Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, June 21, 2016

Dambakan Ilmu Untuk Beramal

"Ibu, Aysh sangat lasak tetapi ibu tetap bersama. Malam tadi buat kali pertama ibu menunaikan solat terawih berjemaah di ruang solat  berkhemah. Aysh tahu Aysh lasak tapi, ibu masih tetap dengan pendirian untuk bersama walau ke mana sahaja. Mungkin ini tugas berat buat ibu, untuk beramal disamping membawa sianak kecil bernama Aysh namun yakinlah telinga Aysh mendengar, mata Aysh memandang segala persekitaran dan tangan ini merasa setiap belaian manja ibu. Niat Ibu untuk hadir solat terawih malam ini adalah kerana Ramadan telahpun masuk fasa ke2 maka ibu perlu tingkatkan amal, Aysh faham.

Sering melihat ibu  solat disudut belakang ruang solat menjadikan ibu terasing dari ukhti Mawaddah lain. Yakinlah ibu masa emas kita bersama pasti menjadi kenangan terindah dalam hidup kita berdua. Ibu tidak pernah memilih tempat didalam ruang soalat kerana  ibu tahu bahawa semua ruang solat itu milik Allah maka tidak seorang pun boleh merasa dialah yang paling berhak menepati tempat tertentu didalamnya Furman Allah

وَأَنَّ الْمَسَاجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدْعُوا مَعَ اللَّهِ أَحَدًا

"Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.

Ibu,  Aysh hargai  masa bersama walaupun berbaki sedikit sahaja. Usaha ibu untuk mencari ilmu walaupun diri terpaksa mengendong sigenit ini kemana sahaja demi ilmu amat disanjung dan syukur  kerana Allah SWT masih meminjamkan sedikit masa kepada kami berdua  untuk  meneruskan kehidupan sehinggalah kami benar-benar dijemput pulang.Kami sentiasa mengingati betapa ia anugerah singkat Allah SWT yg akan mematang anakmu ini. Kami juga mempunyai kekangan ilmu yang menyebabkan kami perlu menggunakannya sebaik mungkin.

Sesungguhnya ibu, betapa Allah itu maha pengasih memberikan kekuatan dan kesihatan buat ibu untuk terus mencari dan terus semaikan semangat cintakan ilmu. Jangan putus asa ibu...yes fighty...

Moreh memang wajib

Ruang solat Muslimat yg terhad 


Ayam Black pepper  juadah berbuka

No comments: