjawab ; Benar katamu! Dia berkta pula: Demikian pulalah sifatnya hati, kiranya ia tidak diberikan hikmat dan ilmu pengetahuan selama tiga hari saja, akan matilah ia. Sungguh tepat sekali ucpaan Fatah al-maushili itu, kerana makanan hati ialah ilmu pengetahuan dan hikmat, dan dengan kedua benda iutlah ia boleh hidup, sebagaimana tubuh badan itu hidup dengan makanan. Seorang yang tiada mempunyai ilmu pengatahuan, hatinya menjadi sakit dan kematiannya sudah pasti. Akan tetapi ia tidak akan merasakan yang demikian itu, kerana kecintaanya kepada dunia dan kesibukkanya tentang dunia itu akan melenyapkan perasaanya. Kita berlindung dengan Allah pada hari dmana segala tabir akan tersingkap. Sesungguhnya manusia itu sedang nyenyak dalam tidurnya, nanti ia bila mati akan tersedar.


Berkata Ibnu Mas'ud r.a : Hendaklah kamu mencari ilmu pengathuan sebelum ianya terangkat, dan terangkatnya ilmu pengatahuan itu dengan kemaitan ahli-ahlinya. Seseorang kamu tiada dilahirkan sebagai orang yang sudah pandai. Jadi ilmu pengetahuan itu akan dicapai hanya dengan belajar.


Sunber : Bimbingan mu'minin



/fuzidss