|
Ibu Cepatlaa Nak Berbuka Dah ni |
Ok2 my dear.. ibu turun ya . Memang kalut dibuatnya. Beginilah rutin harian seorang suri. Seketika dulu, 9 hingga ke 10 jam mass dihabiskan di pejabat sekurang- sekurangnya mata melihat permandangan lain dari persekitaran rumah namun tidak sekarang. Rindu rasanya dengan suasana pejabat namun wahai diri ketahuilah olehmu pekerjaan asal wanita adaah tetap berada di rumah suami, mengurus keluarga dan menjaga anak-anaknya. Dalam sahih al- Bukhari disebutkan sebuah riwayat Ibnu Abu Saila daipada Ali ibn Abu Talib.
Suatu hari Fatimah pergi ke umah ayahnya, Rasulullah untuk memberitahu bahawa tangannya telah tesepit oleh gilingan dan ingin seorang pembantu. Ayshah menyampaikan pesan daipada Fatimah.
Tidak lama kemudian, Rasulullah saw pergi kerumah Fatimah. Kedatangannya baginda ini membuat Fatimah dan suaminya Ali membatalkan niat mereka untuk tidu dan kembali bangkit dari katil. Namun demikian Rasulullah saw menyuruh mereka tetap dikatil. dan Rasulullah seraya berkata, "Tetaplah berada di tempat kamu" lalu baginda bertanya " Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang jauh lebih baik daipada apa yang kamu minta. Jika kamu hendak tidur bacalah kalimat tasbih sebanyak 33 kali, tahmid 33 kali, dan kalimat takbir 33 kali. Sesungguhnya itu lebih baik daripada seorang pembantu.
Dahulu banyak masa terluang di atas jalan namun Syukur kehadratnya walaupun bukan dimpikan sebelum nya untuk berdamping dengan si genit 24/7 tetapi ketentuan Allah mengatasi segalanya. Bersama sigenit di rumah peluang untuk menimba ilmu Al Quran
" Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya" (HR Al Bukhary)
|
Ummm Sedapnya ibu...
|
|
Sebelum Bebuka |
Beginilah keadaan kami sepanjang Ramadan melayan kerenah anak-anak dan membimbing mereka. Kekadadang jiwa ini juga ini meronta kepenatan kerana tugas rumah yang tiada hentinya. Yang menjadi mangsa sigenit kerana kekadang melepaskan kemaraahan. Sehingga hinggap cubitan dipeha dan ditelinga kerana terlalu lasak namun setelah dilihat tangisannya terasa kesalan.
Diri kekadang lupa betapa sigenit peneman setia menemani ibunya dan menjadi penawar luka dengan gelagatnya. Walaubagaimanapun, perlu diingat akan hukuman memang perlu dalam mendidik namun seharunya umur Asyh yang masih 2 tahun sukar membezakan perkara baik dan buruk. Maafkan ibu Aysh kerana terlalu tegas dan mengikut emosi amarah sebentar tadi.
|
Beginilah keadaanya bila IBU sibuk menulis, beliau setia menunggu. |
|
Mee Bandung terlebih telur |
|
Siakap Masak Tumis Lada Hijau |
|
Hidangan untuk Malam ini |
|
Hot Dog roll
|
No comments:
Post a Comment