Saya tidak ingin jatuh lagi di lubang yang sama, sekarang saatnya untuk saya membenahi diriku sendiri. Menguatkan tentang iman, menyabarkan tentang penantian, dan membesarkan tentang rasa syukur. Sudah terlalu jauh aku dari itu semua, sebab masa itu yang ada dipikiranku hanya dia dan dia. Setiap hari, setiap jam, setiap minit, dan setiap detik. Saya melupakan hal yang seharusnya tidak boleh aku lupakan namun belajar untuk bersabar dan ikhlas, semakin besar rasa sabar dan ikhlas, maka semakin besar rasa tidakkhuatir terhadap apa yang akan mendatang
Saya akan pastikan untuk bangun menggapai untuk naik sedikit-demi sedikit. Cuba membuka mata di hari yang baru. Sedih memang, namun saya menemukan kenyamanan didalam kesendirian. Memang ia sesuatu yang sangat sulit dalam menjalani dan menguruskan semuanya sendirian yang saya jalani. Istiqomahkanlah diri ini pada jalannya.
Hari-hari berlalu penuh dengan usaha untuk menyelesaikan segala urusan. Bulan ini banyak menjelajahi terma-terma syariah tentang hak-hak yang perlu difahami. setelah melengkapkan borang faraid di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, saya disarankan untuk menuntut hak harta sepencarian dan mengusulkan Penjaga Ad-litem bagi miliki kuasa pengawasan anak bawah umur.
Harta Sepencarian
Harta sepencarian merupakan “harta yang diperolehi bersama oleh pasangan suami isteri dari hasil usaha mereka bersama, sama ada mereka berusaha dalam satu bidang kerja seperti sama-sama bekerja membuat segalanya bersama, sama-sama lalui hari-hari mencari rezeki, dan hasil dari pendapatan itu dibelikan sesuatu harta tak alih atau harta alih seperti saham dan sebagainya, sama ada harta itu atas nama bersama atau atas nama suami , pokoknya ialah mereka hendaklah sama-sama menyumbangkan tenaga atau modal dalam mengadakan harta tersebut dalam jangkamasa bersuami isteri atau dalam tempoh perkahwinan. Saya sebagai pemohon perlu menyediakan satu saman dan penyataan tuntutan kepada Mahkamah. Dalam penyataan tuntutan ini saya perlu memberi alasan kenapa saya perlu menuntut.
Jika dilihat dari semua perjanjian jual beli rumah, jelas tertera niat murni Allahyarham suami saya atas nama cinta untuk isterinya. Sesungguhnya Allahyarham memang seorang suami yang benar-benar baik dari segala sudut namun Allah lebih menyanginya dan pasti ingin melihat saya sebagai ibu kepada anak-anaknya mendidik anak-anaknya dengan hasil sepencarian kami bersama. Hidup ini indah kerana kita mematuhi segala perintahnya dan penuhi amanat Allahyarham.. Bagi saya perjanjian ini ditandatangani oleh kami berdua sebagai suami-isteri semasa hidup merupakan satu Deklarasi Harta Sepencarian dimana suami bersetuju membahagi sejumlah harta, katakan 50% harta itu kepada isterinya jika salah seorang dari kami pergi dahulu. Allahyarham adalah ketetapkan terindah dan saya akan mencintainya selalu dan menjaga amanahnya mendidik anak-anaknya.
Permohonan Ad-Litem
Penjaga ad-litem miliki kuasa pengawasan anak bawah umur. Mahkamah mengarahkan saya untuk melantik salah seorang dari 6 dari pihak defendan melantik penjaga ad-litem kepada anak saya yang masih bawah umur. Ini bermaksud, Adam dilantik untuk menjaga adik-adiknya atau secara legalnya adalah sebagai penjaga Ad-liem.Saya dimaklumkan bahawa penjaga ad-litem ini mempunyai kuasa penuh ke atas anak saya dan apa-apa keputusan dibuat penjaga itu akan memberi kesan kepada anak saya.
Seseorang penjaga ad-litem hendaklah diluluskan dengan wajar oleh mahkamah. Maksudnya seseorang yang ingin menjadi penjaga ad-litem perlu memohon kepada mahkamah dan mahkamah hendaklah menyiasat serta membuat pertimbangan adil, kerana kesannya apa-apa persetujuan atau pengetepian dibuat penjaga ad-litem akan mengikat orang yang tidak berkeupayaan itu.
Disamping itu sepanjang bulan ini juga menguruskan lampiran-lampiran untuk pejabat tanah. Dan tanpa disedari bahawa tahun 2017 mampir dan segala urusan di pejabat tanah dan majlis bandaran perlu dilakukan semula. Segalanya dilakukan semula memastikan dokumen ini lengkap dan sempurna. Yang bisa dilakukan adalah bersabar dalam segala birokrasi dunia ini. Wahai diri, sedarilah kamu wanita yang hebat untuk berdiri bersama-sama anak-anakmu disampingmu disamping mendampingiNYA.
Yang sakit itu bukan merindui, tapi merasa kosong kerana tidak ada yang dirindui. Tapi tak mengapa kerana sesungguhnya ada yang sedang menunggu keberadaanku. Terlelah diri ini melangkan namun melihat wajah anak-anak saya perlu kuat.
Anakanda Alif, bilakah kali terakhir kamu tersenyum seikhlas hatimu?...Kerana akhir2 ini kamu sering bersedih kerana cintamu pergi, tentu harus ada yang diperbaiki. Ketahuilah masih ada ada cinta yang selalu menerimamu dgn segala kekurangan. Ingatlah hari2 yang indah pernah terukir tidak ada yang terbeban penuh keramahan..tangan yang menyambut sentiasa cintamu....dan senantisa disampingmu .
Rujukkan Buku : Menuju Baik itu baik & Ketetapan Terindah
No comments:
Post a Comment