Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Thursday, June 23, 2016

Ilmu Yang Diraih

Sumber Rujukkan

Tadarus ... yang pasti telinga Aysh mendengar
Ilmu yang haq akan dapat memberi kemurnian bagi pemiliknya yang akan memberi nikmat keluasan pandangan pada hatinya. Kerana ilmu yang haq dapat digunakan untuk mengenali kebenaran adalah ilmu yang berhubungan dengan hakikat yang pasti. Sesungguhnya orang-orang yang tidak dapat mengetahui hakikat sebenarnya, tidak dapat memperoleh manfaat dari apa yang dilihat, ia dengar dan ia alami, tidak dapat mencapai hakikat  yang benar dari realiti dan pengalaman.Ilmu agama ini tidak akan dapat diraih puncaknya dan tidak dapat dipetik buahnya oleh orang-orang jahil.  Ayuh kita semak firman Allah 

Al - a'raaf ayat 176


وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَٰكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الْأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ ۚ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِنْ تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْ ۚ ذَٰلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا ۚ فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.


Allah menurunkan ayat-ayat Allah kepada umat manusia untuk meninggikan darjat manusia akan tetapi manusia lebih suka melepaskan diri! Melepaskan diri dari ayat-ayatNya , meninggalkan pakaian wahyunya yang telah diberikan. Manusia lebih suka menyimpang dari hidayah lalu memilih mengikut hawa nafsu.Lebih suka berkubang dengan lumpu!  Berapa banyak manusia yang diberi kesempatan diberi petunjuk namun tidak dapat melihat petunjuk. Mereka hanya menggunakan petunjuk tersebut dengan menyelewangkan kalimat dari maksud yang sebenarnya dengan tujuan memenuhi hawa nafsu mereka.Hanya mengguakan ilmu sebagai wasilah untuk mengikut jejak hawa nafsu mereka kerana mereka dikuasai oleh keperluan duniawi mereka.

Jadi ilmu bukan sekadar maklumat yang terkumpul akan tetapi ilmu adalah ikatan aqidah yang mendorng untuk merealisasikan ubudiyah kepada Allah dalam hatinya didunia ini.

Alhamdulillah hari Nuzul quran kami merasa nikmat menimba ilmu disamping mengeratkan ukhwah ukhti Mawaddah walaupun tarikh tersebut terdapat perbezaan pendapat namun  bukan tarikh yang perlu diketengahkan dalam perbincangan berkaitan Nuzul al-Quran tetapi sejauh mana semangat kita dalam menghayati isi kandungan al-Quran. Al-Quran bukan sekadar kitab suci yang diritualkan pada masa dan majlis keagamaan tertentu sahaja. Al-Quran juga bukan hanya himpunan ayat keramat yang berguna menghalau syaitan atau jin yang membuat onar. Ia juga bukan sekadar teks Arab yang didalami perbincangan alunan hurufnya dalam kerangka Tajwid atau Tarannum. Ia juga bukan hanya lafaz jampi yang bakal menaikkan harga produk ala-islamik yang semakin membanjiri pasaran.


Sebaliknya ia adalah kitab suci yang mengumpulkan segala khazanah dunia dan akhirat. Bicaranya mengandungi Tajwid, Tarannum, Tahfiz, Tafsir, Ekonomi, Falsafah, Jihad, Perubatan, Psikologi, Kejuruteraan, Ketenteraan dan segalanya. Semakin banyak kajian dibuat terhadap al-Quran maka para pengkaji akan semakin lemas dan mabuk dalam lautan ilmu Allah yang tidak bertepi atau berdasar. Benar sekali firman Allah:

مَا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِنْ شَيْءٍ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ

Ertinya: Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan) (al-An’am[6:38]).

Setiap patah ayat al-Quran adalah cerminan kuasa dan ilmu Allah yang tiada tara agungNya 
Bayangkan apa akan jadi jika Allah tidak menurunkan al-Quran kepada baginda Rasulullah SAW? Kita pasti tidak akan mengenali siapa nabi Muhammad SAW. Kita juga mungkin tidak akan mengenali Islam dan siapa Tuhan kita. Kita mungkin masih bergelumang dengan berbagai anutan agama yang tidak tentu jalan akhirnya.

Oleh itu kita wajib bersyukur seumur hidup kerana rahmat dan kasih sayang Allah yang menurunkan kitab ini. Syukur dengan Nuzul al-Quran bermaksud mengambil segala isi kandungannya secara benar, menyeluruh dan adil. Kita tak mahu orang Islam yang cacat iman berinteraksi dengan al-Quran. Kita tak mahu Muslim yang lidahnya tidak putus membaca al-Quran namun akhlaknya yang buruk memfitnah kesucian al-Quran. Kita juga tak mahu Muslim yang agresif memperjuangkan Tajwid dan seni lagu al-Quran tetapi sangat “alahan” untuk mengamalkan isi kandungannya. Kita tak mahu merosakkan rasa syukur dengan Nuzul al-Quran dengan semua itu.


Ukhti Azizah yang istiqomah menjadi pendorong

 Wahai diri, panjatkan doa secara konsisten agar diberikan rasa cinta yang mendalam terhadap al-Quran. Apabila cinta sudah berputik, orang beriman pasti akan menjadikannya teman hidup. Usaha ini seiring dengan doa Rasulullah SAW:

اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِي بِيَدِكَ مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجِلَاءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّي

Ertinya: Ya Allah! Sesungguhnya aku ini adalahlah hambaMu, anak kepada hambaMu (lelaki dan perempuan), ubun-ubunku mutlak pada tanganMu, telah tetap padaku hukumMu, adil padaku ketentuanMu. Aku mohon dengan semua nama yang Engkau miliki, sama ada yang Engkau namakan sendiri untuk diriMu, atau namaMu yang Engkau pernah ajarkan kepada mana-mana makhlukMu, atau (namaMu) yang pernah Engkau turunkan dalam kitabMu, atau yang Hanya Engkau ketahui dalam ilmu ghaib di sisiMU, (aku mohon dengan semua itu) agar Engkau menjadikan al-Quran sebagai penghibur hatiku, sinar bagi hati jantungku, penghilang kesedihanku dan penghapus kesusahanku (Musnad Ahmad).

Bila Islam datang kita diseru menggunakan aqal yang sebelum kita dimandulkan aqal oleh jahiliyah


Sumber Rujukkan 
Menu berbuka yang simple memandang kan nak bergerak segera ke Surau mengikuti tazkirah Ramadan oleh Dr Rozaimi

Ayam Goreng salut Bread crumbs
Kerabu Bilis


Rujukkan

- Ensiklopedia LARANGAN menurut Al-quran dan as sunnah-
- Article Nuzul Quran oleh ustaz Abdullah Bukhari Utusan 17 Jun 2016

No comments: